Mesin Basuh Rosak Di Musim Hujan Maka Ke Pusat Dobi Lahh
Assalamualaikum..
Hai..harap korang sihat dan ceria selalu hendaknya.Ehehehe.Sekarang ni kan musim batuk dan selsema.Maklumlah, asyik silih berganti jer musimm kan? Tetapi sekarang ni pula di Kuantan,musim panas dah takde.Kini musim tengkujuh pula yang muncul.
Dah musim hujan ni,mula lah.Mesin basuh pula yang buat hal.Lagi lah bertambah haru.Nak kata ape lagi? Maka,berangkut lah bakul pakaian kotor ni semua ke pusat dobi layan diri.Heeehhh..
Lama juga semalam di pusat dobi layan diri.Huhuhu.. Jam 9.40 barulah siap ( asalnya datang jam 8.00 malam) baju-baju tu semua.Rasa macam buang masa pun ada juga bila disana.Huhhh.
Nasib baiklah tak bawa si bongsu tu.Yang tu memang banyak akal sangat.Semalam bawa Sara dan Soffea jer pun,dah bising satu pusat dobi.
View this post on Instagram
apalah 2 orang ni sembang.. suka sangat🙄😁 . . . #ehbelogakudotcom #nurimanqhaisaradotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #parentingbloggermalaysia #bloggermalaysia #potd #kids #instadaily #instaphoto #instakidsA post shared by 🇲🇾 Lifestyle Blogger (@azlina6861) on Oct 1, 2018 at 7:25am PDT
Pusat Dobi Layan Diri
Rasanya pusat dobi kali ni,agak murah berbanding yang ina pergi di Pelindung tu.Yang tu RM 5.00 sekali basuh dan RM 5.00 cucian kering. Tapi tak berapa sure lah kan.
Lagipun ina ni suka basuh pakaian di dobi guna temperature panas.Itu kot yang jadi RM 5.00 di pusat dobi ni.Kali ni,cuba pusat dobi baru pula iaitu di kawasan perkampungan di Kampung Bugis.Dobi Strawberrry pula.. hihi.
Dobi ni pun tak sunyi.Ini lah jadi pilihan pula.Hehehe.Sebab Ina ni penakut sikit.Bukan takut ape.. bila sunyi,macam-macam lah fikir.Macam kes-kes samun tu kan? Tapi minta lah simpang.
Strategik juga lokasi pusat dobi ni tau,sebabnya ia sebaris dengan kedai runcit,kedai makan dan kedai menjual tudung.Depan kedai runcit iaitu bersebelahan pusat dobi ni pula tempat budak-budak sekolah melepak.Jadinya,tak lah sunyi.
RM 10.00 lagi..
Malam ni nak kena repeat lagi ke pusat dobi tersebut.Baju ada lagi 2 bakul.. jika siapkan kesemuanya semalam,tak tahu lah jam berapa pula Ina pulang ke rumah.Lagi pun kesian si bongsu tu.Dia tinggal dengan abah dia semalam.Sedih pula tengok Furqan tu tau.. okay,malam ni lagi RM 10.00 untuk cucian basah dan cucian kering..Ehehehe.
Mesin basuh dah di ambil orang yang datang servis mesin basuh.Kali ini tak tahulah apa masalah lagi.Adakah kena tukar terus mesin basuh tu ( dah berkhidmat selama hampir 9 tahun ) atau hanya menukar sparepart sahaja. Hmmm,kami terima jer dengan hati terbuka walau hati dan poket perit.Ahaks!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2018/12/mesin-basuh-rosak-di-musim-hujanmaka-ke.html