Merebut Pahala Menyantuni Ibu Bapa


Hi korang...
Sejak SA dah officially duduk kat Seremban dan berulang dari Seremban - KL setiap hari bekerja ni..SA lebih meluangkan masa dengan family. Banyak masa untuk diorang....lega kan...kalau tak risau jugak kan...Mak Abah bukan semakin muda malah makin uzur... SA x nak duduk KL lagi ke? eh x la korang...SA masih belum dapat bilik sewa yang sesuai..memilih sangat ke? harus lah pilih..x nak la salah pilih..kita nak duduk selesa dengan harga kan...tapi tengok la...2-3 bulan lagi...atau selagi kes covid 19 ni selesai. Tak guna kalau sewa bilik dan tak duduk kan...macam bilik sebelum ni...SA rugi bayar sewa je..
Kisah ni SA nak share ngan korang. Bukan la bermegah-megah dengan usaha SA selama ni..tapi sekadar menyantuni kedua ibu bapa SA. Hampir 15 tahun SA menjanda, pernah diuji hampir kehilangan nyawa, kini SA cuba merebut pahala untuk menjaga kedua ibu bapa SA. 
Seorang anak belum diuji selagi kedua-dua ibu bapanya belum mencapai usia tua. Sebab itu, Allah SWT memberi peringatan jelas kepada hamba-Nya bergelar anak supaya berbuat baik kepada orang tua, khususnya ketika mereka mencapai usia tua.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Last week SA bawak Mak Abah dan Dania keluar makan kat luar sekejap. The Chicken Rice Shop Seremban Prima menjadi pilihan...Alhamdulillah...lega dan rasa tenang dapat buat yang terbaik untuk keluarga SA especially Mak Abah...Kat entry bawah ni SA sedikit petikan artikel yang SA baca untuk pengetahuan kita bersama..









Seorang anak belum diuji selagi kedua-dua ibu bapanya belum mencapai usia tua. Sebab itu, Allah SWT memberi peringatan jelas kepada hamba-Nya bergelar anak supaya berbuat baik kepada orang tua, khususnya ketika mereka mencapai usia tua

Sekiranya berpeluang menziarahi orang sakit di hospital, buatlah pemerhatian dan lakukanlah muhasabah diri. Secara lumrahnya, golongan yang berusia memenuhi ruang hospital dengan segala macam penyakit

Pelbagai ragam dan keadaan dapat disaksikan. Kebanyakan mereka adalah ibu bapa kepada anak yang sudah berkeluarga dan berkerjaya menyebabkan ada yang tidak mampu menjaga orang tua mereka

Buat anak-anak, sedarlah kalian hanya mempunyai seorang ibu dan seorang ayah. Tidak ada yang dapat menggantikan tempat itu apabila mereka tiada lagi di dunia ini

Rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua, namun belum tentu kasih sayang itu dibuktikan dengan ikhlas apabila kedua-dua mereka dalam keadaan uzur dan menunjukkan pelbagai ragam

Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas kelebihan yang diperoleh anak yang mampu berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Ibnu ‘Umar pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah? Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat pada waktunya.” Ditanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.” Kemudian ditanya lagi: “Kemudian apa?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Satu hadis diriwayatkan Ahmad menjelaskan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh rugi seorang lelaki (begitu juga perempuan) yang sempat hidup bersama kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripadanya, kemudian kedua-duanya tidak menjadi sebab (untuknya) masuk ke syurga.”
Semua orang tahu mengenai kelebihan menjaga ibu bapa ketika mereka mencapai usia tua. Namun, tidak ramai sanggup melakukan amal bakti kepada kedua-dua orang tuanya

Berbaktilah kepada ibu bapa sejak diri mampu hidup berdikari dan ketika mereka masih sihat. Antara perkara yang perlu sentiasa dititikberatkan ialah soal komunikasi

Walaupun dihambat dengan tugasan dan kerjaya masing-masing, berusahalah menghubungi mereka selalu bagi bertanya khabar serta berkongsi berita gembira. Melalui cara itu, ibu bapa dapat merasai kedudukan mereka begitu istimewa di sisi anak-anak

Kadang-kadang, anak lebih selesa berkongsi kegembiraan dengan rakan sedangkan ibu bapa adalah orang yang sepatutnya wajar mendapat perkhabaran gembira itu

Jika berpeluang pulang ke kampung, jangan malu memeluk ibu bapa. Peluk dan ciumlah mereka sebagai tanda dalamnya cinta dan kasih sayang kita terhadap mereka

Bukan setiap masa mereka harapkan, cukuplah seketika tapi berkala ketika bersama mereka di kampung. Doakan selalu supaya ibu bapa sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)
Selain itu, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah mendidik anak menghormati dan menyayangi datuk dan nenek mereka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidaklah seorang pemuda menjaga seseorang yang sudah tua melainkan Allah menetapkan seorang pemuda yang akan menjaganya ketika (dia) tua kelak.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Jika hari ini kita berbakti kepada kedua-dua orang tua, pasti kita juga akan mendapat penjagaan yang sama oleh anak sendiri pada kemudian hari

Justeru, rebutlah peluang berbakti kepada kedua-dua orang tua kerana peluang hanya datang sekali. Apabila ia berlalu, peluang itu pasti tidak akan berulang kembali

Usah malu memiliki orang tua yang sedang uzur kerana pada merekalah letaknya peluang mendapat syurga dengan segala kenikmatannya

CreditPenulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2021/01/merebut-pahala-menyantuni-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begitu Besarnya Pahala Mendidik Anak Anak Ibu Bapa Jangan Mudah Mengeluh Jaga Amanah Allah Dengan Sebaiknya

Begitu Besarnya Pahala Mendidik Anak Anak Ibu Bapa Jangan Mudah Mengeluh Jaga Amanah Allah Dengan Sebaiknya

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 370 hits
MENDIDIK anak anak bukan kerja yang mudah Banyak ranjau yang terpaksa direntas supaya amanah daripada ALLAH SWT itu dapat disempurnakan dengan sebaik baiknya Apatah lagi ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tempoh hari Ramai y...
Anak2 Kekasih Sharifah Sakinah Teruja Minta Bapa Lamar Bakal Ibu Tiri

Anak2 Kekasih Sharifah Sakinah Teruja Minta Bapa Lamar Bakal Ibu Tiri

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 396 hits
Hampir setiap hari ada sahaja cerita mengenai pelakon Sharifah Sakinah yang sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan jejaka Sweden iaitu Michael Hansen sejak beberapa bulan lalu Baru baru ini terdapat segelintir individu mempersoalkan h...
Tadika Swasta Beroperasi Di Negeri Pkp Keputusan Hantar Anak Terserah Pada Ibu Bapa

Tadika Swasta Beroperasi Di Negeri Pkp Keputusan Hantar Anak Terserah Pada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 341 hits
Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengenai pengoperasian tadika swasta tiada paksaan untuk ibu bapa menghantar anak ke tadika jika bimbangkan tahap kesihatan anak Menurut beliau berkaitan dengan kerungsingan ibu bap...
Nak Jadi Bapa Yang Selalu Dirindui Anak Biar Layanan Manja Itu Lebih Dari Ibu

Nak Jadi Bapa Yang Selalu Dirindui Anak Biar Layanan Manja Itu Lebih Dari Ibu

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 281 hits
Selama ini kita anggap ibu yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak Malah terdapat golongan bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak kepada isteri sepenuhnya Betul bapa selalu sibuk dengan urusan mencari nafkah untuk keperlua...
Kanak Kanak Dakwa Didera Diserah Kembali Kepada Ibu Bapa

Kanak Kanak Dakwa Didera Diserah Kembali Kepada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 565 hits
Kanak kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ditemui bersendirian di Taipan Setia Alam di sini sudah diserahkan kembali kepada ibu bapanya semalam Terdahulu tular di media sosial apabila kanak kanak terbabit mendakwa dirinya didera dan...
Hari Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa Prasekolah Sesi 2021

Hari Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa Prasekolah Sesi 2021

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 266 hits
Program ramah mesra bersama ibubapa murid prasekolah ini telah berlangsung pada 18 Disember 2020 yang lalu bagi tujuan memberi penerangan serba sedikit mengenai kurikulum pentaksiran peraturan pemakaian dan lain lain sebelum bermulanya sesi...
5 Resolusi Realistis Tahun 2021 Untuk Para Ibu Yuk Kita Aminkan Yang Kencang

5 Resolusi Realistis Tahun 2021 Untuk Para Ibu Yuk Kita Aminkan Yang Kencang

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 304 hits
Bye 2020 Para mama sudah siap lebih tangguh menghadapi 2021 Jangan lupaaa tahun barunya di rumah saja ya
Anak Lebih Seorang Jangan Pilih Kasih Semua Pembawa Rezeki Untuk Ibu Ayah

Anak Lebih Seorang Jangan Pilih Kasih Semua Pembawa Rezeki Untuk Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 431 hits
Bagusnya anak aku ni kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia Ingat jangan membanding dan beza anak anak Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik beradik lain mereka selalu di marah selalu l...
Sunyi Ibu Kota Di Malam Tahun Baru

Sunyi Ibu Kota Di Malam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 291 hits
Sunyi Ibu Kota di Malam Tahun Baru Berbeda dengan tahun sebelumnya kawasan di sepanjang Jalan MH Thamrin Sudirman sepi aktivitas perayaan malam Tahun Baru akibat ditutup untuk kendaraan serta pejalan kaki sejak pukul 20 00 WIB sebagai langk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan