Mesilou Cat S Village Tempat Wajib Pergi Untuk Para Pencinta Kucing


“Dekat sini ada sediakan buku panduan untuk pelancong tak?”
Soalan ini saya tanyakan kepada staf yang bertugas di front desk H Benjamin Residence.
 
“Tiada la. Kami tidak sediakan panduan seperti itu.”
Balas staf tersebut dengan loghat Sabah. (dah datang bercuti ke Sabah, mestilah loghat Sabah, bah…)
 
“Biasanya kalau pelancong yang baru kali pertama datang bercuti di sini, tempat menarik apa yang you all akan suggest untuk diorang pergi melawat?”
 
Ada banyak juga tempat yang disebutkan, seperti Desa Dairy Farm (dah pernah pergi), Sabah Tea yang terletak di Ranau, Arnab Village, Kundasang War Memorial dan banyak lagi. Kebanyakkan tempat-tempat yang dicadangkan, saya dah pernah pergi sebelum ini.
 
Saya pun sebenarnya dah buat sedikit pembacaan tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kundasang – Ranau, dan kebanyakkannya memang saya dah pernah kunjungi sebelum ini.
 
Tak lama lepas tu, staf tu tanya saya balik, “Cat’s Village sudah pernah pergi kah?” 
 
Saya pun tak pasti, macam mana saya boleh tak perasan tentang kewujudan tempat ini. Mungkin sebab tak banyak blog yang bercerita tentang pengalaman mengunjungi Cat’s Village ini.
 
Jadi saya pun masukkan tempat ini, Mesilou Cat’s Village sebagai salah satu destinasi wajib pergi semasa berada di Kundasang.

Untuk masuk ke tempat ini, anda cari dulu papan tanda seperti diatas.
 
Mula-mula saya gunakan waze untuk cari lokasi tempat ini. Tapi sayangnya lokasi yang diberikan oleh waze macam tak berapa tepat. Ia bawa saya ke lokasi yang salah. Terpaksa tanya orang kampung dan akhirnya saya berjaya juga jumpa tempat ini.
 
Cat’s Village ini terletak agak jauh di kawasan pedalaman. Kalau dari segi jarak, ianya cuma 500m dari papan tanda.

Tapi yang buatkan jadi lambat dan agak mencabar untuk sampai ke tempat yang dituju adalah disebabkan keadaan jalan yang langsung tak elok. Jalannya berlubang-lubang, ada bahagian yang banyak batu, dan ada juga bahagian yang terdapat batu besar.
 
Kalau bawa kenderaan sendiri, saya rasa mungkin saya tak akan masuk ke tempat ini. Mujurlah, saya pandu kereta sewa. Saya rasa, kalau keadaan jalan ini diperelokkan lagi, mungkin ramai yang akan masuk ke tempat ini.
 
Dari pembacaan yang saya buat, rata-rata pengunjung yang datang ke tempat ini komplen tentang keadaan jalan yang berbatu-batu, dan berlubang disini sana. Harap ada pihak yang dapat turap dan perelokkan jalan disini.

Selepas menempuhi jalan sejauh lebih kurang 500 meter, akhirnya kami sampai di tempat yang dituju. Inilah dia keadaan dibahagian dalam Mesilou Cat Village.
 
Jika anda juga merupakan seorang pencinta kucing, datanglah singgah ke tempat ini.

Tempat ini juga diuruskan oleh mereka yang mencintai hidupan bernama kucing.
 
Dianggarkan dekat tempat ini ada lebih daripada 100 ekor kucing.

Macam-macam jenis kucing ada dekat sini. Ada kucing yang datang dari baka yang nampak macam mahal, dan ada juga kucing yang lebih kurang sama macam kucing yang saya sendiri bela dirumah (domestic cat).
 
Untuk masuk ke tempat ini, ada bayaran yang dikenakan. Saya pun tak berapa ingat berapa yang perlu dibayar. Rasanya tak sampai RM10 untuk dua orang.
 
Daripada duit yang kita bayar tu, pihak pengurusan akan gunakan ia semula bagi tujuan membeli makanan dan lain-lain keperluan untuk kucing-kucing yang ada disini.

Walaupun saya memang suka kucing, tapi lazimnya saya ada masalah alergik dengan kucing. Bila duduk berdekatan dengan kucing liar, atau kucing yang saya tak biasa, saya akan mula bersin dan gatal-gatal di muka.
 
Tapi mujurlah bila berada dekat sini, saya tak kena serangan alergik tu.

Setidak-tidaknya dapatlah juga saya bermain-main dengan kucing-kucing yang ada dekat dalam sini.

Bukan senang nak jaga kucing sebanyak ini. Paling banyak kucing yang pernah saya bela pun, sekadar 15 ekor sahaja dalam satu masa. Bila tengok tempat ini, ada sampai beratus-ratus ekor… memang hebat.
 
Bila ada banyak kucing dalam satu kawasan macam dekat sini, satu perkara yang biasanya akan terjadi ialah kucing akan bergaduh sesama sendiri. Mana yang boleh get along sesama sendiri itu ok la. Mana yang tak boleh, kena letak agak jauh. Maksudnya kita kena ada tempat yang cukup luas untuk kucing-kucing ini bergerak dan claim territory masing-masing.

Faktor kebersihan juga perlu dititikberatkan. Kalau kawasan sekitar ini kotor, macam-macam masalah akan mula timbul. Pertama, sudah tentu bau yang kurang menyenangkan.
 
Kedua, kucing-kucing akan diserang penyakit dan masalah ketiga, serangan kutu. Apabila berada disini, saya dapati tak ada bau yang kurang menyenangkan, melainkan bau kucing.
 
Semua kucing yang ada di kawasan terbuka ini juga sihat-sihat belaka. Untuk kucing yang tak berapa sihat, ada disediakan kawasan khas untuk kuarantin.
 
Memang ada macam-macam ragam kucing yang dapat kita saksikan bila berkunjung ke tempat ini.

Kucing kat atas ni, langsung tak pedulikan pengunjung yang datang. Mungkin penat sangat agaknya.
 
Kalau anda perhatikan, kucing ni adalah makhluk yang pandai mengekspresikan emosi mereka. Ini reaksi si meow ini bila kali pertama nampak saya.

Garang betul muka dia kan.
 
Dalam banyak-banyak kucing yang ada dekat sini, ada seekor yang pakai baju.

Dekat bahagian belakang ada tertulis perkataan, BOSS.

Kucing ni special sikit. Dia je yang pakai baju.
 
Tengoklah muka dia bila kita ambik gambar dia.

Sebenarnya dia ni comel. Tapi tu la… saja je kot buat muka macam tu.

Bila jalan-jalan dekat sini, saya tak jumpa pun tempat kucing ni buang najis. Tapi saya ada jumpa bekas yang mengandungi pasir untuk kucing.
 
Saya rasa mungkin semua kucing ini buang air dekat pasir yang disediakan. Penjaga tempat ini akan bersihkan dan tukar pasir dari masa ke masa bagi mengelakkan bau busuk disini.

Ini pula keadaan di bahagian dalam rumah kucing. Kalau cuaca sejuk atau hujan, kucing-kucing yang ada dekat luar boleh masuk ke dalam sini. Sini pun kira tempat lepak untuk kucing-kucing di rumah kucing ini.

Untuk penduduk sekitar yang nak hantar kucing ke sini, pun boleh tapi ada syarat. Kucing tersebut mesti sudah diberikan vaksin dan sudah di mandulkan.
 
Tempat ini memang redup sahaja. Dekat kawasan sekitar ada banyak pokok-pokok dan tak jauh dari tempat ini ada sungai pulak. Suasananya memang sesuai untuk dijadikan perkampungan untuk kucing.

Saya pun pernah juga bercita-cita nak wujudkan tempat perlindungan kucing, atau cat sanctuary macam dekat Cat’s Village ini.
 
Tapi itu la… modalnya memang besar. Kena jaga kucing dan berikan keperluan yang selengkapnya. Maka ianya terus jadi angan-angan semata.
 
Bila dah sampai ke sini, setidak-tidaknya saya dapat belajar serba sedikit, macam mana nak buat sangkar yang besar untuk kucing-kucing saya yang saya tinggalkan dirumah. Itulah dia serba sedikit yang dapat saya kongsikan mengenai tempat ini.
 
Kalau anda datang bercuti ke Kundasang, bolehlah luangkan sikit masa untuk singgah ke tempat ini. Oleh sebab saya dah masuk ke sini, saya tak pergi pun ke Arnab Village. Arnab Village ni mungkin saya akan singgah kalau ada rezeki untuk datang bercuti ke Kundasang sekali lagi dimasa akan datang.
 
 
The post Mesilou Cat’s Village tempat wajib pergi untuk para pencinta Kucing appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/mesilou-cats-village-kundasang-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Tempat Menarik Di Melaka 36 Tempat Yang Anda Perlu Pergi

Senarai Tempat Menarik Di Melaka 36 Tempat Yang Anda Perlu Pergi

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1053 hits
Senarai Tempat Menarik di Melaka 36 Tempat Yang Anda Perlu Pergi Semasa Bercuti dengan keluarga dan kanak kanak anda samada waktu malam atau waktu siang Inilah hasil daripada penjajahan yang cukup lama dilakukan oleh kalangan penjajah Briti...
Blok M Coffee Tempat Kumpulnya Para Creator Pontianak

Blok M Coffee Tempat Kumpulnya Para Creator Pontianak

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 426 hits
Seperti biasa pagi itu Blogger Borneo langsung mengarahkan laju kendaraan menuju salah satu tempat nongkrong yang asyik yaitu Blok M Coffee yang terletak di Jalan Gusti Hamzah atau lebih dikenal dengan nama Jalan Pancasila Pontianak Boleh d...
Bercuti Ke Bandung Tempat Tempat Menarik Wajib Lawat Di Bandung

Bercuti Ke Bandung Tempat Tempat Menarik Wajib Lawat Di Bandung

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 940 hits
Assalamualaikum salam sejahtera semuaTravelogue admya kali ni akan membawa anda semua kembali Paris Van Java Bandung Indonesia Ternyata Bandung banyak berubah setelah 5 tahun admya pergi Kali ni admya tak akan highlight banyak tentang lawat...
Kenapa Sabah Tempat Wajib Dikunjungi

Kenapa Sabah Tempat Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1134 hits
Artikel yang lepas Ainaa share dengan kau orang pasal Dan kali ini Ainaa nak kongsi apa yang menarik sangat Sabah ini dan kenapa ia menjadi tempat wajib untuk dikunjung Kalau la ada yang cakap Sabah ini hanya hutan dan tiada apa apa yang me...
4 Perkara Sering Terlepas Pandang Sebelum Pergi Umrah

4 Perkara Sering Terlepas Pandang Sebelum Pergi Umrah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 302 hits
4 Perkara Sering Terlepas Pandang Sebelum Pergi Umrah Ibadah Umrah atau dikenali sebagai Haji kecil diambil dari perkataan Al I timar iaitu merupakan salah satu perkara yang dituntut bagi yang mampu Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah ...
Netizen Bengang Wanita Cina Selamba Bawa Anjing Pergi Kedai Makan Dekat Temerloh

Netizen Bengang Wanita Cina Selamba Bawa Anjing Pergi Kedai Makan Dekat Temerloh

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 764 hits
Isu bawa anjing ke tempat awam memang sangat sensitif sebenarnya terutama di kawasan awam seperti tempat makan atau pasar raya Bukan tak pernah jadi sebelum ni juga ramai netizen pertikaikan kaum lain bawa anjing peliharaan ke pasar raya da...
Kisah Pergi Nursery Beli Crystal Guava Kena Buli Dengan Dida

Kisah Pergi Nursery Beli Crystal Guava Kena Buli Dengan Dida

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 556 hits
Hi korang Amboi makin lambat SA bersiaran erk maaf la ye keadaan tak mengizinkan nak kena rehat betul2 baru boleh nak tengok blog ke apa hari ni SA rasa sedikit ok kat office aircond tak sekuat semalam cuma tadi tengahari ada sedikit rasa p...
Mana Pergi Pejuwang Pekebun Petani Dan Peneroka Felda

Mana Pergi Pejuwang Pekebun Petani Dan Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 340 hits
Harga sawit dipengaruhi oleh trend musim ataupun seasonal Oleh itu kita banding harga Buah Tandan Segar sawit yang dibayar kepada pekebun untuk hari Jumaat yang lalu dengan tarikh yang sama tahun lepas Harga sawit jatuh dengan teruk Yang ha...
Sebelum Naik Flight Pergi Luar Negara Saya Dapat Kebenaran Doktor Almy Jawab Pertikaian Netizen

Sebelum Naik Flight Pergi Luar Negara Saya Dapat Kebenaran Doktor Almy Jawab Pertikaian Netizen

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 352 hits
Sebelum ini ada pertikaian mengenai Datin Almy Nadia yang pergi ke luar negara walaupun tengah sarat mengandung Apa yang jadi tanda tanya bagaimana Almy boleh lepas menaiki kapal terbang Almy menemani suaminya Datuk Fizz Fairuz untuk menjal...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu