Mesir Kalahkan Israel Perang Yom Kippur



Setiap tahun rakyat Mesir akan bercuti pada tarikh 6 Oktober sempena dengan memperingati kemenangan Perang Yom Kippur. Perang ini juga dikenali Perang Oktober atau Perang Arab-Israel 1973. Ia juga turut dikenali Perang Ramadan (Perang Badar Moden) ,sebeb berlaku pada bulan Romadan.

Perang Yom Kippur bermula dari tarikh 6 Oktober hingga 22-24 Oktober 1973 di antara Israel dan pakatan Mesir-Syria-Jordan dan Iraq.

Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.

Dalam Perang Enam Hari ini, Israel berjaya menduduki Bukit Golan Syria dan Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160km.

Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu  anti kereta kebal terbaik di dunia.

Presiden Mesir Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967.

Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.

Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk.

Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

Ulama Mesir bernama Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air.

Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.

Seorang waliyullah dari thoriqah alBadawiyah mengatakan kepada Presiden Saadaat,"Pergilah,Allah bersama kamu".

Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat  yang tidak diduga oleh mereka.

Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17.

Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.

Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.

6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh hari kebangsaan kedua-dua negara. 6 Oktober juga dipilih sebagai Hari Angkatan Tentera Mesir.

Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun Perang Oktober, Presiden Mesir ketika itu Anwar Sadat mati ditembak kerana tindakannya yang berdamai dengan Israel.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/10/yom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Gereja Afrika Selatan Umumkan Perang Terhadap Produk Israel

Dewan Gereja Afrika Selatan Umumkan Perang Terhadap Produk Israel

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 370 hits
Dewan pembuat keputusan tertinggi Gereja Anglican Afrika Selatan mengambil kebijakan untuk mendukung gerakan pemboikotan produk Israel Mereka juga akan menarik sejumlah investasi dari negara Yahudi tersebut Keputusan itu di ambil dalam Sino...
Perang Nuklear India Pakistan Mampu Ragut 125 Juta Nyawa

Perang Nuklear India Pakistan Mampu Ragut 125 Juta Nyawa

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 257 hits
Perang nuklear India Pakistan mampu ragut 125 juta nyawa Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Oct 2019 11 30PM
Tangkal Dampak Resesi Akibat Perang Dagang Pemerintah Andalkan Kinerja Pariwisata

Tangkal Dampak Resesi Akibat Perang Dagang Pemerintah Andalkan Kinerja Pariwisata

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 182 hits
Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita memaparkan kondisi perekonomian dunia yang kini tumbuh melambat Selain karena perang dagang AS Cina perekonomian global kini semakin diperparah dengan babak perang dagang baru antara AS Uni Eropa
Trailer Rasmi Filem Perang Epik 1917 Telah Dilancarkan

Trailer Rasmi Filem Perang Epik 1917 Telah Dilancarkan

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 365 hits
Panas dari barisan panel New York Comic Con Universal Pictures telah melancarkan trailer rasmi filem epik perak 1917 yang menampilkan pemenang anugerah Oscar Sam Mendes sebagai pengarah Anda boleh saksikan trailer terbaru ini dipemain video...
Terpisah Selepas Perang Dunia Kedua Sepupu Menangis Berpelukan Akhiri 75 Tahun Penantian

Terpisah Selepas Perang Dunia Kedua Sepupu Menangis Berpelukan Akhiri 75 Tahun Penantian

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 316 hits
Perang Dunia Kedua yang berlaku pada sekitar tahun 1939 sehingga 1945 di mana melibatkan beberapa kuasa Eropah yang dikatakan kuasa sangat terpangaruh dunia telah berlaku Umum mengetahui negara yang teruk terjejas adalah Jerman Paling menye...
Pemerintah Diminta Bikin Uu Perbantuan Militer Agar Tni Bisa Operasi Selain Perang

Pemerintah Diminta Bikin Uu Perbantuan Militer Agar Tni Bisa Operasi Selain Perang

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 181 hits
Pemerintah Diminta Bikin UU Perbantuan Militer Agar TNI Bisa Operasi Selain Perang SETARA institute menilai keberadaan sekitar 41 MoU TNI dengan Kementerian atau Lembaga terkait yang diklaim sebagai bagian dari peran OMSP telah menyimpang d...
Kisah Abu Ubaidah Membunuh Ayahnya Dalam Perang Badar

Kisah Abu Ubaidah Membunuh Ayahnya Dalam Perang Badar

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 263 hits
SOALAN Apakah benar dakwaan yang menyatakan bahawa Abu Ubaidah R A telah membunuh ayahnya JAWAPAN Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan ayat ke 22 daripada surah al Mujadalah dengan sebab turun ayat ini adalah berdasarkan kepada peristiwa pemb...
Perang Dagang As China Memanas Bagaimana Ekonomi Indonesia

Perang Dagang As China Memanas Bagaimana Ekonomi Indonesia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 213 hits
Direktur Riset Center of Reform on Economics Indonesia Piter Abdullah menilai gesekan kedua negara tersebut tentu berdampak negatif terhadap perekonomian global tak terkecuali Indonesia Bahkan perlambatan ekonomi global saat ini terjadi pun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator