Mimpi Ngeri Buat Pemain Mobile Legend Bila Dapat Team Perangai Pelik


Setengah orang kata, main game Mobile Legend ini cuma membuang masa.
 
Mungkin ada betulnya. Lebih-lebih lagi, bila kita dah habiskan lebih 20 minit dalam satu perlawanan, dan berkesudahan dengan pasukan kita menerima kekalahan.
 
Kalah menang, itu adat dalam pertandingan. Pasukan yang kuat, biasanya pasti akan mengalahkan yang lemah. Pada saya, kalau kekalahan itu berlaku sebab pasukan lawan bermain dengan lebih cantik, mereka memang mempunyai teknik dan strategi yang lebih baik, saya tak ada masalah untuk terima kekalahan tersebut.

In fact, saya mungkin akan rasa puas hati walaupun kalah.
 
Tapi ada juga keadaan yang mana saya ada masalah untuk terima hakikat yang team saya kalah. Kita kalah bukan sebab team lawan kuat sangat, tapi disebabkan dalam team sendiri ada pemain yang berkelakuan pelik! Mereka ini menjadi beban kepada pasukan, dan akhirnya… kita kalah.
 
Kebiasaannya kalau ada perangai pelik ini dalam pasukan, perlawanan tersebut akan berakhir dengan kekalahan. Melainkan kalau tiba-tiba berlaku satu keajaiban.
 
Mana lah tahu, tiba-tiba timbul kesedaran lalu masing-masing mula insaf dan nak berubah jadi lebih baik. Dalam posting ini saya nak highlight perangai pelik yang ada dalam game mobile legends ini. Kalau ada perangai macam ni, siap sedia untuk hadapi kekalahan je la ya.

 
1. Team member yang perangai toxic Perangai toxic ini memang akan spoil mood perlawanan. Orang yang toxic ini kadang-kadang awal lagi, iaitu semasa pemilihan hero, dah tunjuk perangai sebenar.
 
Orang toxic ini
i. Akan hina negara
ii. Ada yang hina bangsa
iii. Ada juga yang hina agama
 
Sepanjang match berlangsung, kerja dia asyik maki hamun orang lain, sampai kita sendiri susah nak fokus.
 
Bila ada yang layan, dia makin menjadi-jadi.
 
2. Player tank hanya untuk marksman (mm) Sebenarnya apa fungsi player tank? Ya… Untuk tank damage atau take damage, sambil player lain yang merupakan damage dealer membunuh pihak musuh.

Kiranya tank adalah hero yang sanggup korbankan dirinya, untuk melindungi team member.
 
Tapi kadang-kadang ada tank yang perangai dia pelik sikit. Dari mula sampai ke pertengahan match, asyik follow dan back up marksman je.
 
Habis tu, player lain macam mana? Tak perlu ada tank ke, especially hero assassin dengan mage. Mereka ini juga mempunyai damage yang tinggi dan mampu untuk bunuh musuh. Tapi kalau tak ada bantuan dari tank, agak susah mereka nak perform.
 
3. Marksman yang manja Memang tak dinafikan, peranan marksman memang besar, dan kalau orang tu ada skill permainan yang tinggi, dia boleh jadi carry yang membawa team untuk menang.
 
Tapi ada juga marksman yang acah-acah hebat, tapi selalu buat silap. Akhirnya asyik mati sebab tak jaga posisi bila kena target dengan team lawan.
 
Masa tu mulalah bagi alasan bodoh, sebab tak ada siapa yang jaga dia kononnya.
 
4. Jenis player yang tak ada map awareness Penat bila dapat team yang tak pandai tengok dan baca mini map. Padahal dekat mini map ada banyak maklumat penting yang dapat bantu kita memenangi sesuatu perlawanan.
 
Dari map tu kita boleh buat prediction (jangkaan) dimana sebenarnya kedudukan musuh. Kadang-kadang kita tak nampak musuh sebab masing-masing sedang sembunyi dalam semak.
 
Mobile Legends adalah merupakan perlawanan antara dua pasukan yang mengandungi lima orang dalam satu pasukan.

Andai kata berlaku situasi satu lawan satu, dan belum sempat diketahui siapa yang lebih kuat tiba-tiba datang ahli pasukan lain beri bantuan, ia tak dikira sebagai 1vs 3 atau 1vs 5 sebaliknya game ini tetap dikira 5 vs 5.
 
Siapa yang bijak baca peta dan cepat beri bantuan, itu adalah team yang bijak.
 
