Menu Rahmah Penang Nasi Kandar Di Mm Bistro 786 Puncak Alam
MENU RAHMAH PENANG NASI KANDAR DI MM BISTRO 786 PUNCAK ALAM - Wah untunglah warga UiTM Puncak Alam, Hospital Puncak Alam dan penduduk sekitarnya kerana Nasi Kandar Penang Asli di MM Bistro 786 Puncak Alam telah di buka. Eh..chop ! Mummy hat dok luaq kawasan pun mai sini gak. Pekena MENU RAHMAH PENANG NASI KANDAR DI MM BISTRO 786 PUNCAK ALAM
MENU RAHMAH PENANG NASI KANDAR DI MM BISTRO 786 PUNCAK ALAM
Tapi, ada berita yang lebih baik lagi tau. Terdapat MENU RAHMAH PENANG NASI KANDAR DI MM BISTRO 786 PUNCAK ALAM. MM Bistro Puncak Alam menawarkan Menu Rahmah Nasi Kandar Ayam bersama air Sirap dengan berharga RM5.90 .Serius...surr betholl , beb . Tak payah jauh-jauh ke Penang cari Nasi Kandar Penang dah .
Menurut pemiliknya, Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali , menu ini juga akan berubah seperti ditukarkan kepada ikan dan aneka lauk lain mengikut kesesuaian masa dan keperluan.
Bukan itu sahaja, pada minggu kedua Bulan Ramadan kelak, MM Bistro Penang Nasi Kandar akan menyediakan sebanyak 1000 bungkus Bubur Lambuk untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan restoran mereka dan mereka yang ingin dapatkannya.
Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail bersama Tuan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dan dif-dif kehormat lain.
Jimat sangat ni MENU RAHMAH PENANG NASI KANDAR DI MM BISTRO 786 PUNCAK ALAM.
Jom ke MM Bistro Nasi Kandar Penang, Puncak Alam
Lokasi :23, Persiaran Hill Park, 11/10, 42300 Puncak Alam(Berdekatan Petronas Station , UiTM Puncak Alam, Hospital UiTM)Instagram : www.instagram.com/mmbistro786
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2023/03/menu-rahmah-penang-nasi-kandar-mm-bistro-786-puncak-alam.html