Menunggu Penolakan Orang Melayu


UMNO ‘pecah’ jika pemimpin terus jadi ‘jurubicara’ kerjasama dengan DAP dan Anwar, kata Annuar Musa
PETALING JAYA: Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan sesetengah pemimpin menjadi “jurubicara” memupuk kerjasama dengan DAP dan Anwar Ibrahim, meskipun ia bertentangan dengan pendirian rasmi parti.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, akar umbi UMNO resah dengan tindakan pemimpin berkenaan menganjurkan kerjasama itu atas alasan membina jajaran baharu politik.

“Ada (pemimpin UMNO) yang ke hulu ke hilir cuba membawa justifikasi dan naratif kenapa UMNO harus terima DAP dan Anwar.

“Mereka mendapat platform rasmi dan dilantik secara rasmi, justeru ada yang menganggap mesej mereka adalah mesej pucuk pimpinan.

“Rata-rata akar umbi mengadu dan resah dengan gerakan ini. Jelas UMNO bergerak ke arah perpecahan, bukannya konsolidasi,” kata Annuar yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO serta Ahli Parlimen Ketereh.

Kelmarin, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ungkapan “No DAP, No Anwar” dalam parti itu hanya sentimen sesetengah pemimpin yang menolak sama sekali kerjasama dengan DAP dan ketua pembangkang itu yang juga presiden PKR.

Tengku Razaleigh berkata, UMNO tidak boleh terikat dengan ungkapan itu, tetapi harus bersedia dengan apa juga kemungkinan jika ia memanfaatkn rakyat.

Annuar hari ini menegaskan bahawa penolakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan.

Annuar kesal kerana pucuk pimpinan UMNO belum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang melanggar pendirian rasmi parti.

“Pihak yang masih berpegang kepada keputusan rasmi parti (tolak DAP dan Anwar) masih berdiam diri dan memerhati. Rata-rata mereka (ini) mewakili kawasan kubu UMNO dan yang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Apakah kubu-kubu (UMNO) ini bakal menjadi kubur taruhan apabila perpaduan Melayu dan solidariti parti yang menumbangkan Pakatan Harapan (PH) dirobek atas nama jajaran baharu,” tanya Annuar.

Annuar berkata, jika pemimpin UMNO terus diberi ruang untuk menyebarkan idea kerjasama dengan DAP dan Anwar, “peranan menyatupadukan orang Melayu bakal didokong…. oleh parti lain, bukan lagi UMNO.”

“Semoga UMNO tidak terjatuh kali kedua kerana kesilapan mereka yang berada di atas,” katanya di Facebook. - www.freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/12/menunggu-penolakan-orang-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Punya Tanahair Tapi Tak Punya Tanah

Melayu Punya Tanahair Tapi Tak Punya Tanah

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 565 hits
Pendedahan dibuat oleh seorang pengkaji hal tanah milik Melayu mengejutkan membimbangkan kerana Melayu ditipu hidup hidup oleh penjajah British dan juga oleh para pemimpin politik Melayu sendiri Rupa rupanya dalam diam diam penjajah British...
Gadis Melayu Petah Berdebat Dengan Pak Arab Dalam Bahasa Arab Rupanya Ini Yang Terjadi Sebenarnya

Gadis Melayu Petah Berdebat Dengan Pak Arab Dalam Bahasa Arab Rupanya Ini Yang Terjadi Sebenarnya

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 421 hits
loading Tular sebuah video di laman sosial menunjukkan seorang gadis sedang berdebat petah dalam bahasa Arab Video berdurasi 1 minit 41 saat itu pada asalnya dimuat naik oleh Instagram huuraiyah dan dikongsi semula oleh Instagram Sinar my
Baju Melayu And Umbrella

Baju Melayu And Umbrella

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 407 hits
Baju Melayu is a traditional Malay costume originated from the court of Malacca and is traditionally worn by men in Brunei Malaysia Singapore and southern Thailand It literally translates as Malay dress and consists of two main parts The fi...
Beza Orang Arab Dengan Orang Melayu Kita Ustaz Kazim Elias

Beza Orang Arab Dengan Orang Melayu Kita Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 305 hits
Beza Orang Arab Dengan Orang Melayu Kita Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Aku Melayu Yang Benci Penipu Nabi Ku S A W Seorang Yang Jujur Dan Ku Beriman Dengannya

Aku Melayu Yang Benci Penipu Nabi Ku S A W Seorang Yang Jujur Dan Ku Beriman Dengannya

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 261 hits
Kak Ida AbdullahSeingat saya ahli politik yang rasuah salaguna kuasa kaki seks membunuh hampir semuanya dari BN dengan UMNO sebagai juara Kalau ada kereta besar rumah besar semua dapat projek sebab dia orang kuat UMNO Kalau hadir kursus anj...
Melayu Mundur Kerana Manja

Melayu Mundur Kerana Manja

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 229 hits
ISMAILY BUNGSU BANGSA kita terlalu dimanja Asyik BANTUAN Kalau boleh beras kopi gula dihantar ke rumah tanpa usaha Budaya ini bermula di rumah sendiri Anak diajar demikian dan kesannya TERBIASA hingga menjadi budaya Bila menjadi budaya kesa...
Tragedi Pemikiran Melayu

Tragedi Pemikiran Melayu

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 259 hits
Prof Ungku Aziz KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya saya rasa Melayu tidak sanggup berubah Perspektif mereka terhad tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam Kalau kita tengok orang Melayu dalam ce...
Melayu Isle Tak Nak Komen Kerana Takut Kena Trolll

Melayu Isle Tak Nak Komen Kerana Takut Kena Trolll

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 287 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFZaman Kerajaan Melayu Isle ni bukan takat beer halal jadi arak lembut Polis pun sekali ting tong siap lawan arus Harap tak ada kad OKU la ye kan Cuma nak bincang secara ilmiah dan tak emosi dengan psuedo melayu macam...
Semua Melayu Isle Tapi Jaga Daging Pun Tak Boleh

Semua Melayu Isle Tapi Jaga Daging Pun Tak Boleh

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 377 hits
Hamdan TahaNegara kita di hebohkan dengan kisah daging lembu haram Dan kenapa boleh jadi perkara ni kerana ada pegawai pegawai penguatkuasaan Haram Jadah Jika tak ada pegawai pegawai Haram Jadah ni susah nak berlaku kemasukan daging haram a...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey