Buka Puasa Ala Kenduri Kahwin Di Restoran Bahtera Impian Straits Quay Tanjung Tokong Penang
Alhamdulilah kita sekali lagi dapat menyambut Ramadan Al Karim bagi tahun 2021. Walaupun pandemik nampaknya lama lagi nak berakhir tetapi mesti semua umat Islam excited untuk buat persiapan nak sambut Ramadan kan. Tentunya ada diantara korang sedang mencari lokasi atau tempat berbuka puasa yang murah dan berbaloi. Paling tidak, sekali setahun sempena bulan Ramadan, mesti ada yang merancang untuk berbuka puasa bersama family atau sahabat handai. Jalan terbaik, korang akan cari lokasi buffet Ramadan yang berbaloi untuk pergi. Jadi, untuk perkongsian kali ini aku nak share satu lokasi pilihan Buffet Ramadan 2021 iaitu di Restoran Bahtera Impian yang terletak di Straits Quay, Tanjung Tokong, Penang.
Restoran Bahtera Impian, Straits Quay, Tanjung Tokong, Penang
Shipyard & Shopping Complex
Kalau korang nak tahu, Straits Quay adalah gabungan shopping complex dan shipyard. Shopping complex yang bersaiz sederhana itu dimeriahkan dengan pelbagai restoran di bahagian ground floor yang sebahagian tempat makan menghadap shipyard. So sambil makan boleh feeling2 sambil tengok kapal layar yang ada. Aku pun tak pernah makan kata area situ almaklumlah restoran-restoran kat situ kebanyakkannya harga boleh tahan mahal dan satu lagi most of restoran kat situ tiada status halal. Kapal2 kat situ aku rasa banyaknya kepunyaan orang luar atau golongan VVIP
Murah!Jom booking now
Dengar kata boleh menampung 1000 lebih tetamu
Menu ala carte
Sebelum ni aku tak pernah lagi dengar Restoran Bahtera Impian ni. Bila dijemput untuk Pre-Ramadan Buffet terus aku google. Wah menarik restorannya. Bukan sahaja menyediakan menu berbuka puasa, korang boleh jer walk-in makan lunch dan dinner secara ala-carte. Style Restoran Bahtera Impian satu-satunya milik orang Muslim dan merupakan port makan stail orang kahwin yang happening di Penang. Nak makan dengan konsep lauk kenduri, datanglah sini. Memang rare makan buffet Ramadhan dekat sini macam pergi majlis wedding pulak. Surau dan tandas yang bersih dan selesa disediakan untuk kemudahan pengunjung. Pemilik Restoran Bahtera Impian adalah suami isteri, Encik Harris dan Puan Zalina (family business).
Encik Harris dan family
Encik Harris family dan staff
Paling aku suka menu hari tu adalah Rendang Itik dan kuih Qasidah. First time makan kuih Qasidah memang sedap. Kata ownernya buatnya Allah senang gila..tapi kena ada kesabaran sebab mengambil masa 2 jam nak buat haha. So kalau tiada kerajinan nak buat, jomlah ke Restoran Bahtera Impian.
Untuk menu utama, pihak restoran ada menyediakan Nasi Minyak, Rendang Itik, Daging Masak Hitam, Kurma Kambing, Ayam Masak Merah, Dalca, Sayur Kalia, Acar Ikan Masin, Acar Limau dan Jelatah
Nasi Minyak
Rendang Itik
Ayam Masak Merah
Kurma Kambing
Dalca Sayur
Daging Masak Hitam
Sayur Kalia
Acar Ikan Masin, Acar Limau dan Jelatah
Di bahagian lain pula ada juga disediakan menu Gado-gado, Rojak Penang, Laksa, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Spaghetti, Keropok, Buahan, Bubur Kacang dan 5 jenis air.
Rojak
Gado-Gado
Laksa
Kuey Teow Goreng
Mee Goreng
Spaghetti Carbonara
Bahagian pencuci mulut pula, ada kuih tradisional seperti karipap, puding jagung, kuih keria, kuih sagu, kek dan kuih qasidah. Kuih qasidah tu yang paling meletop hari tu haha. 1st time kut aku rasa kuih tu.
Dessert
Kuih Qasidah
Karipap
Kuih Sagu
Kuih Keria
Puding Jagung
Banana Cake
Bahtera Impian menawarkan Pakej perkahwinan murah untuk semua bakal pengantin . Boleh adakan perkahwinan di kawasan mewah Straits Quay. Mereka juga menawarkan Servis all in one wedding package yang pertama di Penang.
Yang bestnya sebelum atau selepas korang berbuka dan solat, boleh jalan-jalan tengok kapal-kapal dan shopping. Jadi, untuk korang yang tengah mencari Buffet Ramadan 2021 yang berbaloi, aku cadangkan korang book dengan Restoran Bahtera Impian ni. Ada berita baik, kalau korang book awal, korang akan dapat harga lagi murah. Special untuk early bird!
Shipyard
Restoran ni juga ada menyediakan pakej untuk sebarang majlis seperti:
✔ Annual Dinner
✔ Gathering & Reunion
✔ Birthday Party
✔ Anniversary
✔ Full Wedding Package
✔ Majlis Perpisahan
✔ Seminar
Lagi satu Restoran Bahtera Impian merupakan satu-satunya Restoran Melayu Halal di Straits Quay. Jomlah kita sama-sama support
Bahtera Impian RestaurantStraits Quay ,3E-G-1 , Ground Floor,Jalan Seri Tanjung Pinang10470 Tanjong Tokong, Penang MalaysiaFacebook: BahteraImpianWeddingEventInstagaram: Bahtera_ImpianWedding Website: Bahtera Impian Wedding
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eldarwena.com/2021/04/buka-puasa-ala-kenduri-kahwin-di.html