5. Jenis tak tahu prioriti Mana satu lebih penting?
 
Jaga tower atau bunuh creep?
Ambil buff atau beri bantuan kepada team member yang kena ambush?
Push tower atau cari musuh untuk dibunuh?
 
Jawapannya? Of course bergantung kepada situasi.
 
Antara bunuh creep dengan jaga tower, sudah tentu jaga tower lebih penting. Kalau tower kena serang dan pada waktu tu tak ada siapa yang defend, kenalah tinggalkan apa yang kita buat dan protect tower.
 
Tentang buff dengan tolong team mate, itu kena tengok pada keadaan. Kalau kita bantu hanya akan menambahkan bilangan kill pihak lawan lebih baik jangan masuk.
 
Setiap kali ada peluang, lebih baik push untuk robohkan tower pihak musuh.
 
6. Berebut buff Ini pun satu kejadian yang menjengkelkan. Setiap orang berebut buff, seolah-olah bila tak dapat buff, terus tak boleh lawan dengan normal. Masalah ini biasa berlaku, kalau pada peringkat awal lagi komposisi pasukan tak dibina dengan betul.
 
Kalau dalam pasukan ada dua assassin, kemudian ada marksman juga, ini yang akan jadi masalah. Salah seorang akan jadi lemah sebab tak ada buff yang mencukupi.
 
7. Tak ada siapa yang ambil buff Satu lagi situasi yang agak pelik. Rupa-rupanya dalam ramai-ramai, tak ada seorang pun yang ambil buff. Saya biasa guna hero fighter atau tank/fighter jadi memang kadang-kadang tu tak perlu sibuk nak fikirkan pasal buff.
 
Bila jumpa musuh, terkejut juga sebab mereka level dah tinggi-tinggi belaka. Rupa-rupanya team musuh dah curi buff kita.
 
8. Pilih hero sebab hero tersebut overpowered Saya tak ada masalah dengan team yang pilih hero yang overpowered ini. Apa yang buat saya rasa nak marah bila dia pilih hero tu tapi tak reti guna.
 
Lebih baik dia pilih hero yang dia biasa guna, daripada ambil yang OP tapi lepas tu asyik mati.
 
9. Banyak bersembang semasa perlawanan berlangsung
Kalau anda dah pernah main game ni beribu-ribu kali, pasti akan jumpa player jenis ni.
 
Memang menyampah betul dengan player macam ni. Kalau dalam mini map kita dapat perhatikan yang player ini banyak berhenti tak buat apa-apa.
 
Dia tak defend tower.
Dia tak cuba bunuh creep untuk naikkan level dia.
 
Kerjanya asyik menaip je. Ada je yang dia rasa tak kena. Bagi dia semua salah, dan semua orang perlu dikritik. Tapi diri dia? Langsung tak beri kerjasama.
 
10. Tak faham peranan Saya kurang pasti sama ada player tersebut betul-betul tak faham peranan, ataupun dia memang sengaja.
 
Kadang kita tengok, kelas hero yang dia pilih tapi main tak menggambarkan yang dia faham peranan.
 
Kita ambil contoh kelas marksman. Sepatutnya dia berada di barisan belakang, dan patut tunggu tank atau fighter untuk buka map. Kalau semua selamat baru dia maju, tapi sebaliknya yang berlaku. Dia pula yang beriya nak ke depan dan buka map. Akhirnya dalam perlawanan, dia yang paling awal meninggal.
 
Ada juga beberapa keadaan lain, yang agak menyakitkan hati, misalnya
Tank gerak solo dan tak bantu team member
Mage main macam support
Fighter berlagak seperti tank
 
Bila berlaku kejadian seperti ini, selain berharap mereka sedar diri… kita juga berharap pasukan lawan akan buat silap.
 
11. Tak faham ulti sendiri dan team member Ini satu masalah yang merugikan pasukan, bila team member sendiri tak faham dengan ulti sendiri, dan juga rakan pasukan. Sedar tak sedar, ada ulti yang saling cancel each other.
 
Saya bagi contoh, Oddete dengan  Chow.
 
Oddete tengah lancarkan skil Ultimate kepada musuh menggunakan Swan Song. Tiba-tiba datang Chow, dia pergi tendang pula musuh keluar dari kawasan damage.
 
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, walaupun kita ada skil yang boleh digunakan, tapi kena tengok juga sebelum kita lancarkan skil. Bimbang kalau skil yang kita lancarkan, akan cancel skil team member kita.
 
12. Cuma tahu main satu kelas hero sahaja Biasanya pemain newbie ada masalah ini. Pertama kali main game ni, dia mungkin bermula dengan hero marksman sahaja.
 
Maklumlah marksman ni kan boleh serang dari jauh. Lagi satu, idea yang mana kita boleh bunuh musuh dari jarak jauh, sebenarnya agak cool.
 
13. Berebut nak pilih kelas yang sama Satu team yang compact, perlu ada kelas-kelas hero dari kalangan tank, fighter, mage, marksman dan juga assassin. Masalah akan berlaku bila ada yang nak ambik dua mage, atau dua marksman.
 
Entahlah.. saya jarang menang kalau dalam team ada dua mm atau dua mage. Tapi kalau ada dua tank, atau dua fighter, peluang menang lebih tinggi.
 
14. Jenis pentingkan diri sendiri dan tak ambil tahu hal orang lain Perangai pentingkan diri sendiri ini, langsung tak cool!
 
Dalam game ini, ada masa kita kena pentingkan diri sendiri, dan ada masa kita kena utamakan team members. Cuma saya cukup geram kalau berlaku keadaan yang mana, bila kita tengah serang musuh, kita punyalah beriya-iya serang dan duduk di barisan hadapan, tiba-tiba baru kita perasan team kita semua dah lari.
 
La… kena tinggal rupa-rupanya. Kita lawan sorang-sorang, mati pun sendirian. Lagi menyakitkan hati, bila kita dah mati, tiba-tiba team kita semua ikut mati jugak… kena wipe out! Padahal tadi kalau sama-sama lawan, tak tinggalkan team member, ada peluang untuk menang.
 
15. Jenis suka mengajar-ajar orang lain Kadang-kadang memang serabut bila dapat team macam ni. Dia ni jenis suka nak ajar-ajar orang, apa yang patut dilakukan.
 
Mula-mula dia akan suruh kita tukar spell yang patut kita gunakan. Kemudian bila match dah mula, dia akan suruh-suruh kita beli equipment seperti mana yang dia suruh.
 
Bila kita tak ikut, dia mulalah jadi toxic. Dia kata kita anjing la, dan macam-macam lagi makian dihamburkan.
 
Agaknya dia ni tak sedar, yang orang lain pun ada gameplay dan strategi tersendiri. Tak kan la semua nak kena ikut cakap dia. Lainlah kalau kita memang satu skuad, dan semua orang acknowledge dia sebagai ketua pasukan. Masa tu, nampak ok la kalau nak ikut cakap dia.
 
Hilang rasa seronok, bila ada orang macam ni dalam pasukan.
 
16. Suka bagi alasan lag Saya agak prejudis dengan player yang bagi alasan lag, especially kalau dalam match tersebut ada musuh-musuh seperti Hylos, Eudora, Hanabi, Estes, Popol and Kupa dan beberapa lagi hero yang ada skill untuk slow atau stun pihak lawan.
 
Bila dia bagi alasan lag, nampak lebih kepada dia yang tak berhati-hati sebab terkena skill pihak lawan. Biasalah, tak kan nak mengaku yang diri tu lemah. Paling mudah, bagi sahaja alasan lag.
 
Tak ada siapa yang boleh sahkan, sama ada betul-betul lag, atau cuma alasan.
 
17. Tak pandai improvise corak permainan Perkara ini biasa berlaku dalam kalangan pemain yang masih baru. Pemain seperti ini selalunya cuma pegang pada satu corak permainan sahaja.
 
Dari awal hingga pertengahan, dia akan farming sahaja. Bila dah betul-betul kuat, barulah dia akan buat mission. Benda ini adalah satu strategi yang bagus, tetapi janganlah sampai tak mempedulikan apa yang berlaku pada keadaan sekitar.
 
Kalau nampak team member nak main fast game, nak push, nak curi buff pihak lawan, ikut la sama. Bagi bantuan. Bila sama-sama main agresif, peluang nak menang lebih cerah.
 
18. Pemain yang suka troll Pemain jenis ni, dia main game bukan sebab nak menang. Bagi dia, kedudukan (ranking) dan juga star bukan perkara penting. Dia sekadar main untuk hilangkan bosan. Kadang-kadang dia bukan bersungguh nak lawan pun, tapi sekadar nak kacau orang lain.
 
19. Pemain yang AFK AFK singkatan bagi Away From Keyboard/Keypad. Ini sebenarnya satu bentuk violation dalam peraturan permainan Mobile Legend.
 
20. Pemain yang feeder Feeder juga tak kurang celakanya dengan kelakuan AFK. Saya rasa, feeder ni lebih teruk, sebab bila dia asyik mati, ia menyumbangkan gold kepada pihak musuh. Musuh jadi semakin kaya, naik level lebih cepat dan akhirnya mereka jadi lebih kuat. Memang susah nak buat come back kalau ada team yang feeder.
 
Fuh… perkongsian ni lebih kepada lepas geram sebenarnya. Kadang tertanya-tanya juga, kenapalah wujud player yang macam ni dalam game. Kemudian diri ini tersedar, bukan dalam game sahaja ada player macam ni… dalam dunia sebenar pun sama je.
 
Baiklah, ada ke yang saya tertinggal?
 
 
 
 
 
The post Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/mimpi-ngeri-buat-pemain-mobile-legend/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukma 2020 E Sukan Mobile Legend Buru Emas

Sukma 2020 E Sukan Mobile Legend Buru Emas

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 341 hits
SHAH ALAM 10 OGOS Selangor menyasar pingat emas dalam e sukan Mobile Legend Bang Bang yang pertama kali dianjurkan pada temasya Sukan Malaysia Jurulatihnya Mohammad Al Hatta Shokri berkata harapan diletakkan kepada tujuh pemain dan pihaknya...
Apabila Permainan Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri Dalam Trailer No Escape

Apabila Permainan Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri Dalam Trailer No Escape

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 405 hits
Vertical Entertainment telah melancarkan trailer rasmi pertama filem seram thriller No Escape yang berkisar tentang selebriti media sosial yang mendapat dirinya dan rakan rakannya terperangkap dalam permainan yang menakutkan Anda boleh saks...
Pelanggan U Mobile Tidak Perlu Risau Mengenai Ketiadaan Isyarat Gps Di Dalam Terowong Smart

Pelanggan U Mobile Tidak Perlu Risau Mengenai Ketiadaan Isyarat Gps Di Dalam Terowong Smart

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 258 hits
U Mobile salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan hari ini telah mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan pengelola Terowong SMART dan Waze untuk memastikan bahawa isyarat GPS daripada perkhidmatan telekomunikasi tersebut tidak ter...
Give Your Older Huawei Mobile Phone A New Lease In Life At A Promotional All In Cost

Give Your Older Huawei Mobile Phone A New Lease In Life At A Promotional All In Cost

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 317 hits
HUAWEI users can replace the LCD screen back cover or mainboard of their old mobile devices at all in promotional prices 1 which includes parts and service feeThe special repair promotion will run from 12 August to 1 October Don t throw awa...
Jana Pendapatan Sampingan Melalui Teleport Mobile

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Teleport Mobile

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 438 hits
Covid 19 begitu memberi kesan kepada kita bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia dimana ramai individu yang kehilangan kerja dan banyak syarikat yang terjejas pendapatan sehingga ada yang terpaksa lipat meja Selepas PKP itu hari b...
Aplikasi Ktmb Mobile Hadir Untuk Android Dengan Integrasi Dompet Digital

Aplikasi Ktmb Mobile Hadir Untuk Android Dengan Integrasi Dompet Digital

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 298 hits
Bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan keretapi KTM ETS dan juga Komuter utara kini pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad telah memperkenalkan aplikasi terbaru mereka iaitu KTMB Mobile Diterbitkan untuk Android sahaja buat masa ini apl...
Tingkatkan Pelayanan Pdam Kota Bengkulu Permudah Pembayaran Lewat Btn Mobile Banking

Tingkatkan Pelayanan Pdam Kota Bengkulu Permudah Pembayaran Lewat Btn Mobile Banking

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 224 hits
Peningkatan pelayanan ini guna mempermudah urusan masyarakat dalam melakukan pembayaran tagihan air Dengan peningkatan pelayanan ini masyarakat Kota Bengkulu tidak perlu harus jauh jauh datang ke kantor PDAM atau mengantre
Ini Sebab Kenapa Man City Beli Pemain Pertahanan Nathan Ake

Ini Sebab Kenapa Man City Beli Pemain Pertahanan Nathan Ake

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 236 hits
Nathan Ake telah sah menandatangani kontrak lima tahun bersama Manchester City sehingga musim panas 2025 The Citizens dilaporkan telah membayar yuran perpindahan sebanyak 40 juta kepada Bournemouth untuk servis Ake Perpindahan ini pastinya ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas