Merchantrade Money Biz Lancar Kad Prabayar Perniagaaan Visa Pertama Di Malaysia


MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua, pada 11 Julai 2024 telah berlangsung pelancaran Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA pertama di Malaysia. Melalui inovasi ini, pemilik perniagaan boleh memanfaatkan transaksi pembelian dari semua pekerja di dalam syarikat, malah boleh digunakan untuk pertukaran mata wang dari seluruh dunia. 
Sejak 1996, Merchantrade sentiasa kreatif mencari peluang untuk berinovasi. Dari produk Personal iaitu Money Transfer, Merchantrade Money, HelloSIM, eRemit Malaysia, Money Exchange, Valyou dan Merchantrade Insure. Kemudian produk Perniagaan iaitu BizPayments, Merchantrade Ozopay, Wholesale Banknote, Online Money Transfer, dan terkini Merchantrade Money Biz

Pastinya ia berita gembira buat semua pemilik perniagaan dari syarikat korporat terkemuka, usahawan start-up dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sama ada anda mempunyai pasukan yang ramai pekerja atau usahawan baru yang mempunyai 5 orang pekerja, anda boleh memohon perkhidmatan yang ditawarkan oleh Merchantrade Money Biz

MERCHANTRADE MONEY BIZ LANCAR KAD PRABAYAR PERNIAGAAAN VISA PERTAMA DI MALAYSIA


Apakah itu Kad Prabayar Visa Merchantrade Money Biz? 
Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz ialah kemudahan pembayaran wang elektronik yang direka khusus untuk syarikat sendirian berhad, hak milik tunggal atau perkongsian. Kemudahan Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz yang dimohon oleh syarikat adalah untuk menyediakan kemudahan kepada pekerja mereka. Sebagai Pemegang Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz, kad ini merupakan dompet elektronik yang menyimpan dana yang dibayar terlebih dahulu oleh Ahli kepada Pemegang Kad. 
Pemegang Kad kemudiannya membuat pengeluaran dan membayar pembelian dengan Kad Perniagaan yang membawa ciri pembayaran VISA seperti yang dikeluarkan oleh Merchantrade Asia Sdn. Bhd

Pembayaran boleh dibuat dengan Kad Perniagaan ini untuk pembelian perkhidmatan di Cawangan Merchantrade, platform digital dan ejen yang mengambil bahagian, serta untuk barangan dan perkhidmatan di peniaga VISA yang mengambil bahagian di seluruh dunia seperti yang dibenarkan oleh Ahli. 
Tambah nilai ke Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz hanya boleh dilakukan oleh Ahli daripada Akaun Induk Perniagaan Ahli. Tunai pengeluaran boleh dilakukan di semua cawangan Merchantrade, ejen yang mengambil bahagian serta di VISA Plus dengan ATM yang dibenarkan. 
Kad Prabayar Perniagaan VISA Merchantrade Money Biz juga membawa ciri VISA payWave yang membenarkan pembayaran tanpa sentuh tidak melebihi RM250 setiap hari sama ada dalam satu transaksi atau kumulatif

Merchantrade Asia Sdn Bhd berdiri di barisan hadapan dalam inovasi fintech, komited untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan digital. Menawarkan aplikasi digital yang memenangi anugerah. Disokong oleh 95 cawangan, 5 hab perdagangan wang kertas utama, lebih 480 lokasi ejen dan 270 lokasi saudagar Cash-in Cash-out (CICO) di Malaysia. Perkhidmatan utama kiriman wang, pertukaran mata wang asing, e-dompet, gerbang pembayaran dan insurans mikro

Dengan lebih 28 tahun pengalaman industri, Merchantrade telah berjaya mencipta ekosistem menyeluruh penyelesaian kewangan digital yang memperkasakan pelanggan mereka yang terdiri daripada individu serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS), korporat besar, bank, institusi kewangan, dan banyak lagi

Merchantrade menawarkan aspek utama bagi setiap produk, perkhidmatan dan teknologi berinovasi. Pengalaman berdekad-dekad dalam industri memberi keupayaan teknologi yang kukuh dengan pemahaman yang jelas tentang keperluan pelanggan telah membolehkan Merchantrade berjaya membangunkan ekosistem lengkap penyelesaian kewangan digital yang memperkasakan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA adalah penyelesaian masalah bagi pemilik perniagaan memantau penggunaan wang syarikat dengan sebaiknya. Bergantung kepada saiz perniagaan anda, Merchantrade menyediakan pakej yang bersesuaian untuk anda dan pekerja. 
Setiap transaksi akan melalui 2 hingga 4 pengesahana dari pasukan utama syarikat. Sudah semestinya mereka adalah dari Ketua Jabatan anda, Jabatan Kewangan, Pengurus Jabatan dan Jabatan Sumber Manusia.  4 orang penting ini akan menyemak dan meluluskan permohonan. Jadi, tiada masalah atau risiko penyelewengan wang syarikat atau aplikasi di scam oleh pihak tidak bertanggungjawab. 
MERCAHNTRADE MONEY BIZ BERSEDIA MEREVOLUSI KAD PRABAYAR PERNIAGAAN VISA


"Kad Prabayar Perniagaan VISA Pertama Malaysia, Definasi Baru Kad Prabayar Perniagaan dan Pengurusan Perbelanjaan."
Produk inovatif ini direka untuk memudahkan pengurusan perbelanjaan bagi syarikat-syarikat dari pelbagai industri dan saiz, dari Korporat hingga Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS). 
Merchantrade Money Biz menggabungkan 3 kaedah inovatif - Kad Prabayar Perniagaan Visa (dengan had RM50,000 dan pengeluaran kad tanpa had bagi setiap syarikat) yang dipautkan dengan eDompet pelbagai mata wang, dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden. 



Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, berkata: “Merchantrade Money Biz bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank. Kad kredit korporat biasanya hanya untukeksekutif atasan; kini, dengan Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul. 
Kami mempercayai bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko pembelanjaan berlebihan dan bebas faedah.” 
Dikuasakan oleh VISA, kad prabayar perniagaan ini boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk perbelanjaan syarikat. 
Ia juga dipadankan dengan e-Wallet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa. 
Portal pengurusan perbelanjaan pula secara automatik menghantar notifikasi dan mendigitalkan proses perniagaan, memberikan 100% ketelusan kepada semua transaksi termasuk kawalan keselamatam yang mantap. 



Roy Choudhury Debarun, Ketua Penyelesaian Komersial dan Pergerakan Wang Visa untuk rantau Asia Tenggara berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Merchantrade Asia untuk memperkenalkan kad prabayar pertama untuk syarikat-syarikat korporat dan IKS di Malaysia. Ini adalah penyelesaian yang relevan dan tepat pada masanya, kerana kita telah melihat pertumbuhan sebanyak dua angka dalam perbelanjaan kad komersial di Malaysia berbanding tahun lepas. 
Ini menunjukkan peningkatan permintaan oleh syarikat-syarikat di negara ini untuk menggunakan kaedah pembayaran digital dan inovatif. Di VISA, kami komited untuk memperkasakan perniagaan melalui rangkaian global kami dan kepakaran kami untuk penyelesaian pembayaran. Kerjasama dengan Merchantrade melambangkan visi kami untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dalam ruang pembayaran B2B dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia" 
Lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan maklum balas yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini. Ini menekankan komitmen Merchantrade untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektif dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat di Malaysia. 
Dengan kaedah, fungsi, dan kerjasama baru yang sedang dibangunkan, Merchantrade yakin bahawa penyelesaian ini akan mengubah cara syarikat beroperasi. Visi Merchantrade juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi mereka dan menerima gaya baharu dalam usaha membina ekonomi yang lebih tanpa tunai. 
YURAN DAN CAJ 
Terdapat 3 jenis langganan yang disediakan oleh Merchantrade Money Biz. Ia bergantung kepada saiz dan skala pasukan dalam sesebuah syarikat. 

PAKEJ AHLI PRETIJ
RM50 sebulan atau RM600 setahun setiap syarikat Pilihan untuk membayar secara bulanan atau tahunan.Termasuk 21 kad perniagaan fizikal dan atasAkses kepada aplikasi Mudah Alih dan Web Dashboard.
PAKEJ AHLI PREMIUM
RM15 sebulan atau RM180 setahun setiap syarikat.Pilihan untuk membayar secara bulanan atau tahunan.Termasuk 20 kad perniagaan fizikalAkses kepada aplikasi Mudah Alih dan Web DashboardCaj bulanan akan meningkat untuk pengeluaran lebih daripada 20 kad fizikal
PAKEJ AHLI BLACK
RM5 sebulan atau RM60 setahun setiap syarikatPilihan untuk membayar secara bulanan atau tahunan.Termasuk 5 kad perniagaan fizikalAkses kepada aplikasi Mudah Alih dan Web DashboardCaj bulanan akan meningkat untuk pengeluaran lebih daripada 5 kad fizikal.
Nota: Sila ambil perhatian bahawa caj langganan bulanan akan berbeza-beza bergantung pada jumlah bilangan kad dikeluarkan. Caj standard akan dikenakan untuk sebarang permintaan kad perniagaan fizikal yang berikutnya

TERMA DAN SYARAT MUDAH
Terdapat 2 saluran di mana Ahli boleh memohon kemudahan Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA untuk pekerja mereka iaitu daripada Portal Web Korporat; atau Aplikasi Mudah Alih Korporat

Merchantrade bagaimanapun boleh memperkenalkan saluran lain untuk penggunaan kemudahan Kad Perniagaan dari semasa ke semasa. Selepas kelulusan permohonan kemudahan Merchantrade Money Biz Kad Prabayar Perniagaan VISA untuk Ahli dan selepas pendaftaran kad setiap pekerja

Kad Perniagaan akan dihantar oleh Merchantrade ke alamat perniagaan yang ditetapkan atau alamat surat menyurat pekerja.  20 Mata Wang Asing yang tersenarai akan mengikut kadar penukaran yang ditetapkan oleh VISA antarabangsa

US Dollar (USD), Singapore Dollar (SGD), British Pound (GBP), Australian Dollar (AUD), Indonesian Rupiah (IDR), Euro (EUR), Thai Baht (THB), Japanese Yen (YEN), Saudi Riyal (SAR), Chinese Renminbi (CNY), New Taiwan Dollar (TWD), Hong Kong Dollar (HKD), South Korean Won (KRW), Indian Rupee (INR), Philippines Peso (PHP), Canadian Dollar (CAD), New Zealand Dollar (NZD), United Arab Emirates Dirham (AED), Swiss Franc (CHF) dan Vietnamese Dong (VND) 
Jika dana tidak mencukupi disimpan dalam dompet Malaysia Ringgit (MYR) Pemegang Kad untuk membayar transaksi, maka dana akan dipindahkan dari dompet lain dengan baki yang tersedia ke dompet MYR Pemegang Kad di kadar penukaran yang ditetapkan oleh VISA International

SOLUSI PERNIAGAAN ANDA















TESTIMONI POSITIF DARI PENGGUNA PERINTIS





PROMOSI DAN GANJARAN SEPERTI KAD BANK


APLIKASI MERCHANTRADE MONEY BIZ

Perniagaan hari ini telah menyesuaikan diri dengan pantas dalam dunia transaksi tanpa tunai, untuk menawarkan pilihan pembayaran yang lebih pantas kepada pelanggan dalam pelbagai kaedah. 
Apabila urus niaga digital melonjak dalam pembayaran masuk dan perbelanjaan keluar, syarikat semakin tertekan; menghabiskan masa yang berharga untuk menjadualkan dan mencatat nombor setiap hari. 
Pada asasnya? Kini terdapat bahagian yang hilang daripada perniagaan, pemangkin yang boleh membantu memajukan kecekapan perniagaan: Merchantrade Money Biz

Bukan kombo penyelesaian perniagaan biasa, Merchantrade Money Biz terdiri daripada platform pengurusan perbelanjaan yang digabungkan dengan dompet berbilang mata wang dan kad prabayar Visa yang berfungsi seiring untuk meningkatkan produktiviti perniagaan anda

The Merchantrade Money Biz eWallet
Dashboard yang mesra pengguna menyediakan pengawasan terhadap semua perbelanjaan perniagaan, sama ada dalam talian atau dalam kedai. Jejak dan urus transaksi harian dengan mudah, dan manfaatkan sepenuhnya aliran kelulusan tersuai untuk permintaan yang berkaitan dengan kad dan perbelanjaan

Kad Prabayar Visa Perniagaan Merchantrade MoneySalah satu ciri kad prabayar Visa perniagaan yang menonjol daripada yang lain ialah ia membayar dalam lebih 20 mata wang di seluruh dunia tanpa caj forex atau tersembunyi. 
Disesuaikan untuk permintaan e-Dagang, ciri berbilang mata wang kad itu membolehkan syarikat mengambil kesempatan daripada kadar FX yang lebih baik apabila membuat pembayaran antarabangsa

MERCHANTRADE MONEY BIZ: E-WALLET DAN KAD PRABAYAR VISA
Sifar lebihan perbelanjaan: Membolehkan perniagaan menetapkan had perbelanjaan untuk setiap pekerja, yang membantu mengelakkan lebihan perbelanjaan.Penyesuaian penuh: Perniagaan boleh menyesuaikan dompet untuk memenuhi keperluan khusus mereka. Ini termasuk menetapkan had perbelanjaan, kategori dan kebenaran.Kadar FX yang lebih baik: Kad prabayar Visa perniagaan menyokong transaksi berbilang mata wang, yang boleh membantu perniagaan menjimatkan wang untuk yuran & pembayaran pertukaran asing.Pengawasan perbelanjaan: Merchantrade Money Biz eWallet menyediakan perniagaan dengan papan pemuka mesra pengguna yang membolehkan penjejakan mudah perbelanjaan dan pengurusan kad.Menurunkan kos operasi: Merchantrade Money Biz eWallet boleh membantu perniagaan mengurangkan kos operasi mereka dengan menyelaraskan operasi kewangan mereka.Sokongan pelanggan yang berdedikasi: Merchantrade Money Biz membantu perniagaan memanfaatkan sepenuhnya ciri penyelesaian perniagaan kami. Hubungi +603 8313 8606 / +603 8318 8606 (24 jam setiap hari, termasuk hari bekerja dan cuti umum) atau e-mail [email protected]
Dengan kemudahan di hujung jari anda, anda boleh menikmati kawalan yang dipertingkatkan, ketelusan penuh untuk pengawasan perbelanjaan, sifar lebihan perbelanjaan, memfokus semula masa dan tenaga kerja untuk perniagaan anda. Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Kad Prabayar VISA Perniagaan Merchantrade Money Biz dan hanya untuk pendaftaran di Malaysia. 




Sila hubungi Wakil Jualan di [email protected] untuk mendaftar. Dibawakan kepada anda oleh Merchantrade Asia, pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang terbesar di Malaysia, syarikat fintech terkemuka dan penerbit e-Wang yang berkembang pesat. Untuk maklumat lanjut tentang Merchantrade Money Biz, lawati www.merchantrademoney.com/business/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/07/merchantrade-money-biz-lancar-kad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mm2h Malaysia My Second Home 2024 Visa Requirement

Mm2h Malaysia My Second Home 2024 Visa Requirement

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 228 hits
SOURCE appeared first on MM2H Malaysia My Second Home 2024 Visa Requirement Program Malaysia MySecond Home ialah program yang diperkenalkan di bawah inisiatif kerajaan bagi memudahkan warga asing dari seluruh dunia untuk tinggal di Malaysia...
Tukun Tiruan Gerabak Lrt Pertama Di Pulau Tioman Diikhtiraf Malaysia Book Of Records

Tukun Tiruan Gerabak Lrt Pertama Di Pulau Tioman Diikhtiraf Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 125 hits
ROMPIN Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem Transit Aliran Ringan yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records di bawah kategori bangunan dan struktur Majlis pelancaran MBOR The First LRT C...
Sampai Demam Teruk Pelatih K Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Alyssa Buka Cerita Cabaran Jadi Idola

Sampai Demam Teruk Pelatih K Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Alyssa Buka Cerita Cabaran Jadi Idola

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 129 hits
Baru baru ini Alyssa telah terlibat dengan temu bual dalam saluran weKaypoh di laman TikTok Artikel Berkaitan Bagi yang belum tahu Alyssa merupakan pelatih wanita K Pop pertama dari Malaysia yang pernah menyertai program survival SBS Univer...
Srg Menjadi Sejarah Sebagai Pasukan Malaysia Pertama Menjuarai Msc Mlbb 2024

Srg Menjadi Sejarah Sebagai Pasukan Malaysia Pertama Menjuarai Msc Mlbb 2024

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Pasukan Selangor Red Giants berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun Malaysia dalam bidang e sukan antarabangsa dengan menewaskan pasukan Falcons AP Bren Sport dari Filipina dengan skor 4 3 dalam Kejohanan Mobile Legends Bang Ban...
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 367 hits
Kalau korang perasan baru baru ni AEON Group telah melancarkan Aeon Bank iaitu bank digital patuh syariah yang pertama di Malaysia Macam tak sangka kan Bank pun boleh didigitalkan Kalau 10 tahun lepas orang cakap nak buat bank digital mesti...
Cipta Sejarah 4 Kru Kabin Malaysia Airlines Jadi Yang Pertama Dari Komuniti Orang Asli

Cipta Sejarah 4 Kru Kabin Malaysia Airlines Jadi Yang Pertama Dari Komuniti Orang Asli

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 131 hits
Melalui laporan The Star empat kru kabin Orang Asli telah mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya menjadi graduan dari akademi latihan Malaysia Airlines tahun ini Empat individu itu adalah Amyisha Nurshahira Rosman dari Suku Jakun Sar...
Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Maahad Tahfiz Negeri Pahang menafikan dakwaan tidak mematuhi pelaksanaan dan pengumpulan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum di pusat berkenaan Sebaliknya ia menegaskan telah mematuhi semua garis panduan pelaks...
Anak Saudara Siti Nurhaliza Harumkan Nama Malaysia Rangkul Pingat Emas Wcopa

Anak Saudara Siti Nurhaliza Harumkan Nama Malaysia Rangkul Pingat Emas Wcopa

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 143 hits
Anak saudara Siti Nurhaliza harumkan nama Malaysia selepas berjaya melakar sejarahnya sendiri apabila merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist di pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts Ke 27 di Los An...
Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan

Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 220 hits
Pernahkah anda mendengar tentang Pinggan Sihat Malaysia Piramid Makanan Malaysia telah dijadikan rujukan dalam penyedian hidangan sihat dan menekankan jumlah makanan bagi setiap kumpulan makanan Pinggan Sihat Malaysia merupakan alat visual ...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

Perbezaan Ssm Dan Sspa

Serena Petronas Nusa Perintis

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Ceramah Maulid Nabi Rindu Yang Menyentuh Hati

Himpunan Contoh Pantun Perpisahan Guru Bersara Dan Rakan Sekerja Atau Sahabat


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Romance In The House Tamat Dengan Rating Biasa

Laaa Baru Faham

Program Lagho Buang Masa Anak Bangsa Melayu

Pasangan Bergu Negara Juarai Terbuka Taiwan

Tengok Niat

Konflik Rumah Tangga Anak Jadi Mangsa Padu Nasihat Peguam Ni