Meraikan Majlis Perkahwinan Dan Pertunangan Anak Saudara



Meraikan Majlis Perkahwinan Dan Pertunangan Anak Saudara.  Dua minggu back to back turun Sungai Buloh untuk meraikan majlis perkahwinan anak-anak saudara sebelah en suami dan pertunangan anak saudara sebelah akak. Penat juga tapi seronok sebab dapat peluang berjumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa.  
Entry kali ni paling banyak gambar. Mohon jangan muntah hijau..


Majlis Pertunangan Kali ni majlis di sebelah keluarga akak pula.  Dah lama keluarga kami tiada majlis macam ni.  Persiapan macam kenduri-kenduri di kampung. Dah lama tak menghiris bunga rampai sambil bersembang pasal anak-anak. Berkumpul ibu-ibu menyiapkan barang-barang hantaran.
Hai..memang meriah. Kami adik beradik sahaja pun dah meriah.  Akak yang tinggal paling jauh sekali, memang seronok sangat dapat berkumpul macam ni.  Sambil tangan bekerja, mulut tak berhenti mengusik antara satu sama lain.
Biarlah gambar berbicara. Gambar pun tunggang langgang tak ikut susunan.  Layan je la yer...

Pertunangan ni disertakan dengan hantaran. Maka nanti majlis pernikahan tak perlu dah hantaran semua

Bekas bunga rampai. Sepatutnya ada lampu kelip-kelip tapi kami pun dah lupa pasal lampu tu bila sibuk menyambut rombongan sampai

Pelamin ringkar tapi cantik. Tempat nak bergambar kena ada


Hantaran daripada pihak lelaki. Asalnya 7 dulang sahaja tapi dah jadi bertambah-tambah sebab adik beradik sebelah lelaki masing-masing tambah sorang satu dulang


Kotak hitam dari pihak perempuan yang sebelahnya dari pihak lelaki.  

Ramai yer rombongan daripada pihak lelaki.  Sama macam kami, mereka pun yang hadir adalah adik beradik sahaja. 


Mudah guna kotak macamni sahaja. Hias serba ringkas, nampak cantik


Alhamdulillah, ayah akak jadi wakil bercakap pihak kami. Orang lama bercakap gayanya cantik sikit, susunan ayat, tertibnya walaupun tiada pantun-pantun


Kita tunjuk sesi sarung cincin aje. Nanti dah halal kita share gambar nya pula

 Selamat Pengantin Baru Selepas beberapa majlis berlangsung, tibalah hari yang ditunggu-tunggu untuk meraikan kedua-dua pasangan pengantin baru ni.  Mak ayah pun lega dah, dua sekali anaknya dah berinjak ke fasa baru.
Majlis ni berlangsung di Bizmilla Wedding Hall, Eco Sanctuary.  Lokasi agak jauh dari bandar tapi suasananya sangat best.  Pertama kali sampai di sini.  Hiasan dewan cantik dan simple. Latar belakang warna ungu, putih, hijau...memang kena sangat dengan mata akak ni. Pakej di sini daripada dewan, pelamin, makanan dan pakaian pengantin ada sekali.  Mudah dan tak perlu nak pening cari yang lain, pilih saja mana yang sesuai.
Sekitar gambar majlis berlangsung, simpan sini sebagai kenang-kenangan. Gambar pun tak ikut susunan dah....
Bahagian dalam dewan.  Meriah dengan susunan bunga-bunganya. Pencahayaan ni memang memainkan peranan penting menaikkan seri



Memang meriah yer dengan bunga-bungaan


Selamat pengantin baru untuk kedua-dua pasangan mempelai. Bersama-sama menempuh fasa baru sebagai pasangan suami isteri pula


Meja makan diserikan dengan hiasan bunga. Kat mana-mana pandangan pun nampak bunga



Door gift yang bertemakan biru putih.  

Suka sungguh tengok susunan potongan kek ini.  Kek pandan gula melaka dan kek coklat. Sedap tau
Dua-dua pasangan mengenakan gaun kembang dan suit untuk lelaki.  Sesekali diraikan, mestilah tampil sebaik mungkin.



Kedua-dua pasangan di atas pelamin indah.  Seronok tengok pasangan bahagia ni



Keluarga en suami adalah berketuruna Banjar, memang riuhlah masing-masing sebab ada yang dah memang lama tak jumpa. Walaupun tak boleh bertutur sangat dalam bahasa Banjar tapi akak boleh faham jugalah apa yang mereka bualkan. Anak-anak memang melopong lah dengar ..hehehe...
Meja kulaan juga disediakan untuk berjumpa dengan MIL dan anak-anaknya


Last family photo walau pun tak complete semuanya. Puashati, hilang penat semua


Doa Untuk Pengantin BaruYa Allah, satukanlah hati …………
Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restumu….
Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga akhir hayat.”
Bismillahirrahmanirrahim…. Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
“Kami memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.”
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
“Andainya Kau telah takdirkan jodohnya berilah mereka berdua kebahagiaan buat selamanya. Tempatkan mereka di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan kekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat.” 
Baca juga kisah persediaan hantaran : hantaran pernikahan








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2022/11/meraikan-majlis-perkahwinan-dan-pertunangan-anak-saudara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menghadiri 2 Majlis Perkahwinan Antarabangsa

Menghadiri 2 Majlis Perkahwinan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 212 hits
Ada beberapa majlis kahwin kat Perth yang dihadiri minggu lepas Was so excited sebab dilantik jadi Panitia Kena la bercantik2 supaya tak memalukan Tuan Rumah dan particularly tak memalukan orang Msia Haha By the way sebagai menjaga privacy ...
2 Jam Tunggu Anak 8 Tahun Sedih Hanya 2 Orang Datang Majlis Hari Jadi

2 Jam Tunggu Anak 8 Tahun Sedih Hanya 2 Orang Datang Majlis Hari Jadi

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 179 hits
Bayangkan di majlis hari jadi anak namun hanya dua orang sahaja yang hadir daripada 30 jemputan Baru berusia 8 tahun tentu sekali kejadian ini memberikan kesan mendalam kepada anak ini di hari yang sepatutnya menjadi kenangan indah namun se...
Video Dah 2 Jam Majlis Hari Jadi Anak Bermula Ibu Sedih 2 Tetamu Je Yang Hadir

Video Dah 2 Jam Majlis Hari Jadi Anak Bermula Ibu Sedih 2 Tetamu Je Yang Hadir

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 167 hits
Di Tiktok sambutan hari jadi seorang kanak kanak yang dirancang dengan meriah bertukar menjadi hari yang menyedihkan buatnya apabila hanya dua tetamu orang sahaja hadir daripada 30 yang diundang ke sambutan itu Menerusi satu video yang diko...
Dulu Belajar Di London Tapi Tak Mampu Hadir Majlis Konvo Permintaan Bapa Sarung Jubah Konvo Anak Und4ng Seb4k Netizen

Dulu Belajar Di London Tapi Tak Mampu Hadir Majlis Konvo Permintaan Bapa Sarung Jubah Konvo Anak Und4ng Seb4k Netizen

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 147 hits
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga bila mana anak yang dididik dan dibesarkan kini sudah mencapai kejayaan Terasa berbaloi segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini baik tenaga masa mahupun wang ringgit Manakala si anak pula baha...
Telefilem Anak Bomoh

Telefilem Anak Bomoh

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 183 hits
Saksikan telefilem Anak Bomoh arahan Liyana Jasmay akan ditayangkan pada 31 Oktober ini Isnin pukul 8 30 malam di TV9 Anak BomohWaktu Siaran Isnin 31 Oktober 2022 8 30 malamRangkaian TV9 slot Skrin Di 9Pengarah Liyana JasmayPelakon Harris A...
Ibu Dan Anak Oki Setiana Dewi Jalani Terapi Stemcell Bersama Sama

Ibu Dan Anak Oki Setiana Dewi Jalani Terapi Stemcell Bersama Sama

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 183 hits
Segala upaya yang terbaik tentu akan dilakukan saat ada anggota keluarga yang sakit Begitu pula yang dilakukan oleh Oki Setiana Dewi Sebagai ikhtiar demi kesembuhan ibu dan anaknya Oki menemani mereka menjalani terapi stemcell Berikut beber...
Sakan Kau Pukul Anak Orang Netizen Menyirap Tengok Remaja Perempuan Dipukul Lelaki Disyaki Kekasihnya

Sakan Kau Pukul Anak Orang Netizen Menyirap Tengok Remaja Perempuan Dipukul Lelaki Disyaki Kekasihnya

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 205 hits
Tular di media sosial video seorang remaja perempuan dipukul oleh lelaki yang dipercayai kenalannya mengundang kemarahan netizen Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi itu menunjukkan mangsa dipukul di bahagian kepala dan pinggangnya d...
Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 140 hits
Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda 57 1 anak muda menjawab dengan betul mengenai bilangan kerusi Parlimen Malaysia sebanyak 222 Saluran media paling utama anak muda untuk berkongsi dan mendapat input berkaitan politik ialah a Instagram ...
Video Member Telan Air Liur Siap Gelagat Anak Bongsu Mua Bellaz Terliur Nak Makan Juga Tarik Perhatian Ramai

Video Member Telan Air Liur Siap Gelagat Anak Bongsu Mua Bellaz Terliur Nak Makan Juga Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 228 hits
Pempeng4ruh dan jurusolek terkenal Mua Bellaz terkenal bakat solekan yang memuk4u mereka yang melihat Baru baru ini Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini selamat melahirkan anak keempat yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa Bayi baru...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas