Merabung River Trekking


 


Merabung River Trekking | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Dah lama Murni tak share aktiviti outdoor di blog, memandangkan hari ni cuti Murni nak share aktiviti river trekking. Actually, Murni baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti river trekking ni. Asyik naik bukit, kali ni tukar angin pula nak merasai sendiri pengalaman menyusuri sungai sambil menikmati lukisan alam yang indah.


Merabung River TrekkingSejak Sg. Merabung ni viral kalau Murni tak silap tahun 2021 dengan jolokan nama The Lost World of Merabung, Murni dah pasang niat nak cuba  merasai sendiri pengalaman menyusuri Sg. Merabung ni. Nampak dalam gambar cantik sangat. Syukur Alhamdulillah sangat, Murni dapat peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Kalau diikutkan plan asal aktiviti river trekking di Sg. Merabung (terletak di Tungku, Lahad Datu) dibuat pada bulan Februari tahun ni, tapi memandangkan cuaca pada masa itu asyik hujan jadi aktiviti tersebut terpaksalah ditunda ke bulan Mei. Bila dapat tarikh baru kemain Murni teruja sangat. Aktiviti Merabung River Trekking ni berlangsung pada 14/05/2023 bersamaan hari ahad.





Seramai 41 hikers & guide seramai 16 orang yang mengikuti aktiviti river trekking ni. Aktiviti ni telah dikelola oleh Tungku Hikers Sports Club (THSC). 


Sebelum aktiviti bermula, taklimat mengenai keselamatan telah disampaikan oleh Kopral Ravindra wakil dari Balai Polis Tungku. Pemakaian jaket keselamatan sepanjang aktiviti river trekking adalah diwajibkan. Bacaan doa sebelum aktiviti bermula juga menjadi amalan dalam kalangan hikers.


Untuk sampai ke starting point menyusuri Sg. Merabung, para hikers perlu melalui ladang kelapa sawit terlebih dahulu. Jarak perjalanan ambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke anak sungai.


Memandangkan ni 1st time Murni ikut serta aktiviti river trekking, tipulah kalau tak rasa takut. Murni ni tak pandai berenang sebenarnya, masa kecil dulu hampir lemas ya mandi di Sungai. Tapi Murni bersyukur sangat kawan hikers & guide sangat membantu bagi kata-kata semangat & tunjuk ajar terutama untuk apungkan diri bila lalu di kawasan air yang sangat dalam. Terima kasih semuanya 😘


Nah Murni kepilkan beberapa cantuman gambar yang menarik perhatian Murni.


Melihat tebing Sg. Merabung yang menghijau ditumbuhi lumut-lumut sejuk terus hati ni. Murni suka sangat dengan panorama sepanjang menyusuri Sg. Merabung. Indah sangat tak terluah dengan kata-kata. Tempat wajib yang korang perlu pergi. 



Kami tiba di kawasan ( gambar di atas) dalam jam 12:00 PM untuk beristirahat seketika sambil menikmati Maggi cup. Tepat jam 12:30 PM kami pun beransur pulang


Berhenti berehat pula untuk sesi fotografi famili besar trip river trekking kali ni. Bolehlah buat kenang-kenangan di hari tua nanti eh 😂 Kalau tak silap Murni, kami sampai di kawasan parking kereta waktu menghampiri jam 2:00 petang. 
Murni sediakan juga video pendek sepanjang aktiviti river trekking berlangsung. Selamat menonton, jangan lupa like & subscribe sekali YouTube channel Murni ya tanda sokongan untuk terus berkarya 😘

Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti Merabung River Trekking, jumpa lagi dalam entri akan datang. Terima kasih sudi baca entri ni 😘 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2023/05/merabung-river-trekking.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkhemah Dan Trekking Air Terjun Di Lata Kolam

Berkhemah Dan Trekking Air Terjun Di Lata Kolam

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 322 hits
Saya dan lima teman berehat sambil berkhemah di Lata Kolam Air Deru pada pertengahan May 2023 Semalaman memandu dari Penang ke Lata Kolam Air Deru Eko Park yang terletak di Daerah Jerteh tidak terasa letih setelah mendirikan khemah dan bere...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal