Mh370 Bekas Pemimpin Bn Perlu Tampil Berikan Penjelasan




KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin tertinggi kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang mempercayai dakwaan tragedi kehilangan pesawat MH370 adalah merupakan plot bunuh diri sejak awal lagi perlu tampil memberi penjelasan kepada rakyat.Selain itu, satu suruhanjaya antarabangsa wajar ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan pesawat udara Boeing 777 tersebut ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mendedahkan kerajaan Malaysia sejak awal percaya tragedi kehilangan pesawat itu ada kaitan plot bunuh diri.Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pengumuman stesen penyiaran berita luar negara, Australian Skynews bahawa mengenai pendedahan Abbott itu pastinya mengejut seluruh rakyat Malaysia dan Australia."Pemimpin BN yang sebelum ini menganggotai kerajaan perlu tampil bersuara menjawab dakwaan mengejutkan dibuat Abbott mengenai tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines, MH370."Satu suruhanjaya antarabangsa juga wajar ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan pesawat udara Boeing 777 tersebut ekoran dakwaan dibuat Abbot itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2014 itu mengorbankan keseluruhan 239 penumpang yang terdiri 50 rakyat Malaysia, enam rakyat Australia, 153 rakyat China, tujuh rakyat Indonesia, tujuh rakyat Perancis, tiga rakyat Amerika, dua rakyat New Zealand, dua rakyat Kanada, dua rakyat Ukraine bersama mangsa-mangsa lain dari pelbagai negara.Semalam, Abbott yang merupakan perdana menteri ke-28 Australia yang mengetuai kerajaan negara itu sewaktu tragedi kehilangan MH370 berlaku, membuat pendedahan "tahap tertinggi" bahawa kerajaan Malaysia sejak awal percaya tragedi mengejutkan itu adalah plot bunuh diri.Menurut laporan The Australian, Abbott menegaskan masa dua minggu adalah sangat jelas kepadanya bahawa pesawat itu hampir pasti sengaja dijatuhkan oleh juruterbang.Pesawat malang berkenaan dipandu oleh Kapten Malaysia, Zaharie Ahmad Shah."Pemahaman saya - pemahaman yang sangat jelas saya - daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia bahawa sejak awal-awal lagi mereka berpendapat ia adalah jenayah bunuh diri oleh juruterbang."Saya tidak akan mengatakan siapa kata kepada siapa. Tetapi saya menegaskan sekali lagi - Saya mahu sangat jelas - ia difahami di peringkat tertinggi bahawa ini adalah hampir pasti bunuh diri oleh juruterbang," kata Abbott."Pembunuhan diri besar-besaran oleh juruterbang," katanya melalui siri dokumentasi 'MH370: The Untold Story' yang akan ditayangkan selama dua siri bermula hari ini.Kit Siang berkata, seluruh dunia sedang menantikan tayangan dokumentari pendedahan tragedi kehilangan pesawat MH370 itu yang mengandungi pendedahan butiran penting terbaharu."Dokumentari dua siri itu bakal memaparkan pendedahan penemuan penting terbaharu mengenai kehilangan pesawat MH370 yang hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal dan terus membingungkan pakar penerbangan, ahli keluarga dan masyarakat dari seluruh dunia sehingga kini," katanya.Operasi mencari dan mengesan pesawat MH370 berakhir pada Mei 2018 apabila syarikat cari gali yang berpangkalan di Amerika Syarikat Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu setelah mencari lebih 112,000 km persegi di dasar laut dalam sepanjang lebih daripada tiga bulan.Data satelit menunjukkan pesawat itu menyimpang dari laluan, membuat siri pusingan ke Selat Melaka dan kemudian ke arah Lautan Hindi."Selamat malam. Malaysia tiga-tujuh-sifar," adalah kata-kata terakhir diucapkan kapten kepada kawalan trafik udara sebelum pesawat itu hilang dari radar di pada jam 01:21.Pada Julai 2018, Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370, dalam laporan 449 muka surat menyimpulkan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat itu, tetapi tidak menolak kemungkinan bahawa 'gangguan menyalahi undang-undang' oleh pihak ketiga menyebabkan kejadian itu. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/02/mh370-bekas-pemimpin-bn-perlu-tampil.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Teruk Dikecam Netizen Ali Puteh Tampil Beri Penjelasan Situasi Sebenar Harta Arwah Abam

Selepas Teruk Dikecam Netizen Ali Puteh Tampil Beri Penjelasan Situasi Sebenar Harta Arwah Abam

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 991 hits
Sumber gambar dari GoogleBaru baru ini sedang hangat diperkatakan tentang keadaan balu arwah Abam Noor Hidayah Mohd Ali yang dikatakan segala kemudahan tidak diberikan kepadanya sebagai balu kepada arwah seperti yang didedahkan oleh Dato Al...
Mh370 Siapa Pemimpin Kanan Malaysia Yang Dimaksudkan Abbot Ini

Mh370 Siapa Pemimpin Kanan Malaysia Yang Dimaksudkan Abbot Ini

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 350 hits
SYDNEY Bekas Perdana Menteri Australia Tony Abbott mendakwa pemimpin kanan Malaysia percaya bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia sengaja ditenggelamkan juruterbang pesawat dalam misi membunuh diri Pesawat terbabit ghaib pada 8 Ma...
Mh370 Bersuaralah Desak Kit Siang Pada Pemimpin Bn

Mh370 Bersuaralah Desak Kit Siang Pada Pemimpin Bn

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 355 hits
Ahli politik veteran itu desak bekas pemimpin kerajaan BN beri kenyataan ekoran dakwaan dari Australia bahawa kemalangan pesawat MAS itu berpunca daripada tindakan membunuh diri
Kepuasan Publik Rendah Ma Ruf Amin Dinilai Kurang Tampil Dibanding Menteri

Kepuasan Publik Rendah Ma Ruf Amin Dinilai Kurang Tampil Dibanding Menteri

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 131 hits
Wapres Ma ruf Amin dinilai belum terlihat memiliki peran strategis di pemerintahan
5 Tim Asal Jawa Timur Yang Akan Tampil Di Liga 1 2020

5 Tim Asal Jawa Timur Yang Akan Tampil Di Liga 1 2020

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 247 hits
Jawa Timur merupakan salah satu provinsi dengan klub sepak bola profesional terbanyak di liga Indonesia Di kompetisi Liga 1 2020 tercatat ada lima tim Jawa Timur yang akan berkompetisi di kasta tertinggi Indonesia ini
Disaat Isu Kesihatan Memuncak Artis Ini Tampil Dengan Idea Topeng Muka Dari Bahan Terbuang

Disaat Isu Kesihatan Memuncak Artis Ini Tampil Dengan Idea Topeng Muka Dari Bahan Terbuang

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1423 hits
Disaat isu kesihatan memuncak artis ini tampil dengan idea topeng muka dari bahan terbuang Assalamulaikum dan salam sejahtera Covid 19 nampaknya belum menunjukkan tanda tanda untuk berhenti Ini dikuatkan lagi dengan penambahan kes dan kadar...
Tampil Dengan Potongan Rambut Pendek Maia Estianty Disebut Mirip Victoria Beckham

Tampil Dengan Potongan Rambut Pendek Maia Estianty Disebut Mirip Victoria Beckham

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 200 hits
Hal itu terungkap dari postingan terbaru Maia Estianty di instagram Tampak Maia memperlihatkan potongan rambut barunya
Ac Mizal Bakal Tampil Stesen Tv Sendiri Metrotv

Ac Mizal Bakal Tampil Stesen Tv Sendiri Metrotv

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 533 hits
PENGACARA popular Datuk AC Mizal enggan namanya dikaitkan dengan stesen televisyen yang pernah dirancangnya sebelum ini iaitu Awesome TV AC berkata dia dan isteri Datin Emylia Rosnaida mengumumkan tidak mahu terbabit dengan stesen televisye...
Mimpi El Rumi Yang Akhirnya Terwujud Lihat Ahmad Dhani Dan Maia Tampil Bersama

Mimpi El Rumi Yang Akhirnya Terwujud Lihat Ahmad Dhani Dan Maia Tampil Bersama

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 321 hits
Momen pertemuan Ahmad Dhani dan Maia Estianty juga membuat El Rumi turut bahagia El sendiri tidak bisa hadir di momen tersebut lantaran sedang berada di London untuk kuliah
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang