Microsoft Edge Pelayar Web Microsoft Yang Dapat Menjadi Pengganti Chrome


Pada kebiasaannya, saya akan menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi yang dipasang secara dual boot dengan Windows 10. Saya lebih gemarkan prestasi Ubuntu kerana buat masa ini, laptop kedua saya masih menggunakan HDD. Maklum saja, laptop kedua inilah yang digunakan untuk segala tujuan ‘eksperimentasi’.
Tetapi ada satu aplikasi yang membuat saya jadi rindu untuk boot semula kepada Windows 10 kerana buat masa ini, ia masih belum terdapat untuk Ubuntu.
Ianya adalah Microsoft Edge (Chromium) – selepas ini hanya dirujuk sebagai ‘Edge’.
Serius, saya tak tipu.
Edge telah menggantikan kesemua pelayar yang saya gunakan sebelum ini seperti Chrome, Firefox, Brave, dan Vivaldi.
Apa yang istimewa sangat mengenainya? Pertama sekali, saya ingin paparkan terlebih dahulu penggunaan RAM oleh Edge.

Edge yang saya gunakan ada dua. Satu dari versi stabil, dan satu lagi dari versi atau saluran Canary. Dari paparan tangkap layar yang saya tunjukkan di atas, itu ialah versi Canary, dan anda dapat lihat terdapat 20 tab sedang dibuka, manakala tidak sampai 2GB pun penggunaan RAM.
Pada saya penggunaannya agak hemat juga berbanding Chrome, dan prestasinya tidak menurun walaupun makin banyak tab dibuka.
Apa yang saya perasan, Edge ini seakan ada ciri memadatkan penggunaan RAM, yang mana semakin lama ia dibuka, semakin kecil saiz RAM yang digunakan. Saya tidak rasa ia menggunakan ciri ‘suspend tab’ seperti Firefox, kerana setiap tab yang dibuka masih lagi aktif apabila diklik.
Apa pun ini hanya sekadar teori saya sahaja. Bagaimana Edge menjimatkan penggunaan RAM walaupun di sebalik tabir pelayar ia masih lagi menggunakan kod asas dari Chromium sebagaimana Google Chrome, itu masih belum dapat saya pastikan lagi.
Tetapi bukan itu sahaja. Ada seperkara lagi yang menarik perhatian saya untuk menggunakan Edge berbanding yang lain. Ia adalah ciri sokongan main semula Netflix dengan resolusi hingga 4K. Paparan laptop saya tidak sampai pun 1080p, tetapi Edge dapat ‘boost’ resolusi sehingga 1080p. Ini adalah ciri yang amat dialu-alukan kerana saya sememangnya gemar menonton filem-filem di Netflix.

Kemudian, pada bahagian pemuat turunnya, ia kelihatan lebih kemas dan tersusun dari Chrome. Soal mana satu lebih laju dalam memuat turun sesuatu fail, pada saya mungkin sama sahaja, tambahan lagi anda boleh aktifkan ‘Parallel Downloading’ pada edge://flags – tidak ubah seperti Chrome juga, melalui chrome://flags.
Dengan ciri Parallel Downloading ini, ia dapat sedikit sebanyak melajukan proses muat turun. Pun begitu, saya masih mengesyorkan pemuat turun natif seperti Internet Download Accelerator.

Apa lagi?
Kalau setakat itu sahaja, saya rasa ia masih tidak cukup untuk anda. Tetapi saya selalu gunakan versi Canary (buat masa ini) kerana dalam kemas kini terbaru bermula dari vers 81.0.389.0, team Microsoft telah mengaktifkan pengoptimuman melalui toolchain baru.
Pengoptimuman tersebut meningkatkan prestasi Edge sehingga 13% berbanding sebelumnya. Saya telah mencuba dan terbukti ia terasa lebih laju lagi berbanding versi stabilnya.
Inilah dia sesuatu ciri yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna. Microsoft tidak memasukkan ciri yang tidak diminta, sebaliknya hanya mengimplimentasi ciri yang diperlukan.
Saya rasa Google juga berasa agak goyah, kerana seringkali saya dapat lihat pop naik kecil seperti ini keluar:

Kemudian, ada lagi yang menarik? Semestinya.
Saya lebih gemarkan bahagian tetapan Edge dari Chrome. Anda boleh lihat pada bahagian Installed extension, ia terpapar kemas dalam bentuk senarai dan kelihatan lebih cantik. Ia mungkin remeh pada sesetengah orang, tetapi perkara kecil seperti inilah yang dapat ‘mengikat’ sesetengah yang lainnya untuk terus kekal gunakan Edge.

Saya nak sentuh sedikit juga mengenai bahagian tetapannya.
Tetapan Edge, pada saya adalah lebih jelas, tersusun, dan ‘telus’. Ini terutamanya dapat dilihat pada bahagian privasi. Saya amat berpuas hati dengan pilihan tetapan penyekat penjejak yang diberikan, di mana ia kelihatan tidak ubah seperti tetapan pada Firefox, dan pada saya juga itu adalah suatu perkara yang baik.

Tulis panjang pun tak guna juga jika anda tidak cuba sendiri.
Kalau anda berminat hendak mencuba versi stabil, anda boleh muat turun dari sini: Microsoft Edge.
Manakala untuk versi Beta, Dev, dan Canary pula anda boleh dapatkan dari sini: Edge Insider.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/microsoft-edge-pelayar-web-microsoft-yang-dapat-menjadi-pengganti-chrome/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Microsoft Mengesyorkan Pengguna Pelayar Firefox Supaya Beralih Kepada Microsoft Edge

Microsoft Mengesyorkan Pengguna Pelayar Firefox Supaya Beralih Kepada Microsoft Edge

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 260 hits
Dipaparkan pada antaramuka Menu Start Windows 10 Masih menggunakan aplikasi pelayar Firefox di platfom Windows 10 Microsoft mungkin tidak selesa dengan pilihan anda itu Ini kerana sebahagian pengguna Windows 10 telah dipaparkan iklan dari M...
Cara Mewujudkan Butang Home Search Dan Tab Di Bahagian Bawah Pelayar Chrome Untuk Android

Cara Mewujudkan Butang Home Search Dan Tab Di Bahagian Bawah Pelayar Chrome Untuk Android

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 311 hits
Ciri tersembunyi yang sesuai untuk pengguna peranti pintar berskrin besar Jika anda pengguna aplikasi pelayar Chrome anda mungkin akan berdepan kesukaran mengakses ciri butang Home Search atau Tab Ini kerana kedudukan 3 butang utama itu ter...
Google Telah Membuang 500 Pemalam Yang Mengandungi Perisian Hasad Dari Chrome Web Store

Google Telah Membuang 500 Pemalam Yang Mengandungi Perisian Hasad Dari Chrome Web Store

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 266 hits
https ift tt eA8V8J Google baru baru ini dilaporkan telah membuang sebanyak 500 pemalam yang mengandungi perisian hasad dari Chrome Web Store baru baru ini berikutan penemuan daripada beberapa penyelidik keselamatan digital Berikutan penyel...
Kpk Telisik Mekanisme Menjadi Caleg Saat Periksa Eks Kepala Sekretariat Pdip

Kpk Telisik Mekanisme Menjadi Caleg Saat Periksa Eks Kepala Sekretariat Pdip

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 234 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menelisik proses dan mekanisme pencalonan anggota DPR kepada mantan Kepala Sekretariat DPP PDIP Irwansyah Selain itu tim penyidik juga mendalami mekanisme di DPP PDIP dalam pengajuan pergantian antar waktu anggo...
3 Ramalan Kartun The Simpsons Yang Menjadi Kenyataan

3 Ramalan Kartun The Simpsons Yang Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 566 hits
Serial kartun ini menceritakan keluarga Simpsons yang terdiri dari Homer Simpson Marge Simpson Bart Simpson Lisa Simpson dan Maggie Simpson Bahkan hadir tokoh kakek dalam serial ini bernama Abraham Simpson
Tjahjo Kumolo Tak Perlu Memulangkan Wni Yang Menjadi Isis

Tjahjo Kumolo Tak Perlu Memulangkan Wni Yang Menjadi Isis

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 173 hits
Dia berpandangan lebih baik pemerintah saat ini fokus kepada permasalahan permasalahan yang ada di dalam negeri Dibandingkan dengan membahas pro dan kontra pemulangan WNI eks ISIS
Fuziah Mpkkp Menjadi Ejen Ph Bawa Suara Rakyat Ke Atas

Fuziah Mpkkp Menjadi Ejen Ph Bawa Suara Rakyat Ke Atas

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 383 hits
KUANTAN Mentaliti bahawa peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan hanya sekadar menurunkan cop atau mengesahkan surat dan sijil semata mata perlu diubah Sebaliknya Pengerusi Pakatan Harapan Pahang Fuziah Salleh berkata pihak t...
Iqoo 3 Akan Menjadi Peranti Pertama Dengan Storan Ufs 3 1

Iqoo 3 Akan Menjadi Peranti Pertama Dengan Storan Ufs 3 1

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 217 hits
https ift tt 2OLyQxb iQOO adalah sub jenama dari Vivo yang menghasilkan peranti pintar memfokuskan permua Ia sudah hadir dengan pelbagai versi dari versi Pro Neo dan tahun ini generasi ketiga pula akan hadir iQOO 3 Peranti ini sudah disahka...
Bergembiralah Menjadi Orang Yang Gajil Itu Yang Nabi Nak Kita Umatnya Lakukan 9726

Bergembiralah Menjadi Orang Yang Gajil Itu Yang Nabi Nak Kita Umatnya Lakukan 9726

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 545 hits
Sederhana Bersederhana Senjata Mukmin ialah DOA Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main main dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan kalau mereka menge...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut