Merancang Masa Hadapan Bahasa Melayu


Usia bahasa Melayu telah melebihi dua alaf atau dua ribu tahun, malah menurut teori Pentas Sunda yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan sarjana setempat, bahasa Melayu telah wujud puluhan ribu tahun lalu. Perkembangannya telah melalui beberapa tahap, iaitu bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu baharu.

Pada tahap bahasa Melayu kuno, iaitu pada sekitar awal Masihi hingga abad ketujuh Masihi, bahasa Melayu telah mula memperlihatkan permulaan peranannya sebagai wasilah peradaban apabila digunakan sebagai bahasa pentadbiran oleh kerajaan Melayu lama seperti Langkasuka, Funan, dan khususnya Sriwijaya yang menjadi kuasa kelautan di rantau alam Melayu.

Menurut catatan pendeta Buddha dari China yang bermukim selama enam bulan di ibu kota Sriwijaya di Sumatera, Yi Jing, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pemerintahan, bahasa pengajian agama Buddha dan bahasa kebudayaan yang tinggi. Rakaman bahasa Melayu kuno terpahat pada batu-batu bersurat yang ditemukan di Sumatera, Jawa dan Kalimantan. Tulisan yang dianggap mewakili bahasa Melayu kuno ialah tulisan Palava yang diubah suai daripada tulisan Sanskrit. Namun ada juga tulisan setempat seperti Rencong dan Kawi.

Kegemilangan bahasa dan peradaban Melayu
Tahap Bahasa Melayu klasik menandai kegemilangan bahasa dan peradaban Melayu, iaitu pada zaman kedatangan Islam ke rantau alam Melayu. Pada tahap itulah sosok bahasa Melayu yang diwarisi hingga kini mula terbina, iaitu seperti yang terlihat pada puluhan ribu manuskrip Melayu lama dalam bidang agama, ketatanegaraan, sejarah, undang-undang, perubatan, persenjataan dan surat serta perjanjian.

Tulisan Jawi yang diubah suai daripada tulisan Arab telah menjadi mangkin yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan dalam pelbagai bidang yang saya sebut tadi. Bahasa Melayu mencapai tahap kebakuan yang tinggi apabila digunakan dalam bentuk yang seragam di pelbagai pusat peradaban seperti Melaka, Aceh, Patani, Brunei, Kalimantan, Jawa dan Johor-Riau.

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas merumuskan bahawa Islam telah membentuk bahasa dan sastera Melayu baharu dan telah juga membentuk faham kebangsaan yang awal dalam konteks persatuan umat di alam Melayu. Bahasa Melayu bukan sahaja berkaitan dengan etnik Melayu malahan merentas ratusan etnik di alam Melayu sehingga menjadi bahasa penyatuan umat di rantau ini pada tahap klasik itu.

Wasilah pembentukan jati diri
Pada tahap keempat, bahasa Melayu muncul sebagai wasilah pembentukan jati diri dan pembinaan negara baharu (nation building) sesudah lepas daripada penjajahan. Bahasa Melayu menjadi salah satu asas perjuangan membebaskan negara melalui konsep yang disebut oleh William Roff sebagai nasionalisme bahasa. Untuk mengisi erti kemerdekaan, bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan yang berkaitan dengan jati diri dan perpaduan kebangsaan, bahasa rasmi untuk menggerakkan jentera pentadbiran negara dan bahasa ilmu dan pendidikan untuk melahirkan warganegara yang memperoleh ilmu dalam acuan sendiri.

Dengan huraian latar sejarah dan perkembangan bahasa Melayu yang bernada positif itu, adakah bahasa Melayu telah lepas daripada cabaran semasa? Jawab yang jelas “tidak”. Bahasa Melayu masih menghadapi cabaran dari dalam dan dari luar.

Dari dalam, cabaran paling besar ialah pembudayaan bahasa dalam kalangan yang berpengaruh besar kepada penakatan atau kelangsungan bahasa Melayu. Apabila bahasa Melayu belum betul-betul diangkat sebagai Bahasa cerminan jati diri negara dalam majlis rasmi, mesyuarat, dan pelbagai acara lain, belum dapat kita berpuas hati tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Suara golongan liberal yang menuntut kepelbagaian bahasa atau multilingualisme turut menandai belum utuhnya pembudayaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Perlembagaan Persekutuan membuka ruang besar untuk penggunaan dan pemelajaran bahasa-bahasa lain, tetapi dalam segala urusan rasmi, bahasa Melayulah bahasa yang wajib diutamakan di tiga peringkat pentadbiran, iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam.

Dominasi citra asing masih ketara
Peruntukan undang-undang cukup jelas tetapi masih terdapat tuntutan melampau sesetengah kalangan untuk menyetarakan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Tindakan menggunakan pelbagai bahasa pada nama jalan dan tempat sehingga sultan sebuah negeri turut turun tangan menunjukkan isu pembudayaan bahasa yang masih goyah.

Pelaksanaan undang-undang kecil pengiklanan yang mewajibkan pengutamaan bahasa kebangsaan pada iklan, nama bangunan, kawasan dan yang lain masih merupakan duri dalam daging. Hampir 150 Pihak Berkuasa Tempatan belum benar-benar melaksanakan undang-undang itu atau kuasa pentadbiran yang ada padanya sehingga nama bangunan, kawasan perumahan, bandar dan yang lain masih dan malah kian menayangkan citra asing pada penamaannya.

Keadaan yang berbeda dapat dilihat di negara yang utuh jati dirinya dan tegas pelaksanaan dasar bahasa kebangsaannya seperti di Jepun, China, Korea, Jerman, Perancis, Belanda dan yang lain, apabila paparan bahasa di tempat awam cukup ketara menayangkan bahasa negara masing-masing.

Cabaran merencat pelaksanaan dasar
Cabaran yang lebih parah ialah apabila bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan negara, dari waktu ke waktu menghadapi cabaran dalam bentuk pelaksanaan dasar atau program yang bercanggah dengan dasar bahasa kebangsaan dan undang-undang negara seperti Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pelaksanaan PPSMI, iaitu pengajaran mata-mata pelajaran berasaskan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah (kini Program Dwibahasa atau DLP), arahan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perkuliahan di universiti bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, sains dan teknologi, undang-undang dan kejuruteraan nescaya merencatkan perancangan kerajaan sebelum merdeka dan pada tahap awal kemerdekaan untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa utama dalam bidang ilmu dan pendidikan.

Dari luar pula, cabaran globalisasi yang berasaskan dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan telah membuka ruang penjajahan linguistik (linguistic imperialism) apabila bahasa asing yang mendominasi pelbagai aspek kehidupan, iaitu ilmu, budaya, media dan yang lain bertambah dominan. Kurang agresifnya negara penerima, termasuk negara kita dalam pembinaan pelantar atau portal yang menjelmakan peranan bahasa Melayu dalam bidang-bidang kehidupan menyebabkan bahasa Melayu kian mengecil daerah penggunaannya.

Faktor kurang utuhnya pembudayaan bahasa yang saya sebut di awal tulisan ini menambah besarnya cabaran, dengan sikap permisif atau pasrah, bahkan teruja oleh bahasa dan budaya asing yang dianggap mendunia itu.

Perlu pinda Akta DBP
Kupasan ringkas tentang cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu itu memerlukan Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan pendekatan pelbagai dimensi, peka konteks dan memandang ke hadapan. Dalam usaha mengatasi isu pembudayaan bahasa kebangsaan, pendekatan “dakwah” melalui gerakan “menegur dan menasihati” seperti yang tersebut dalam Akta DBP tampaknya tidak sesuai lagi.

Usaha meminda Akta DBP yang telah digerakkan satu dekad lalu tetapi menghadapi pelbagai kekangan pentadbiran perlu menjadi salah satu usaha besar DBP agar memperoleh kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang tidak menghormati bahasa kebangsaan. Usaha ini nescaya tidak mudah tetapi tiada pilihan untuk DBP selain mengupayakannya.

Mengupayakan penerbitan elektronik
Dalam menghadapi globalisasi dan peralihan budaya membaca sejagat yang lebih banyak terarah kepada penerbitan elektronik atau digital, DBP mahu tidak mahu perlu mengubah strategi penerbitan bahan bahasa, sastera dan ilmu dengan mengupayakan penerbitan elektronik lebih pesat. Penerbitan konvensional dalam bentuk bercetak masih perlu dipertahankan tetapi dengan strategi yang lebih praktis untuk mengelakkan lambakan stok.

Mengimbangi penerbitan elektronik dan penerbitan bercetak memerlukan gerakan berhemah, terutama untuk meladen sejumlah penulis dan pembaca yang masih berada dalam zon tradisional.

DBP sebagai benteng peradaban negara
Demikian selayang pandang fikiran awal saya apabila diberi amanah sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang sangat-sangat saya dambakan ialah bahawa DBP usah dilihat sebagai perlu wujud kerana secara tradisinya telah digagaskan setahun sebelum merdeka oleh semua lapisan yang meliputi golongan bahasawan, sasterawan, budayawan, agamawan dan pendidik.

DBP perlu wujud dalam keadaan dihormati dan dijadikan benteng peradaban negara kerana seperti kata Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama, “Negara tanpa bahasa kebangsaan ibarat jasad tanpa roh”.

