Mesyuarat Agung Pibg Smk Tiada Lesen
18 Januari 2020 (Sabtu)
Ini merupakan kali pertama aku menghadiri Mesyuarat Agung PIBG di SMK dak Adik. Haruslah pergi memandangkan tahun 2020 ini tahun pertama dak Adik berada di SMK tersebut.
Slot pertama dimulakan dengan sesi ceramah. Ok yang ini akan aku kongsikan kemudian. Aku teruskan dengan slot kedua, sesi Mesyuarat Agung PIBG
Ada sepuluh usul daripada ibubapa/penjaga bagi sesi Tahun 2019 yang lepas dibincangkan dalam mesyuarat kali ini TETAPI hanya dua usul berjaya dibincangkan disebabkan pengusul cadangan tidak hadir.
Salah satunya adalah isu panas:
Isu tidak mempunyai lesen dan menunggang motosikal ke sekolah.
Laluan keluar/masuk di hadapan sekolah telah disediakan tetapi masih ada yang tidak mengikut arahan. Terdapat cadangan menggunakan perkhidmatan RELA bagi melancarkan trafik di hadapan sekolah selama dua bulan berbanding menggunakan khidmat polis trafik.Ini adalah kerana pada 14 Januari 2020 telah dibuat Ops Didik oleh team Sarjan Atika (maaf kalau salah nama) dan ramai telah dikenakan saman termasuk ibubapa yang tidak mempunyai lesen.Ada bantahan dikalangan ibubapa tidak mahu menggunakan khidmat polis trafik kerana 'tidak mahu disaman'. Sekiranya menggunakan khidmat polis, masalah murid tidak hadir ke sekolah pasti akan berlaku.Ada pula memberi cadangan kena lihat pada senario/situasi (contoh: kawasan kampung ada dikalangan ibubapa tidak mempunyai lesen dan terpaksa menghantar anak ke sekolah dibolehkan). Tetapi berapa kali nak kena saman tiap kali menghantar anak-anak ke sekolah?
Aku..?
Bersetuju dengan cadangan #AcikKeselamatan (gelaran diberi oleh dak Kakak 😁) pemantauan perlu dibuat dari awal. Kena didik dengan betul; ada lesen baru boleh bawa motosikal ke sekolah. Kalau kata nak bagi kesedaran kepada pelajar, mungkin pihak sekolah boleh mengadakan sesi ceramah/motivasi berkaitan pro dan kontra tentang isu lesen tersebut.
'Kalau tak nak kena saman, belilah basikal macam dak Adik pergi sekolah naik basikal'. Bisik dak Kakak ditelinga aku.
Aku memang berpesan pada anak-anak, selagi takde lesen jangan bawa motosikal (anak-anak memang tiada pengalaman membawa motosikal). Dah ada lesen nanti nak ke mana pun takpe. Jangan jadi seperti TokSu yang pernah dilanggar oleh budak tiada lesen 😠 Nauzubillahiminzalik.. 'Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut (daripada menimpa kami)'.
Akhirnya, keputusan menggunakan khidmat polis trafik ditolak sebaliknya akan menggunakan khidmat RELA dipersetujui (akan menggunakan peruntukkan dana PIBG bagi tujuan tersebut)
Kalau masih tak nak dengar cakap baru pihak sekolah akan menggunakan khidmat polis mengikut keperluan.Dari segi keselamatan itu adalah tanggungjawab ibubapa. Guru hanya mendidik pelajar untuk menjadi lebih pandai.
Sebagai penutup mesyuarat:
Satu pesanan dari pengetua SMK, sekiranya mempunyai aduan, rujuk dengan pihak sekolah terlebih dahulu agar masalah dapat diselesaikan dengan baik.
#KisahKita: ..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2020/01/mesyuarat-agung-pibg-smk.html