Meriah 1000 Perserta Hadir Ke Eims 2019 Usahawan Didedahkan Rahsia Lebarkan Perniagaan Ke Seluruh Benua Asia


Program Exabytes Internet Marketing Summit 2019 (EIMS2019) telah berlangsung dengan lancarnya pada 8 Ogos yang lalu. Menerusi program berkenaan, sekumpulan besar bakal usahawan-usahawan berjaya telah didedahkan dengan pelbagai strategi pemasaran terutamanya bagi pemasaran digital.
Program yang berlangsung di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cyberjaya telah dihadiri sekurang-kurangnya 1000 peserta daripada pelbagai bidang perniagaan yang mana rata-ratanya berpuas hati dengan input yang mereka terima.
Mengikut rekod, 95% daripada keseluruhan peserta sangat berpuas hati dengan program ini berikutan dapat menimba input yang banyak terutamanya yang berkaitan pemasaran digital. Dengan menggunakan tema ‘Storytelling in the Digital World’, program ini telah mendedahkan kepada peserta bahawa kaedah penceritaan sangat penting di dalam setiap pemasaran. Mana tidaknya, penceritaan mengenai sesuatu produk yang ingin dijual dapat mempengaruhi pelanggan untuk membelinya tanpa rasa ragu-ragu.

Menurut CEO dan Pengasas Exabytes, terdapat pelbagai alat dan teknik yang perlu dipelajari untuk meningkatkan strategi pemasaran kita.
“Terdapat lebih banyak alat dan teknik yang perlu kita pelajari dan fikir agar dapat mengekalkan inovasi dan cemerlang dari segi pemasaran digital”.
Tambahnya lagi, pelanggan pada hari ini sangat memerlukan perkhidmatan yang baik dalam setiap urusan perniagaan. Oleh itu, pengurusan maklum balas dan penarafan daripada pelanggan adalah sama penting dalam bidang perniagaan.
Dalam usaha menyampaikan input yang bermakna dan berkesan kepada peserta, penganjur telah mengaturkan tiga peringkat pembelajaran yang dijalankan serentak pada acara itu. Tiga platform pembelajaran yang dimaksudkan ialah konfigurasi digital, bengkel 1 dan bengkel 2. Selain memperolehi pelbagai input, peserta juga telah diaturkan dengan lebih banyak kawasan rangkaian bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Peserta juga bertuah kerana pihak DotAsia telah berkongsikan pemikiran mereka mengenai penggunaan kreatif yang berkesan di dalam pelbagai domain termasuklah laman web .Asia dan domain terkenal yang lain. Input ini secara tidak langsung memberi faedah kepada peserta kerana mereka boleh memperkenalkan produk mereka di dalam rangkaian talian Asia. Tambahan lagi DotAsia merupakan alamat sesawang rasmi yang menghubungkan komuniti Asia Pasifik di seluruh dunia.

DotAsia juga telah didaftarkan pada lebih dari 150 buah negara setakat ini dan ianya sudah pasti memberi manfaat kepada bakal usahawan berjaya terutamanya yang menyertai program EIMS 2019 ini. Menerusi platform ini, usahawan dapat berhubung dengan pelbagai individu dan organisasi di dalam rantau Asia ini dan secara tidak langsung berpotensi untuk memperluaskan perniagaan mereka.
Secara keseluruhannya, program EIMS 2019 dilihat sebagai satu platform bermanfaat bagi setiap usahawan untuk mempertingkatkan strategi pemasaran mereka terutamanya dalam pemasaran digital. Program ini walau bagaimanapun tidak dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya dari penceramah yang mewakili bidang industri masing-masing.
Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook Exabytes Internet Marketing Summit – EIMS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/20/meriah-1000-perseta-hadir-ke-eims-2019-usahwan-didedahkan-rahsia-lebarkan-perniagaan-ke-seluruh-benua-asia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meriah Noken Terbesar Di Dunia Hadir Di Festival Budaya Lembah Baliem 2019

Meriah Noken Terbesar Di Dunia Hadir Di Festival Budaya Lembah Baliem 2019

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 264 hits
Lebih menarik lagi Noken tersebut diarak oleh 500 penari kolosal di Distrik Welesi Rabu Siang
Program Azam Usahawan Muda Johor 2019 Peringkat Daerah Kluang

Program Azam Usahawan Muda Johor 2019 Peringkat Daerah Kluang

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 620 hits
Pada 8 Ogos yang lalu telah berlangsungnya pertandingan Azam Usahawan Muda peringkat Daerah Kluang Tahun 2019 Memandangkan Juju dah berpindah ke daerah Kluang makanya Juju terlibat secara langsunglah dengan program ni Hehe sadis betul baru ...
Kl Tower International Jump Malaysia 2019 Cabar Penerjun Dari Seluruh Dunia

Kl Tower International Jump Malaysia 2019 Cabar Penerjun Dari Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 345 hits
Menara Kuala Lumpur sekali lagi menganjurkan acara tahunannya KL Tower International Jump Malaysia 2019 bagi menarik lebih daripada 100 penerjun base dari seluruh dunia Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Rozlan Mohamed berkata acara terjunan yan...
5182 Wacana Sinar Harian Dkn 2030 Pemangkin Usahawan Negara Sinar Harian 21 08 2019

5182 Wacana Sinar Harian Dkn 2030 Pemangkin Usahawan Negara Sinar Harian 21 08 2019

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 463 hits
Ikuti Wacana Sinar Harian bertajuk DKN 2030 PEMANGKIN USAHAWAN NEGARA pada 22 Ogos 2019 jam 2 30 petang di Dewan Karangkraf Shah Alam Selangor Sahkan kehadiran anda menerusi
Telefon Pintar Dari China Mendominasi 62 Pasaran Asia Tenggara Pada Suku Kedua 2019

Telefon Pintar Dari China Mendominasi 62 Pasaran Asia Tenggara Pada Suku Kedua 2019

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 392 hits
Semalam kami melaporkan Samsung dan Oppo adalah dua syarikat dengan pegangan pasaran telefon pintar terbesar di Malaysia pada suku kedua 2019 Empat dari lima pengeluar dengan pegangan terbesar di Malaysia berasal dari China Hari ini mengelu...
5 Nasihat Rahsia Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

5 Nasihat Rahsia Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 417 hits
Usahawan ternama dan pengasas Virgin Group menawarkan tip tip untuk memulakan perniagaan dan kata beliau Saya sering ditanya jikalau telah menemui rahsia atau sekurang kurangnya jawapan yang konsisten untuk membina perniagaan selama karier ...
Lebarkan Sayap Bisnis Phapros Bakal Right Issue Di Semester Ii 2019

Lebarkan Sayap Bisnis Phapros Bakal Right Issue Di Semester Ii 2019

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 288 hits
Namun demikian harga per lembar saham saat ini belum dapat diinformasikan karena masih mempertimbangkan pemegang saham baik mayoritas maupun minoritas
Ini Rahsia Dapatkan Password Wifi Di Ratusan Airport Seluruh Dunia

Ini Rahsia Dapatkan Password Wifi Di Ratusan Airport Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 363 hits
Kemudahan internet terhadap kehidupan manusia dapat memudahkan pelbagai urusan terutamanya untuk tujuan berhubung antara satu sama lain Selain internet daripada pelan prabayar anda sendiri kemudahan sambungan internet tanpa wayar juga boleh...
Nak Tahu Rahsia Bisnes Bakeri Hanya Dari Rumah Tapi Dapat Jana Pendapatan Hingga Rm 1000 Sebulan

Nak Tahu Rahsia Bisnes Bakeri Hanya Dari Rumah Tapi Dapat Jana Pendapatan Hingga Rm 1000 Sebulan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 739 hits
Nak Tahu Rahsia Bisnes Bakeri Hanya Dari Rumah Tapi Dapat Jana Pendapatan Hingga RM 1000 Sebulan Salam semua dalam keadaan ekonomi sekarang dan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat membuatkan ramai di antara kita yang ingin me...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Saya Tahu Kekurangan Diri Niat Hanya Nak Sebarkan Gaya Hidup Sihat Isteri Dr Say

Semua Jawatan Pas Terbuka Ditandingi Kecuali Presiden Tuan Ibrahim

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect