Merai Pengantin Jauh
Perjalanan Yang Sangat Jauh mummy in law dan adik ipar
assalamualaikum. berkepuk idea tapi terpenuh sarang habuk. lama sangat simpannya. hari ni baru sempat nak keluarkan semua gambar - gambar dan pilih yang terbaik untuk simpanan blog. okay lah nak sharing dengan korang. perjalanan yang terlampau jauh. macam balik klate nak raya aidilfitri! padahal balik perak je woi.
semenjak reti edit video ni, jarang betul aku nak ada gambar. lebih kepada footage sahaja. kadang rasa macam; penat tau tempuh perjalanan yang sangat panjang, tapi tak ada hasil yang boleh disimpan. punyalah letih otak nak rolling cari tarikh sekian dan kenangan sekian yang ada dalam memori kepala.
rancangan asal mulanya nak bertolak gerak jam 11pagi. tapi masih diam dan diam. rupanya waktu telah berubah. dari 11pagi kepada 3petang. mummy dan girl (amira) tidur dekat rumah kami (aku dan suami).
Kampung Masjid Ijok, Perak percayalah, aku langsung tak ambil apa - apa gambar sepanjang perjalanan. bertolak dari rumah jam 3.30petang. tukar ahli dalam kereta dan selebihnya mencarut lapar dan tidur. bangun masih atas jalan HAHAHA.
perjalanan yang sangatlah panjang. hujan turun sepanjang masa. sejuk dingin. sesekali kami kena tinggal jauh. eh bukan sesekali tapi sepanjanglah masa. sepatutnya itu menjadi konvoi menghantar pengantin. tapi menjadi sbuah perjalanan sepi ke kampung orang.
kami bergerak tiga (3) kereta dan satu (1) tambahan kereta (yang ni tak pasti siapa). sementalah kereta kami naiki cuma axia lopong. masih standard orang kata. kasut pun kasut bata. cermin pun akuarium. meter tak pernah cecah 150. kekal 120 dengan penjarakan selamat.
mula - mula tu nampak lah bayang, masuk highway. lah. macam tinggal sorang. terkedek kedek nak ikut belakang. mungkin bukan H kot? atau kereta mewah yang lain. tak berapa laju. kalau nak combine jadi konvoi tu macam tak kena. tak ngam orang kata. bukan adik - beradik. kah~
sebabkan aku ni wanita, kerja aku tidur jela. suami tidak bagi aku memandu. risau betul dia. tak percaya perempuan. agaknya aku belajar memandu selepas kenal dia kot? hahaha. mengada betul. *eh tak dia sayang isteri suruh rehat lebih. terima kasih suamiku
ingatkan selepas dah nampak signboard 'kampung masjid ijok', perjalanan dah selesai. rupanya masih panjang dan jauh. masih ke dalam - dalam meredah gelap. macammana lah pasangan ni boleh kenal. dah nak dekat pukul 11malam macamtu, kitorang together semula. minyak dah nak habis, terpaksa singgah pam minyak sekejap.
yallah, isi minyak sekejap je tau. tahu - tahu dah hilang. lainkali settle sendiri je senang. tunggu aku beli kereta sport boleh pecahkan kelajuan baru kita konvoi. tibahh~
bila dah 'checkin' tu terus lah basuh kaki cuci muka. gambar homestay tiada. almaklumlah kemaruk buat video. aku rasa aku tidur awal. tidur lebih utama berbanding borak hahha.
Majlis Lepas Asarbersama adik ipar yang comel
esoknya tu bersiap lah kami semua. nikahnya lepas asar. jadi pagi tu memang mereput. pagi sarapan nasi lemak. alhamdulillah kenyang. terimakasih aunty lily, semoga dipermudahkan urusan rezeki aunty sebab tak lokek berbelanja. menunggu lah kita semua bersepah - sepah sementara menunggu asar berlalu
bergambar kenangan bersama mommy dan aunty
ada yang tidur. ada yang berbual. ada yang pusing kiri kanan. ada yang sampai juling mata scroll socmed. tiada makan tengahari kerana kami semua on diet ya ~ makan tengahari hanya diberikan khas untuk nenek dan atuk kerana menjaga kesihatan mereka adalah lebih utama
sempat kami bergambar. dengan keluarga belah suami (mak) ni memang best hahaha. sebab sama - sama suka bergambar. selagi gambar tak cantik, ambil sampai puas hati. jadi gambar aku memang lah banyak. seronok aku.
bergambar sebelum masuk masjid
selfie dulu dalam masjid guna filter
alhamdulillah. selesai, sah! semoga dipermudah urusan pengantin dan pasangan. kan aku cakap aku tak ada gambar. aku ada video je T_T . apalah masalah aku. selalu aku ada banyak je gambar. kali ni satu pun tak ada. kebanyakkan gambar yang kau share dekat sini semuanya atas ehsan orang bagi. kalau tidak langsung tak ada apa - apa yang boleh diletak dalam blog. kesian kan aku?
makngah dan kakak
selepas majlis, kami dijemput singgah ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu juadah ringkas. tapi sedap! tak silap aku ada mihun goreng, pulut kuning, pulut warna putih tu, lepastu rendang dan kuih muih. kopi dia yaallah. sedap gila hirup panas - panas. tak terlalu manis. lalu tekak tu betul rasa puas dan selesa. masalahnya tak boleh makan banyak - banyak. nanti perut keras. okay itu je
acah - acah je ni
lepastu kami semua pulang ke rumah untuk mandi (fyi aku tak mandi pun, sebab malas tukar baju. hahahha). aku tunggu sampai semua orang tiba di rumah dan melepaskan maghrib disini. usai maghrib/ isyak kami ke rumah penganti perempuan semula. lauk best! tapi tak boleh makan banyak - banyak. sabar ye (cakap dekat diri sendiri)
memang puas hati. orang kedah kot noh? dah nak dekat sempadan. hahaha.
Keroyok Hantaran Penantin, Yeay!
balik tu dengan tak mandinya, tibalah acara buka hantaran pengantin tanpa pengantin. aku suka acara ni. dari zaman kecik - kecik. hahaha. yelah, zaman kita nikah sanding pkp. mana maunya berkumpul ramai - ramai bukak hadiah sama - sama dengan keluarga kan?
dulu masa nak kawin tak peduli hantaran pun. lebih peduli majis orang atau angan - angan nanti nikah nak hantaran apa. angan - angan jela. hahaha takpela. ni dah kahwin. nanti suruh suami beli hadiah tiap bulan, balut cantik - cantik bagi isteri. sejuk hati isteri. dulu tak ada hantaran proper. hahah.
eh ada. cuma barangnya tak best. hahaha. dulu kecik - kecik kan tengok google. bagi kasut la, jam la. deco cantik - cantik. tapi jam dengan beg aku dapat sebagai hantaran. HAHAH. aku tak puas hati pasal apa tah. sebab tak grand kot? tak pun, sebab deco tu ala kadar. betullah. nak kawin memang kena buat grand. tak grand dimata orang takpe, janji kita puas hati. biar lah rm2 pun janji kita senang dengan hasilnya. bukanlah sekadar ada je. (tapi tak pernah menyesal pun. cuma sekadar ingat je)
Sanding, Tema Navy Blue
nasib baik baju raya dah navy blue. jimat duit. boleh sama tema dengan keluarga. rasanya macam tak ada perarakan pengantin pun. yang pengantin lelaki pergi dekat pengantin perempuan. sebab nya hujan renyai membasah bumi sepanjang pagi sampailah ke zohor. tak apalah asalkan boleh bersanding dengan selamat.
berkenan betul aku dengan warna dan jenis kain (songket) yang pengantin pakai. nampak busana tu mewah dan kemas. aku cakap dengan suami, nanti sanding lagi ya. HAHAHA
sebelum makan ambil dulu gambar dengan pengantin satu (1) kali. eh tak berkali - kali. huhu. satu (1) tak cukup. sebab dalam sekeping gambar bukan semuanya okay. hahahah. baru je cop meja, meja dah kena rembat. hahaha. sabau jela. padahal dah letak barang atas meja tu. takpelah. kita ni tetamu jauh. yang penting boleh makan lah. meja tak ada tak apa, jangan lauk habis. ni boleh terbalik meja. hahahha
tadaaa.
lauk memang dari hari pertama sampai sini, sampailah majlis. lauk memang terbaik. cukup makan cukup kenyang. menambah - nambah. alhamdulillah. semoga dimurahkan rezeki keluarga pengantin perempuan.
sebelum balik, ambil gambar dulu dekat cermin sebagai kenangan. dulu kita tak buat ni. kitorang bertolak awal memandangkan esoknya dah kerja. kitorang gerak dalam pukul 3lebih kot entah tak ingat. sampai shah alam 11lebih jugaklah. macam balik klate.
terima kasih boy dan aunty ita jemput kami. pengalaman yang cukup panjang dan mengajar erti sabar.
semoga boy dan pasangannya kekal sehingga ke syurga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/12/merai-pengantin-jauh.html