Mereka Tebus Barang Lanjut Tempoh Bukan Pajak Kami Yang Rugi 60 Kata Persatuan


 
Sejak PKP dilaksanakan perniagaan pajak gadai di seluruh negara merosot 30% dan keadaan bertambah teruk apabila PKPB dikuatkuasakan menyebabkan anggaran kerugian antara 50% hingga 60%. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Tanggapan sesetengah pihak orang ramai berpusu-pusu ke premis pajak gadai untuk membuat pajakan terutama bagi yang hilang pendapatan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid-19 tidak tepat, sebaliknya mereka menebus barang kemas atau melanjutkan tempoh gadaian.
Presiden Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia Tan Ho Keng memaklumkan, perniagaan mereka merosot hampir 60% sejak PKP dilaksanakan kerana premis terpaksa ditutup lebih sebulan sejak 18 Mac lalu dan hanya dibenar beroperasi semula selepas itu secara bersyarat.
Katanya, perniagaan mereka merosot susulan tiada pelanggan baharu membuat pajakan dan ia mungkin disebabkan orang ramai sukar bergerak termasuk apabila kerajaan melaksanakan PKPB semula yang mengehadkan perjalanan rentas daerah.
Katanya, selain itu orang ramai masih mempunyai wang dan menggunakan alternatif lain termasuk bantuan diberikan kerajaan bagi mereka yang terjejas akibat Covid-19.
“Mungkin ada yang berpendapat bila Covid-19 melanda, ramai orang susah sebab terjejas, hilang kerja, hilang pendapatan dan mereka akan ke pajak gadai. Tapi sebenarnya tidak, kami (perniagaan) yang rugi sebab tidak ada orang datang.
“Sejak PKP dilaksanakan perniagaan kedai pajak gadai seluruh negara merosot 30%, dan sekarang ini kerajaan melaksanakan PKPB kali kedua (tidak boleh rentas daerah) orang tak boleh datang, keadaan bertambah teruk merosot lagi anggaran 50% hingga 60%,” katanya kepada FMT.
Tan berkata, sebelum ini kebanyakan pelanggan datang membuat pajakan untuk mendapatkan modal pusingan bagi perniagaan dan perbelanjaan sementara.
“Mungkin juga mereka tidak ke pajak gadai sekarang disebabkan Covid-19, mereka nak berniaga tak boleh. Mungkin sebab itu tak ramai datang, nak berniaga tak berani,” katanya.
Katanya, kebanyakan pelanggan yang mengunjungi premis pajak gadai untuk menebus barang kemas, membuat pembayaran faedah, melanjutkan tempoh gadaian dan hanya segelintir membuat pajakan.
“Ramai orang dapat gambaran salah, bila tengok gambar tular beratur di kedai pajak gadai konon mereka berpusu-pusu untuk menggadai barang sejak PKP dilaksana sebab mahukan duit, tapi sebenarnya mereka datang untuk membayar ‘bunga’ saja sebab PKP bermula 18 Mac, kedai tidak buka lebih sebulan,” katanya.
Beliau tidak menolak jika keadaan itu berterusan, akan ada perniagaan akan gulung tikar dan pekerja terpaksa diberhentikan.
Katanya, ketika ini ada lebih 600 premis pajak gadai di seluruh negara dengan pekerja melebihi 3,000 orang.
Menurutnya, bagi menghadapi situasi getir ini pihaknya berharap kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menangguhkan sementara pengeluaran lesen baharu pajak gadai bagi mengurangkan lambakan sehingga keadaan pulih.
Sementara itu, tinjauan FMT di premis pajak gadai sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mendapati ramai pelanggan datang untuk membayar faedah dan melanjutkan tempoh gadaian barang kemas mereka.
Pelanggan hanya mahu dikenali sebagai Ramlah berkata, dia ke premis itu untuk membuat bayaran upah simpanan gelang emas yang tertangguh.
Syarifah pula berkata, dia ke premis itu untuk membuat penebusan serta melanjutkan tempoh gadaian selepas mendapat bantuan BPN dan pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sementara itu, Munirah pula memilih memajak barang kemasnya sebagai persediaan untuk perbelanjaan kelak.
“Saya baru diberhentikan kerja, saya datang gadai barang kemas ini sebagai persediaan untuk perbelanjaan kemudian hari memandangkan harga emas tengah naik, bila keadaan kembali stabil saya akan tebus semula,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/11/mereka-tebus-barang-lanjut-tempoh-bukan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Barang Jual Di Wilayah Sahaja Bukan Lebai Kata Nak Tutup Kilang Arak Kah Dulu Dulu Kah Kencing Juga

Apa Barang Jual Di Wilayah Sahaja Bukan Lebai Kata Nak Tutup Kilang Arak Kah Dulu Dulu Kah Kencing Juga

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 274 hits
Larangan jual arak di KL tiada kaitan isu agama dan kaum kata menteri November 21 2020 Annuar Musa berkata garis panduan baru lesen minuman keras bertujuan mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas di KL selepas menerima pelbagai adu...
Jualan Kereta Terpakai Naik Ketika Pandemik Kata Persatuan Peniaga

Jualan Kereta Terpakai Naik Ketika Pandemik Kata Persatuan Peniaga

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 258 hits
Pandemik tidak memberi kesan kepada industri kereta terpakai kerana moratorium pinjaman menyeluruh terdahulu dan insentif kewangan lain yang diberikan kerajaan PETALING JAYA Sebuah persatuan mewakili penjual kereta terpakai berkata jualan k...
Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

Saya Tolak Kerjasama Semula Dengan Muhyiddin Kerana Ada Penjenayah Umno Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 351 hits
Saya tolak kerjasama semula dengan Muhyiddin kerana ada penjenayah Umno kata Dr Mahathir Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterb
Ahli Politik Antara Pengantara Dalam Pengambilan Pekerja Asing Kata Ahli Parlimen

Ahli Politik Antara Pengantara Dalam Pengambilan Pekerja Asing Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa beberapa ahli politik terlibat sebagai pengantara untuk membawa masuk pekerja asing dengan kelulusan khas Memetik laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara ke atas isu itu baru baru i...
Video Mp Kuala Nerus Kata Ada Agama Benarkan Arak

Video Mp Kuala Nerus Kata Ada Agama Benarkan Arak

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 331 hits
Arak haram itu jelas dan apa yang Dr zakir naik bagitahu semua agama haramkan arak Orang power PAS boleh tolong ulas
Kerajaan Pn Terdesak Sangat Takut Kalah Undi Belanjawan 2021 Kata Tokoh Wartawan

Kerajaan Pn Terdesak Sangat Takut Kalah Undi Belanjawan 2021 Kata Tokoh Wartawan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 331 hits
November 26 2020 Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menyifatkan tindakan media kerajaan menggunakan van kerajaan untuk menghebahkan kebaikan Belanjawan 2021 menampakkan kerajaan terlalu terdesak dan takut ia ditolak di Dewan Rakyat hari ini...
Macai Ph Fitnah Lagi Honda Accord Untuk Ketua Jabatan Bukan Exco Kata Mb Kedah

Macai Ph Fitnah Lagi Honda Accord Untuk Ketua Jabatan Bukan Exco Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 325 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata dakwaan pembelian 12 buah kereta jenis Honda Accord 1 5 yang tular di laman sosial kononnya untuk kegunaan barisan exco kerajaan negeri adalah fitnah semata mata Menurut beliau kereta berke...
Kita Lihat Siapa Khianat Rakyat Petang Ini Kata Annuar Musa

Kita Lihat Siapa Khianat Rakyat Petang Ini Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 282 hits
Menjelang pengundian Belanjawan 2021 hari ini Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata petang ini semua pihak dapat melihat siapa yang khianti rakyat Jelasnya ahli parlimen BN membuat pendirian menyokong belanjawan kerana sedar betapa pentin...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harga Durian 2025 Terbaru Jun

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam