Mi 10t Pro Lcd Vs Led Teruk Sangat Ke


Perbandingan sebelah menyebelah skrin LCD Mi 10T Pro berbanding LCD telefon flagship lama Xiaomi Mi 6 dan juga OLED flagship Google Pixel 3.
 


Berbanding Mi 6, warna hitam pada Mi 10T Pro ternyata lebih gelap. Sekali imbas dari jauh, mungkin ada yang akan menyangka Mi 10T Pro menggunakan skrin LED. Namun pada warna putih, ketara kelihatan skrin Mi 6 lebih putih berbanding Mi 10T Pro. Skrin Mi 10T Pro kelihatan kekuningan dengan tona warna hangat. Itu pun setelah saya set tona warna pada skim warna dengan kecerahan yang paling dinamik.
 


 
Berbanding dengan OLED Pixel 3 pula, warna hitam Mi 10T Pro kelihatan hampir sama gelap seperti OLED namun tidaklah segelap OLED. Warna putih pada OLED Pixel 3 kelihatan kurang terang berbanding Mi 10T Pro, namun putih pada Pixel 3 adalah lebih “pronounced” berbanding Mi 10T Pro yang kelihatan agak “off white”.
 
Kelebihannya, LCD IPS pada Mi 10T Pro adalah PANTAS. Antara yang terpantas pernah saya cuba. Pada hemat saya, lebih pantas dan lancar berbanding IGZO LCD pada Sharp Aquos R dengan kadar segar semula 120Hz. Warnanya cukup terang, dan masih senang dibaca walaupun di bawah cahaya terang. Penghasilan gambarnya juga cantik dan dinamik. Dengan adaptive display, sememangnya skrin Mi 10T Pro berada dalam kelasnya sendiri.
 
Kekurangannya pula, seperti yang kita sedia maklum, LCD adalah LCD. Ia tidak akan jadi OLED, AMOLED mahupun QLED. Skrin Mi 10T Pro, mahupun sangat bagus, masih lagi “menderita” kekurangan hakiki LCD IPS. Pada bahagian tepi skrin masih lagi ada berbayang. Ini dapat dilihat pada sisi bingkai dan sekitar lubang kamera hadapan. Untuk pergerakan pantas, pergerakan warna kadangkala ada sedikit kekaburan walau tidaklah terlalu ketara. Mungkin masalah ini dapat diatasi dengan kemaskini sistem daripada Xiaomi, tapi sebenarnya, inilah antara kelemahan umum LCD.
 
Kesimpulannya, LCD, LED, OLED, QLED, AMOLED mahupun Super AMOLED sekalipun, setiap satu mempunyai kelemahan DAN juga kebaikan. Dari segi ketahanan dan kos, mungkin LCD adalah lebih baik. Mungkin juga Xiaomi tidak mahu mengambil risiko dengan mencuba skrin LED baru daripada TCL yang boleh dikatakan murah. Malah, peranti kelas pertengahan Samsung Galaxy M̶4̶1̶ M51 juga turut dikatakan akan menggunakan skrin TCL ini (ironinya, yang turut sama digunakan pada Mi 10).
 
Mungkin Xiaomi tidak memilih AMOLED yang sama pada Mi 10 kerana TCL masih belum mengeluarkan AMOLED mereka dengan kadar segar semula setinggi 144Hz. Atau mungkin Xiaomi enggan menunggu atau mengambil risiko mencuba produk baru dan prototaip pada peranti paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini. Xiaomi dilihat mengambil langkah selamat dan ekonomi dengan menggunakan skrin LCD IPS pada Mi 10T Pro mereka pada kali ini.
 
Pun begitu, tidaklah bermakna skrin LED tiada masalah. Skrin LED juga hadir dengan beribu macam ragamnya tersendiri. Namun kita simpan perbincangan itu untuk lain hari. Sekian sahaja di sini buat kali ini. Jumpa lagi di artikel akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/mi-10t-pro-lcd-vs-led-teruk-sangat-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbandingan Xiaomi Mi 10t Pro 5g Poco F2 Pro Dan Realme X50 Pro 5g

Perbandingan Xiaomi Mi 10t Pro 5g Poco F2 Pro Dan Realme X50 Pro 5g

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 290 hits
Xiaomi Mi 10T Pro 5G dilancarkan sebentar tadi dan merupakan sebuah peranti yang agak unik Dijana cip Snapdragon 865 tetapi dipadankan dengan skrin IPS LCD 144Hz Dengan penawaran harga yang agak rendah berbanding peranti mercu yang lain ia ...
Spesifikasi Xiaomi Mi 10t Pro Dan Mi 10t Yang Tertiris Sedikit Mengecewakan

Spesifikasi Xiaomi Mi 10t Pro Dan Mi 10t Yang Tertiris Sedikit Mengecewakan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 282 hits
Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T akan dilancarkan dua hari sahaja lagi tetapi spesifikasi lengkap kedua dua peranti telahpun tertiris Dari maklumat yang tertiris ini kami merasakan sedikit kecewa dengan apa yang akan ditawarkan kelak Xiaomi Mi ...
Bawa Laju Sangat Kereta Dihentam Teruk Pemandu Maut Tinggalkan 3 Anak Kecil Al Fatihah Video

Bawa Laju Sangat Kereta Dihentam Teruk Pemandu Maut Tinggalkan 3 Anak Kecil Al Fatihah Video

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 603 hits
Di Facebook viral satu rakaman video perakam melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi melanggar sebuah kereta Honda Accord sehingga menyebabkan pemandu Honda itu maut Dalam video itu menyaksikan pemandu Perodua Myvi tersebut memandu laju dan h...
Mi 10t Pro Kini Rasmi Di Malaysia Snapdragon 865 Skrin 144hz Kamera 108mp Pada Harga Rm1 999

Mi 10t Pro Kini Rasmi Di Malaysia Snapdragon 865 Skrin 144hz Kamera 108mp Pada Harga Rm1 999

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 453 hits
Hari ini Xiaomi telah melancarkan peranti mercu terbaru siri Mi 10 iaitu Mi 10T Pro di Malaysia Ia adalah pengganti kepada Mi 9T Pro tahun lepas menggunakan rekaan tersendiri Peranti ini memfokuskan kepada keseimbangan dari skrin prestasi d...
Xiaomi Mengacah Harga Jualan Mi 10t Pro Kurang Rm2k Di Malaysia

Xiaomi Mengacah Harga Jualan Mi 10t Pro Kurang Rm2k Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 495 hits
Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan Xiaomi Mi 10T Pro Telefon pintar ini bakal dilancarkan di Malaysia pada 6 Oktober kelak dan kini Xiaomi hadir dengan gambar acah mengatakan ia akan berharga kurang RM2 000 Melalui gambar acah yang...
Ulasan Xiaomi Mi 10t Pro T Untuk Terbaik

Ulasan Xiaomi Mi 10t Pro T Untuk Terbaik

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 248 hits
Xiaomi tahun ini ada banyak peranti mercu Bermula dengan siri Mi 10 kemudian beralih ke Poco F2 Pro dan terkini siri Mi 10T pula Terdapat banyak pilihan siri Mi 10 memfokuskan kamera prestasi dan adalah peranti premium Poco pula memfokuskan...
Mingguan Amanz Iphone 12 Akan Datang Samsung Galaxy 20fe Mi 10t Pro Snapdragon 875

Mingguan Amanz Iphone 12 Akan Datang Samsung Galaxy 20fe Mi 10t Pro Snapdragon 875

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 234 hits
Minggu ini menyaksikan beberapa telefon baru memasuki pasaran Malaysia Dibawah kategori mercu adalah Samsung Galaxy 20FE dan juga Xiaomi Mi 10T Pro Selain itu peranti lain yang turut memasuki pasaran tempatan adalah Oppo A93 Nokia 2 4 Nokia...
Projek Inovasi Pencemaran Udara Oleh Pelajar Tingakatan 1 Sangat Kreatif

Projek Inovasi Pencemaran Udara Oleh Pelajar Tingakatan 1 Sangat Kreatif

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 581 hits
Seronok tengok budak Form 1 nih buat inovasi untuk pencemaran udara bagi PBL mereka Kreatip Seronok tengok dan dengar idea diorang kenapa dan mengapa diorang create alat tu camtu Walaupun banyak lagi boleh tambahbaik tapi inshaAllah minda i...
Saya Sangat Menyesal Pemandu Myvi Mohon Ampun Maaf Tetapi Bapa Mentua Mangsa Enggan Maafkan

Saya Sangat Menyesal Pemandu Myvi Mohon Ampun Maaf Tetapi Bapa Mentua Mangsa Enggan Maafkan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 410 hits
Nur Fatin Nasrah Suhaimi yang menyebabkan kematian Mohd Rizal Buseri dalam kemalangan Sabtu lalu memohon maaf dan keampunan dari keluarga mangsa ketika membuat rayuan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini Wanita berusia...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti