Mi Segera Kandung Garam 4 Kali Lebih Tinggi Dari Digariskan K Jaan




Mi segera mengandungi kandungan garam tinggi boleh menjejaskan kesihatan. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi, manakala bakinya pula mengandungi kandungan garam sederhana.Itu hasil kajian bertajuk 'Kandungan garam mi segera di Malaysia: Satu kajian keratan lintang', membabitkan 707 produk mi segera pelbagai perisa, yang dijual di enam pasar raya dan rantaian peruncit, serta di laman sesawang produk berkenaan.Kajian oleh tujuh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London itu mendapati tiada satu pun mi segera di pasaran Malaysia, boleh dikategorikan sebagai makanan rendah gram, sangat rendah garam atau bebas garam.Kajian yang diterbitkan pada Mei lalu itu juga mendapati kira-kira 40 peratus atau lebih 250 produk mi segera yang dikaji, tidak mempamerkan kandungan garam atau nutrisi pada produk masing-masing."Purata kandungan garam dalam mi segera di Malaysia adalah sekitar 4.5 gram (g) per 100g, iaitu empat kali lebih tinggi daripada tahap makanan yang dikategorikan sebagai tinggi kandungan garam iaitu kurang 1.2g per 100g, seperti digariskan kerajaan."Memakan sebungkus mi segera hampir sama dengan kadar pengambilan garam harian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kurang 5g sehari."Lebih teruk, kandungan garam pada 10 peratus mi segera, melebihi saranan WHO itu, dengan mi segera yang memiliki kandungan tertinggi adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada saranan WHO, iaitu 8.5g dalam satu sajian."Disebabkan kandungan garam tinggi serta populariti mi segera berdasarkan jualan tinggi setiap hari, pengurangan kandungan garam dalam mi segera akan memberi impak ketara dalam mengurangkan pengambilan garam harian oleh rakyat Malaysia," kata kajian itu yang boleh diakses menerusi portal BMJ Open.Ahad lalu, pelatih pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi laporan kajian itu menerusi Twitter peribadinya.Dr Nur Amalina yang turut memetik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menggesa kerajaan bertindak segera mengatasi isu pengambilan garam tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia."Malaysia Salt Action menyarankan pengurangan pengambilan garam kurang 6g sehari bagi rakyat Malaysia dewasa. Kadar garam tinggi dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi."Saya sendiri sudah tidak memakan mi segera sejak lebih 10 tahun lalu," katanya.Jangan jadikan menu harian, amal diet sihatKandungan garam yang tinggi dalam mi segera tidak menghalang sebilangan besar rakyat Malaysia daripada terus menikmati makanan segera itu.Biarpun tahu kesan buruk pengambilan garam berlebihan, mereka terus memakan produk berasaskan tepung gandum itu kerana ia mudah disediakan dan murah berbanding hidangan lain.Kempen kesihatan dijalankan sebelum ini ternyata gagal mengatasi kesan iklan mi segera yang disiarkan setiap hari di media massa.Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa, berkata umum tahu mengenai kandungan garam yang tinggi di dalam mi segera, tetapi hampir mustahil untuk berhenti daripada memakannya.Katanya, sifat mi segera yang murah, sedap dan mudah disediakan menjadi tarikan utama masyarakat untuk menjadikannya sebagai menu harian, khususnya pelajar.“Pelbagai kempen dan nasihat sudah diberikan kepada umum, tetapi ia tidak memberi kesan.“Walaupun setakat ini belum ada kes kronik berhubung individu yang mengamalkannya, tetapi pengambilan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan penyakit buah pinggang.“Galakan untuk makan mi segera ini lebih hebat dengan lantikan selebriti sebagai duta serta pengenalan pelbagai perisa baharu yang kelihatan menarik, selain cabaran untuk memakannya.“Saya nasihatkan umum untuk kurangkan pengambilan mi segera itu kerana itu adalah sebaik-baiknya. Jika sukar, maka pelbagaikan ramuan nutrisi didalamnya seperti udang atau sayur,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Navin Kumar Devaraj, yang terbabit dalam kajian kandungan garam dalam mi segera di Malaysia itu, berharap orang ramai mengamalkan pemakanan yang sihat.“Kajian ini hanya dijalankan sekali sahaja dan pada akhirnya kami mahu masyarakat mengamalkan diet yang sihat,” katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, berikutan kandungan garam yang tinggi, mi segera tidak seharusnya dijadikan hidangan setiap hari.“Mi segera masih boleh diambil, tetapi jangan jadikan ia satu-satunya hidangan anda dalam sehari. Amalkan diet sihat,” katanya. (BH)Lihat sebelum ini..Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/mi-segera-kandung-garam-4-kali-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lensa Kamera Yang 20 Kali Ganda Lebih Nipis Dari Rambut Manusia Berjaya Dihasilkan

Lensa Kamera Yang 20 Kali Ganda Lebih Nipis Dari Rambut Manusia Berjaya Dihasilkan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 251 hits
iPhone 11 dan 11 Pro diperlihatkan bulan lalu dengan sistem kamera baharu yang diletakkan di dalam bonjol berbentuk empat segi Sedikit aneh di dalam bonjol ini wujud lebih banyak bonjol untuk lensa kamera Bonjol sepsi ini membuatkan peranti...
Olahraga Sebelum Sarapan Bisa Bakar Lemak Dua Kali Lebih Banyak

Olahraga Sebelum Sarapan Bisa Bakar Lemak Dua Kali Lebih Banyak

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 268 hits
Hasil temuan ini telah dipublikasikan pada Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism Peneliti dari universitas Bath dan Birmingham menemukan bahwa mengubah waktu makan dan olahraga bisa membuat seseorang lebih baik dalam mengontrol k...
Pemasok Sebut Sudah Lebih Dari 3 Kali Transaksi Sabu Dengan Nunung

Pemasok Sebut Sudah Lebih Dari 3 Kali Transaksi Sabu Dengan Nunung

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 179 hits
Menurut kesaksian Hadi Nunung membeli sabu sebanyak 1 gram setiap bulannya Namun di bulan Juli pada pembelian kedua Nunung menambah pesanannya menjadi dua gram
Bajet 2020 Orang Kaya Kena Cukai Lebih Tinggi

Bajet 2020 Orang Kaya Kena Cukai Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 423 hits
Kerajaan bakal mengenakan cukai lebih tinggi terhadap golongan berpendapatan tinggi di negara ini Memetik laporan Awani sistem percukaian itu akan mengenakan cukai 30 peratus berbanding hanya 28 peratus sebelum ini kepada golongan berpendap...
Ada Cabe Pelangi Dari Ipb Rasanya 5 Kali Lebih Pedas

Ada Cabe Pelangi Dari Ipb Rasanya 5 Kali Lebih Pedas

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 292 hits
Jika Anda penyuka masakan pedas dan sering terganggu harga cabe yang gampang melambung kenapa tidak mencoba menanamnya sendiri sekaligus menjadikannya hiasan rumah Adalah Profesor Muhammad Syukur ahli agronomi dari IPB menemukan varietas ca...
Selepas Mu Tumbang Di Tangan Newcastle Twitter Trending Dengan Oleout Ditweet Lebih 35 000 Kali

Selepas Mu Tumbang Di Tangan Newcastle Twitter Trending Dengan Oleout Ditweet Lebih 35 000 Kali

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 327 hits
Persaingan Liga Perdana Inggeris yang telah masuk minggu ke 8 semalam telah berjaya menyaksikan beberapa pasukan gergasi EPL itu tumbang di tangan pasukan pasukan yang berada di pertengahan liga Antara pasukan gergasi yang tersungkur pada p...
Amih Kembali Digugat Anak Kandung Dan Menantu Kali Ini Pakai Uu Ite

Amih Kembali Digugat Anak Kandung Dan Menantu Kali Ini Pakai Uu Ite

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 278 hits
Masih ingat kasus anak dan menantu yang menggugat ibu kandungnya sebesar Rp1 8 miliar di Garut Jawa Barat Si anak Yani Suryani dan suaminya Handoyo Adianto rupanya masih belum puas Kalah dalam gugatan masalah utang piutang keduanya kembali ...
Kena Jual Lagi Katanya Dengan Harga Lebih Tinggi

Kena Jual Lagi Katanya Dengan Harga Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 248 hits
Genting Group sedang berusaha untuk menjual semula kapal mewah yang pernah dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan Jho Low pada harga yang lebih tinggi Ia hanya enam bulan selepas Genting membeli kapal tersebut daripada kerajaan Syarikat...
Permainan Call Of Duty Mobile Sudah Dimuat Turun Lebih Daripada 35 Juta Kali

Permainan Call Of Duty Mobile Sudah Dimuat Turun Lebih Daripada 35 Juta Kali

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 180 hits
Reading Time 1 minuteMenjadi aplikasi permainan paling popular di App Store sejak diperkenalkan pada 1 Oktober lalu Activision telah mengumumkan aplikasi permainan terbaru mereka Call of Duty Mobile telah dimuat turun lebih daripada 35 juta...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner