Meski Sambutan Positif Mipp Perlu Tunggu Lagi Untuk Sertai Pn


 
MIPP mengharapkan khabar gembira selepas menanti untuk menyertai Perikatan Nasional, kata Presiden P Punithan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan dua lagi untuk mengetahui nasib permohonan menyertai Perikatan Nasional (PN), kata presidennya P Punithan.
Bercakap kepada FMT, Punithan membayangkan “sesuatu yang positif” akan dicapai, berdasarkan mesyuarat pertama pada akhir tahun lalu selepas pihaknya menyerahkan permohonan pada Disember lalu.
“Mesyuarat pertama sangat positif, jadi kita tunggu mesyuarat kedua bersama pemimpin PN bulan depan. Diharapkan ada khabar gembira menanti.
“Setakat ini ‘vibes’ positif, malah telah dijemput ke rumah terbuka PN… kita sudah rasa seolah-olah menjadi sebahagian keluarga mereka,” katanya merujuk kepada undangan ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Wisma PGRM, Kuala Lumpur, semalam.
PN ketika ini mendapatkan sokongan bukan Melayu menerusi Gerakan, dan sayap bersekutu Bersatu yang ditubuhkan sejak 2021. Sayap itu diketuai Dr Chong Fat Full selepas Edmund Santhara Kumar melepaskan jawatan pada Julai 2022.
Pada 9 Dis tahun lalu, mesyuarat jawatankuasa MIPP sebulat suara memohon menyertai PN yang ketika ini tidak mempunyai parti mewakili kaum India.
MIPP yang didaftarkan dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (JPPM) 2019 diketuai Punithan yang sebelum in ketua Pemuda MIC Selangor.
Punithan turut mendakwa telah bertemu dengan pemimpin India dari parti dalam kerajaan perpaduan yang ‘positif’ mahu menyertai MIPP di bawah PN.
“Selain MIC, tiada lagi parti yang benar-benar mewakili suara orang India. Jadi kita mahu jadi penggerak kepada usaha itu selepas MIC dilihat tidak lagi relevan,” katanya.
Sebelum ini, beberapa pemerhati politik berpendapat penubuhan parti baharu berasaskan kaum India mungkin menjejaskan komuniti dan kerana bakal memecah-belahkan undi.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata parti-parti itu akan bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan pengundi yang sudah pun kecil, memandangkan masyarakat India hanya membentuk 7% daripada populasi.
Selain MIPP, sebuah lagi parti berasaskan kaum India ditubuhkan iaitu Urimai, yang diasaskan oleh bekas timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy, yang meninggalkan parti itu selepas digugurkan daripada PRN pada Ogos.
Sebelum ini MIC sering dilihat sebagai wakil kaum India sebelum kebangkitan DAP yang turut menampilkan pemimpin dari komuniti itu, begitu juga PKR. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/meski-sambutan-positif-mipp-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancong Terkejut Gajah Tunggu Depan Tandas

Pelancong Terkejut Gajah Tunggu Depan Tandas

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 147 hits
KOSMO Lelaki itu terkejut apabila melihat gajah berkenaan berada di hadapannya Compass Media SWNSGABORONE Botswana Seorang pelancong terkejut apabila melihat seekor gajah muncul di hadapannya selepas menggunakan tandas di sebuah tapak perkh...
Kpk Tunggu Salinan Putusan Usai Kalah Gugatan Dari Eddy Hiariej

Kpk Tunggu Salinan Putusan Usai Kalah Gugatan Dari Eddy Hiariej

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 209 hits
Ali menegaskan dalam penetapan Eddy sebagai tersangka dugaan kasus korupsi telah memiliki dua alat bukti
Terkini Najib Bebas Tunggu Lembaga Pengampunan

Terkini Najib Bebas Tunggu Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 406 hits
PETALING JAYA Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan Itu jawapan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ...
Bini Aku Tak Bagitau Aku Aku Sendiri Yang Terbaca Wasap Tu Kenapa Dia Diamkan Aku Tunggu Je Dia Sound Aku

Bini Aku Tak Bagitau Aku Aku Sendiri Yang Terbaca Wasap Tu Kenapa Dia Diamkan Aku Tunggu Je Dia Sound Aku

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 213 hits
Aku bukan nak luah apa apa kat sini Aku nak kisahkan dugaan yang aku hadapi sepanjang tempoh jadi suami orang ni Mula mula nikah semua manis tapi tu la Allah bagi dugaan duit hanya cukup cukup makan 3 bulan nikah bini dah mengandung Aku min...
Kaesang Soal Jk Tunggu Prabowo Mundur Keputusan Ada Di Menhan

Kaesang Soal Jk Tunggu Prabowo Mundur Keputusan Ada Di Menhan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 269 hits
Menurut Kaesang mundur atau tidak dari Menteri Pertahanan merupakan keputusan Prabowo
Fx Rudy Terima Hasil Suara Ganjar Di Quick Count Perjuangan Sudah Maksimal Tunggu Kpu

Fx Rudy Terima Hasil Suara Ganjar Di Quick Count Perjuangan Sudah Maksimal Tunggu Kpu

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 194 hits
Menurut dia tidak ada yang perlu disesalkan atas hasil penghitungan cepat yang dilakukan oleh sejumlah lembaga survei
Aku Tunggu Kau 54 Tahun Berpisah Akibat Konflik Perang Isteri Setia Menanti Tapi Suami Move On Dengan Wanita Lain

Aku Tunggu Kau 54 Tahun Berpisah Akibat Konflik Perang Isteri Setia Menanti Tapi Suami Move On Dengan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 364 hits
Kisah yang berlaku kepada pasangan berasal daripada negara China ini telah membuatkan ramai yang berasa sebak dan tersentuh hati 54 tahun berpisah akibat konflik peperangan Difahamkan pasangan yang belum sempat menjalani kehidupan sebagai s...
Ar Dan Sr Akan Bersama Terengganu Hanya Tunggu Masa

Ar Dan Sr Akan Bersama Terengganu Hanya Tunggu Masa

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 229 hits
Photo TFCKuaIa Terengganu Memetik Iaporan hasrat penyokong Terengganu FC untuk meIihat dua tonggak Harimau MaIaya Safawi Rasid dan Akhyar Rashid menyarung jersi pasukan itu hampir menjadi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TFC Mohd Sabri Aba...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Steven Sim Sahut Cabaran Lebai Kelaqah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang

Berlumba Lumbalah Dalam Melakukan Hal Hal Kebaikan