Bahasa kebangsaan itu pula berperanan besar dalam membentuk jati diri dan perpaduan negara, menjadi wasilah pentadbiran dan pendidikan, serta bidang-bidang peradaban yang lain, serta menjadi unsur pembentukan adab dan sahsiah melalui persuratan atau kesusasteraan. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/merancang-masa-hadapan-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Nak Kritik Bahasa Melayu Sila Cermin Diri Tu Dulu

Sebelum Nak Kritik Bahasa Melayu Sila Cermin Diri Tu Dulu

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 712 hits
Sebelum nak kritik Bahasa Melayu cermin diri tu dulu belajar dulu Bahasa Melayu dengan betul dan kaji dulu bahasa bahasa diseluruh dunia Hakikatnya Bahasa Inggeris yang engkau agungkan dan banggakan itu pun banyak meminjam perkataan daripad...
Koleksi Lembar Bahasa Melayu Dan Tatabahasa

Koleksi Lembar Bahasa Melayu Dan Tatabahasa

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 341 hits
Koleksi Lembar Bahasa Melayu dan tatabahasa ini adalah sebagai perkongsian tentang lembar bahasa melayu dan tatabahasa Melalui perkongsian ini para guru dan pelajar dapat mengetahui kesalahan tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Da...
Hiburan Dilabel Seksi Dan Pelat Bahasa Melayu Amelia Handerson Akui Dah Lali

Hiburan Dilabel Seksi Dan Pelat Bahasa Melayu Amelia Handerson Akui Dah Lali

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 316 hits
Pelakon cantik Amelia Handerson mengakui dirinya sudah lali dan kebal apabila dikaitkan dengan persoalan pelat Bahasa Melayu dan isu seksi di media sosial View this post on InstagramAdvertisementMenurut Amelia yang kini berusia 26 tahun dia...
Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1

Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 408 hits
Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1 ini dikongsikan kepada guru dan murid tahun satu untuk meningkat daya kefahaman murid Soalan soalan ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui platform Google Classroom dan Microsoft Teams ...
Pertanian Vokasional Bidang Masa Hadapan

Pertanian Vokasional Bidang Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 211 hits
Oleh Media Mulia DR RADZI Jidin menanam sepohon pokok semasa melawat Kolej Vokasional Teluk Intan Perak hari ini PETALING JAYA Kementerian Pendidikan sedar pendidikan vokasional pertanian sememangnya bidang yang berpotensi untuk dikembangka...
Apa Bunyinya Apabila 20 Tajuk Filem Hindustan Dialih Ke Bahasa Melayu

Apa Bunyinya Apabila 20 Tajuk Filem Hindustan Dialih Ke Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 669 hits
Alunan lagu yang merdu jalan cerita yang melankolik serta lakonan mantap daripada pelakon barisan hadapan seperti Shah Rukh Khan Salman Khan filem filem bollywood sememangnya meninggalkan kesan yang tersendiri buat mereka yang menontonnya P...
Tunggang La Bahasa Yang Sesuai Sampai Sekarang Satu Hapa Pun Tarak Sebab Tu Orang Pangge Tunggang

Tunggang La Bahasa Yang Sesuai Sampai Sekarang Satu Hapa Pun Tarak Sebab Tu Orang Pangge Tunggang

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 213 hits
Pas sentap dengan filem Penunggang AgamaMarch 26 2021 GENERASI 70 an dan 80 an seperti saya mungkin masih ingat mengenai Hantu Kum Kum dan Hantu Stokin Ia bukan seperti Hantu kak Limah yang hanya filem komedi Ia adalah usaha jahat menyerang...
45 Soal Latihan Un Unbk Bahasa Inggris Kelas Xii Beserta Jawabanpart 3

45 Soal Latihan Un Unbk Bahasa Inggris Kelas Xii Beserta Jawabanpart 3

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 437 hits
45 Soal Latihan UN UNBK Bahasa Inggris Kelas XII Beserta Jawaban Part 3 merupakan lanjutan latihan soal ujian nasional B Inggris SMA bagian ke 2 dan bagian ketiga dimulai pertanyaan nomor 21 seperti berikut ini The following text is for que...
Rindu Nak Luangkan Masa Dengan Keluarga Buatlah Aktiviti Ini Tanpa Perlu Bocor Poket

Rindu Nak Luangkan Masa Dengan Keluarga Buatlah Aktiviti Ini Tanpa Perlu Bocor Poket

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 296 hits
Biarpun kita masih memerangi wabak COVID 19 tetapi tiada salahnya untuk kita merancang percutian paling bermakna untuk keluarga Amalkan SOP yang ketat dan ikut saranan kerajaan sudah tentu percutian kita lebih lancar dan selamat Masih tidak...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord