Meter Pintar Tnb Bantu Rakyat Malaysia Urus Tenaga Lebih Baik


Meter Pintar TNB Bantu Rakyat Malaysia Urus Tenaga Lebih Baik
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Penetapan tarif elektrik baharu di Malaysia bukan sekadar perubahan dasar, tetapi permulaan kepada kaedah lebih bijak membekalkan tenaga di kediaman menerusi pemasangan meter pintar yang memberi pelanggan akses maklumat penggunaan secara masa nyata serta kebebasan mengawal penggunaan tenaga melalui skim Masa Penggunaan (ToU).
Pelaksanaan pemasangan meter pintar di seluruh negara kini semakin bertambah apabila pelanggan menikmati kemudahan memantau penggunaan tenaga secara lebih berkesan serta kawalan yang lebih baik terhadap penggunaan elektrik menerusi inisiatif Infrastruktur Pemeteran Lanjutan (AMI) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Meter pintar yang disasarkan untuk dipasang di kira-kira 10.4 juta kediaman di Semenanjung menjelang 2028 dan seterusnya, adalah peningkatan besar kepada infrastruktur elektrik negara dengan menyediakan data penggunaan harian dan setiap setengah jam yang boleh dipantau oleh pelanggan menerusi aplikasi dan portal myTNB.
Menurut laman web TNB, meter pintar ialah peranti digital yang merekodkan penggunaan elektrik dan menghantar data secara automatik kepada TNB melalui komunikasi gelombang radio yang selamat, membolehkan bil yang tepat, pemantauan harian dan pengurusan tenaga yang lebih baik.
Walaupun negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan China telah menggunakan meter pintar, Malaysia menjadi perintis pelaksanaannya di Asia Tenggara, namun mitos berterusan mengenai bil, kesihatan dan privasi masih mempengaruhi kefahaman masyarakat.
Berlainan daripada tanggapan umum, meter pintar tidak menyebabkan bil elektrik meningkat, sebaliknya ia memberikan bacaan yang lebih tepat dan kerap berdasarkan penggunaan sebenar, tanpa menjejaskan kadar tarif atau caj elektrik.
Menerusi aplikasi myTNB, pelanggan boleh memantau penggunaan harian, menetapkan perbelanjaan elektrik bulanan serta membuat keputusan termaklum bagi mengurus kos tenaga dengan lebih berkesan berbanding penggunaan meter konvensional atau elektromekanikal.
Henry Yew, pesara berusia 78 tahun dari Subang Jaya berkata penerimaan teknologi baharu membolehkannya mengurus penggunaan tenaga dengan lebih cekap menerusi pemantauan harian serta penetapan perbelanjaan bulanan yang sesuai melalui aplikasi myTNB.
“Kini saya hanya menggunakan ciri Energy Budget dalam aplikasi. Ia lebih mudah berbanding memeriksa meter secara manual di luar rumah,” katanya.
Satu lagi mitos yang sering didengar ialah meter pintar mengumpul atau menyimpan maklumat peribadi, dengan sesetengah pelanggan percaya peranti itu boleh mengumpul maklumat peribadi atau sensitif,  tetapi hakikatnya ia hanya merekodkan penggunaan elektrik, cap masa dan kualiti kuasa, bukan data peribadi pengguna.
Bertentangan dengan dakwaan tidak berasas, meter pintar tidak menyebabkan penyakit kerana ia diperakui sepenuhnya oleh SIRIM dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sekali gus memastikan pematuhan piawaian keselamatan dan perlindungan data negara.
Azman Mohd Ali, pesara berusia 64 tahun dari Ampang berkongsi keraguannya sebelum ini: “Pada mulanya saya bimbang apabila orang kata meter pintar boleh menyebabkan penyakit. Bagaimanapun realitinya ialah gelombang elektromagnet yang dihasilkan sangat rendah, malah lebih rendah daripada WiFi. Dengan pensijilan SIRIM dan MCMC, saya lebih yakin ia selamat,” katanya.
Selain itu, meter pintar tidak berfungsi sebagai alat pengintip atau pemantauan kerana ia tidak mempunyai kamera atau mikrofon terbina dalaman.
Meter pintar tidak boleh melihat, mendengar atau merakam aktiviti peribadi, dan hanya menghantar data penggunaan elektrik yang disulitkan kepada pembekal utiliti, yang seterusnya boleh diakses pelanggan melalui aplikasi atau portal myTNB.
Walaupun ada pelanggan yang berasa bimbang tentang proses pemasangan, menyangka ia mengganggu rutin harian atau mengambil masa lama, hakikatnya proses itu direka supaya pantas, mudah, tidak invasif dan tanpa kerumitan.
Seorang eksekutif dari Bandar Parklands, Klang, Sasicala Gingaduran, 41, berkata peralihan kepada penggunaan meter pintar berjalan lancar, dengan proses pemasangan yang pantas dan tidak mengganggu.
“Pada mulanya kami sangka proses menukar meter ini akan menyusahkan, tetapi sebenarnya kami hanya diminta mematikan peralatan elektrik semasa kontraktor TNB memasang meter pintar. Dalam tempoh seminggu, saya sudah boleh memantau penggunaan elektrik melalui aplikasi,” katanya.
Berlainan daripada kepercayaan umum, tarif ToU tidak eksklusif kepada pengguna meter pintar sedia ada tetapi semua pelanggan berdaftar TNB layak beralih kepada tarif ToU, namun untuk berbuat demikian, meter pintar yang diaktifkan mesti dipasang terlebih dahulu di premis pelanggan.
Bagi pelanggan tanpa meter pintar sedia ada, proses penuh pemasangan dan pengaktifan mungkin mengambil masa sehingga dua bulan, manakala perubahan dalam kontrak tarif akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja.
Meter pintar bukan sekadar naik taraf tetapi menjadi pemangkin perubahan yang membantu rakyat Malaysia memantau penggunaan tenaga, mengelak kejutan bil dan membuat pilihan harian yang lebih bijak, sama ada beralih kepada ToU atau mahukan lebih kawalan, sudah tiba masanya untuk mengambil alih satu kilowatt pada satu masa.
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.mytnb.com.my/smart-meter.
— BERNAMA
The post Meter Pintar TNB Bantu Rakyat Malaysia Urus Tenaga Lebih Baik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/10/meter-pintar-tnb-bantu-rakyat-malaysia-urus-tenaga-lebih-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Jomquakerfit Galak Rakyat Malaysia Makan Lebih Baik Bukan Berkurang

