Menu Menyelerakan Di The Cliff Langkawi
THE CLIFF LANGKAWI
Assaalamulaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini berjumpa lagi kita dalam entri Travelogue Langkawi. Untuk entri ini Zumal nak kongsi sebuah restaurant best di Pantai Cenang iaitu The Cliff Restaurant.
Seperti yang korang tahu, Pantai Cenang merupakan sebuah kawasan tumpuan di Langkawi terutama yang menyukai aktiviti pantai dan laut. Selain itu di Pantai Cenang ni adalah antara port untuk shopping. Barang yang glam kat Cenang ni tentulah coklat. Memang tak sah kalau tak bawak balik coklat dari Langkawi ni. Tapi itu shopping, lepas penat shopping mesti nak menjamu selera pula. Zumal cadangkan korang mencuba pelbagai menu di The Cliff Restaurant. The Cliff Restaurant ni terletak belakang Underwater World jer
The Cliff Restaurant menawarkan menu masakan Melayu tradisional dan moden.
Deep-fried Fish with Sweet Chili Honey Tamarind Mango Chutney
Deep-fried Mackerel Fish & Battered Soft Shell Crab Chili Garlic Coriander Dipping
Wok-fried Breaded Slice Chicken with Mild Chili Onion Paste
Chili Paste Green Mussel
Hidangan untuk diner kami
Tropical Sliced Fruits Platter with Walnut Brownies
Tengok la betapa laparnya budak tuMenu-menu dekat The Cliff Restaurant ni tak la begitu pedas jadi ia sangat sesuai untuk makan bersama keluarga walaupun ada anak kecil. Menjamu selera sambil ditemani deruan ombak memukul pantai dan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa buat diner kami bertambah asyik
Untuk pengetahuan semua The Cliff Restaurant ini boleh menempat kira-kira 120 orang tetamu pada satu-satu masa. Ianya juga boleh ditempah untuk majlis-majlis seperti hari jadi, jamuan dan sebagainyai
Jika korang ingin menjamu selera di The Cliff Restaurant boleh ke:
The Cliff Restaurant & BarLot 63 & 40, Jalan Pantai Cenang (belakang Underwater World)07000 Pulau LangkawiMasa Operasi: Setiap Hari 12pm - 11pmTel: 04-953 3228
Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.duniazumal.com/2018/10/menu-menyelerakan-di-cliff-langkawi.html