Kempen Jomquakerfit Galak Rakyat Malaysia Makan Lebih Baik Bukan Berkurang

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 618 hits
Jenama oat terkemuka dunia Quaker melancarkan kempen JomQuakerFit untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat tanpa perlu berlapar Kempen ini menekankan konsep Eat Better Not Less yang menumpukan kepada pengambilan makana...
Shila Amzah Mohon Netizen Tidak Salah Faham Jelaskan Hubungan Dengan Ibu Kini Lebih Baik

Shila Amzah Mohon Netizen Tidak Salah Faham Jelaskan Hubungan Dengan Ibu Kini Lebih Baik

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 174 hits
Penyanyi Shila Amzah tampil memberi penjelasan berhubung salah faham yang timbul selepas perkongsiannya di sebuah podcast baru baru ini Dalam hantaran di Thread Shila memohon agar orang ramai tidak menafsirkan kenyataannya seolah olah hubun...
Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 320 hits
Penulis Inv Asrizam Esam Pegawai Penyelidik Kanan Ketua Seksyen Korporat dan Hubungan Strategik Putra Science Park Universiti Putra Malaysia YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Peluncuran Festival Idea Putraja...
Pasang Bendera Terbalik Rakyat Malaysia Terlalu Bodoh Atau Sengaja Cetus Provokasi

Pasang Bendera Terbalik Rakyat Malaysia Terlalu Bodoh Atau Sengaja Cetus Provokasi

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 305 hits
Setiap kali bila sampainya bulan kemerdekaan akan timbullah isu pemasangan bendera malaysia secara terbalik ia dah macam menjadi satu kemestian pula Tiap tiap tahun kita di sajikan dengan isu yang sama Persoalannya kenapa adakah rakyat mala...
Aaron Wooi Yik Mahu Hadiah Emas Merdeka Buat Rakyat Malaysia Berita Harian

Aaron Wooi Yik Mahu Hadiah Emas Merdeka Buat Rakyat Malaysia Berita Harian

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 251 hits
Berita Harian Jabatan Penyiaran Malaysia Harian Metro Utusan Malaysia Jabatan Penyiaran Malaysia
Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Susah Nak Hidup

Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Susah Nak Hidup

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 297 hits
Rakyat susah rakyat kelaparan dan rakyat menderita itu ayat yang selalu kita dengar sewaktu era awal awal gabungan pembangkang Pakatan Rakyat berjaya mendapat kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri Untuk melunakkan lagi ayat mereka di...
Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR Seramai 39 jemaah umrah termasuk seorang mutawif yang terkandas di Jeddah Arab Saudi dijadualkan pulang ke tanah air malam ini selepas usaha bantuan segera dilakukan oleh beberapa pihak Perkara itu disahkan oleh Mohd Firdaus Ma...
Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini

Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 302 hits
Rakyat Malaysia Diajak Sertai Malam Himpunan Selawat Bersama Gaza 23 Ogos Ini KUALA LUMPUR 12 Ogos Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama sama menyemarakkan Malam Himpunan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai lambang solidariti terhadap ...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 3051 hits
Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan kesejahteraan sosial dan keadilan Konsep Malaysia MADANI melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani mer...
Gempa Bumi Di Segamat Are We Really Safe From Earthquakes

Ww Baju Raptai Merdeka Tok Ti

Court Permits Zara Qairina S Parents To Be Part Of Inquest Into Her Death

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium

New Traffic System At Klia What You Need To Know About The 10 Minute Drop Off Pick Up Rule

Tengku Permaisuri Selangor Bertitah Tiada Pihak Harus Ganggu Gugat Peranan Asal Uitm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Pear Korea

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Undercover Dream Club Bicara Chord

How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Where Should Taylor And Travis Go On Their Honeymoon We Ve Got Ideas