Menu Lunch Dekat Office


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan selamat petang, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan menu lunch makan dekat office minggu lepas.  
Ya Ampun.. lauk biasa tapi dia punya sedap luar biasa makannya.
Menu Lunch Dekat Office
Menu Lunch Yang SimpleNasi Putih beli dekat cafe office
Kacang Bendi beli dengan office mate rebus dekat pantry


Bonde kira-kira Bendi ni ada lebih kurang 40 batang Asalnya beli nak buat masak asam pedas tapi tak jadi.. sedap rebus makan macam tu ataupun cicah sambal belacan jer


Peria Kanbas Muda beli dengan office mate hiris-hiris buat ulam


Peria ni sedap sangat buat ulam, tak berapa pahit!

Ikan Uji Rashid office mate bawak goreng dekat office
Sambal Belacan office mate bawak dari rumah (before ni dia bakar belacan kat office sudah satu office gempar bau belacan hahaha)
10 Kasiat Kacang Bendi
Sayur bendi sering dijadikan pelengkap kepada hidangan kari, selain dinikmati begitu sahaja sebagai ulam atau digoreng bersama cili. Tumbuhan yang berasal dari Afrika Tengah ini banyak ditanam di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Secara teknikal, bendi diklasifikasikan sebagai sayuran buah yang berlendir. Lendir daripada sayur bendi turut digunakan untuk memekatkan sos tomato. Tahukah anda akan kebaikan sayur ini daripada sudut kesihatan? Artikel ini akan membincangkan 10 khasiat sayur bendi

1. Mengawal gula dalam darah
Seperti kebanyakan tumbuhan lain, bendi juga tinggi dengan kandungan serat. Serat membantu mengawal paras gula dalam darah dengan memperlahankan penyerapan gula daripada usus. Selain itu, fungsi ini juga berpotensi mencegah kerosakan buah pinggang, memandangkan kebanyakan penyakit buah pinggang berpunca daripada kencing manis yang tidak dikawal

2. Merawat masalah penghadaman
Lenggai sayur bendi yang belum matang mengandungi polisakarida. Polisakarida ialah karbohidrat yang turut mempunyai sifat anti-lekat. Di dalam sistem penghadaman manusia, polisakarida ini membantu mencegah bakteria daripada melekat pada tisu perut, sekaligus mengelakkan pembiakannya. Sebagai contoh, komponen ini dapat mencegah pembiakan Helicobacter pylori yang berisiko menyebabkan gastritis dan ulser perut

3. Meningkatkan kesihatan kulit
Lima batang sayur kacang bendi mampu membekalkan 11 miligram vitamin C, iaitu bersamaan 16% daripada saranan pengambilan vitamin C harian bagi orang dewasa. Vitamin C ialah salah satu antioksidan yang membantu proses pertumbuhan dan pembaikan tisu kulit. Oleh sebab itu, bendi mampu melambatkan proses penuaan kulit, di samping melindungi tubuh kita daripada kerosakan akibat radikal bebas

4. Membantu proses pembekuan darah
Selain vitamin C, kacang bendi juga merupakan salah satu sumber vitamin K yang baik. Tubuh kita memerlukan vitamin K bagi menjalan proses pembekuan darah. Individu yang sering mengalami pendarahan gusi dan hidung atau aliran haid yang berlebihan mungkin mempunyai komposisi darah yang cair. Sumber vitamin K dapat memperbaiki kebolehan tubuh untuk memastikan proses pembekuan darah yang efisien

5. Meningkatkan kesihatan jantung
Kandungan serat larut di dalam sayur bendi berfungsi untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah. Perkara ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, bendi juga mengandungi pektin yang berupaya mengubah suai penghasilan asid hempedu di dalam usus, dan seterusnya turut membantu mengurangkan kolesterol

Selain itu, kandungan polifenol dalam sayur bendi berupaya mengurangkan penanda keradangan yang dikaitkan dengan penyakit jantung

6. Memperbaik daya penglihatan
Vitamin A dan beta-karotena merupakan nutrien penting dalam memastikan kesihatan mata dan penglihatan. Sayur bendi merupakan sumber vitamin A yang baik! Di samping itu, kandungan ini juga mampu mencegah masalah kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan

7. Mengurangkan risiko kanser
Terdapat sejenis komponen yang terkandung di dalam kacang bendi dan dikenali sebagai lektin. Lektin mampu mencegah pembentukan sel kanser. Satu kajian tabung uji terhadap sel kanser payudara membuktikan bahawa lektik dalam sayur bendi dapat mengurangkan pertumbuhan sel tersebut sehingga 63%. Ekstrak sayur bendi juga didapati menyebabkan kematian sel kanser

Namun begitu, kajian lebih mendalam terhadap tubuh manusia masih diperlukan bagi membuktikan khasiat ini

8. Baik untuk ibu mengandung
Salah satu nutrien penting bagi wanita mengandung ialah vitamin B9 atau folat. Pengambilan folat yang mencukupi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang akan membantutkan perkembangan otak dan tulang belakang fetus yang sedang membesar. 100 gram kacang bendi dapat membekalkan kira-kira 15% daripada keperluan folat harian wanita

9. Mencegah osteoporosis
Di samping membantu proses pembekuan darah, kandungan vitamin K dalam sayur bendi juga berfungsi untuk mencegah masalah tulang seperti osteoporosis. Selain kalsium, vitamin K juga berpotensi menguatkan tulang serta mencegah keretakan

10. Mencegah stres
Melalui kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal, ekstrak kacang bendi didapati mempunyai kesan antioksida dan anti-stres. Pengurusan tahap stres juga merupakan salah satu langkah penting dalam mengawal paras gula dalam darah. Stres pada tahap yang tinggi dan berpanjangan berisiko menaikkan paras gula

Diharapkan artikel khasiat kacang bendi ini akan memberikan sedikit sebanayak pengetahuan kepada para pembaca kepada kebaikan sayur ini

Sumber : Khasiat Kacang Bendi

Kandungan Dan Khasiat Peria Katak
1. Polyphenols dan Flavanoid

Polypehols dan flavonoid ini merupakan kandungan yang bertanggungjawab memberikan sifat antioksidan selain kandungan vitamin C. Kandungan polyphenols ialah sebanyak 257.06mg namun akan meningkat ketika peria katak ini mencapai usia matang

2. Saponins
Rasa pahit peria katak adalah berpunca daripada kandungan saponin ini. Saponin ini juga mempunyai kesan seperti mampu mengurangkan bacaan gula di dalam darah serta mampu membaik pulih kerintangan insulin


3. Terpenoids
Terpenoids atau juga dalam bahasa kimia dikenali sebagai isoprenoids. Terpenoids juga mempunyai fungsi sebagai pemberi rasa pahit pada peria katak ini. Kajian mengatakan tumbuhan yang mempunyai terpenoids mempunyai sifat anti-kanser dan juga anti-kulat

10 Khasiat Peria Katak Pada Kesihatan
1. Mampu mengawal bacaan gula di dalam darah
Kandungan saponin dan terpenoids mampu menggurangkan bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis. Saponin dan terpenoids boleh membantu pergerakan gula dalam darah ke sel bagi proses penjanaan tenaga

Selain itu, saponin dan terpenoids juga mampu membantu penyimpanan dan pemprosesan gula di dalam hati dan otot. Kajian terhadap pesakit kencing manis, mampu mengurangkan bacaan gula dalam darah dan bacaan HbA1c


Peria katak juga membantu penghasilan insulin, dimana insulin yang bertanggungjawab menukarkan gula kepada tenaga seteusnya dapat seimbangkan bacaan gula dalam darah

Artikel Berkaitan: Punca Kencing Manis dan Rawatan
2. Rendah indeks glisemik
Indeks glisemik merupakan bacaan dari 1-100. Di mana bacaan ini digunakan sebagai aras untuk mengetahui kadar cepat atau lambat makanan tersebut untuk menaikkan gula di dalam darah

Terdapat makanan yang menyebabkan gula naik terlalu cepat di dalam darah, iaitu makanan indeks glisemik tinggi. Terdapat 3 kategori indeks glisemik iaitu rendah (1-55), sederhana (56-70), dan tinggi indeks glisemik melebihi nilai 70. Bagi peria katak ini ialah indeks glisemik rendah iaitu bawah nilai 55


Oleh kerana itu, peria katak sering dikatakan sesuai diambil oleh pesakit kencing manis disebabkan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Dimana, pesakit kencing manis disyorkan mengambil makanan yang rendah indeks glisemik

3. Mempunyai kesan kepada kolesterol jahat
Pengumpulan kolesterol boleh menyebabkan pengumpulan plak pada salur darah yang akan menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk pam darah. Hal ini akan menyebabkan jantung berisiko mendapat sakit jantung serta berisiko mendapat strok sekiranya keadaan lebih teruk

Kajian mendapati, ekstrak peria katak mempunyai kesan penurunan kolesterol jahat iaitu LDL kolesterol serta trigliserida. Kajian lain mendapati ektrak peria katak mampu mengurangkan kolesterol berbanding plasebo. Semakin tinggi ektrak peria katak, semakin tinggi penurunan kolesterol

Namun, kajian terhadap manusia diperlukan dengan lebih meluas kerana kajian sangat terhad kepada haiwan sahaja


Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi dan Rawatan
4. Mempunyai sifat anti-kanser.
Kajian mendapati peria katak mempunyai sifat anti- kanser. Dalam satu kajian tabung uji dilakukan terhadap ekstrak peria mampu membunuh kanser sel perut, colon, paru-paru dan nasopharynx

Kajian lain juga mendapati peria katak boleh membantutkan pertumbuhan sel kanser dan pembiakan sel kanser payudara serta membantu mematikan sel kanser

Namun begitu, kajian ini hanyalah dilakukan menggunakan ekstrak peria katak yang sangat tinggi terhadap sel individu di dalam makmal. Malah, kajian ini memerlukan kajian yang lebih menyeluruh dan terhadap manusia

5. Menggurangkan keradangan
Peria katak mempunyai sifat anti-keradangan. Anti keradangan mampu menggurangkan radang pada tubuh badan. Peria katak mempunyai polyphenols yang memberi sifat anti-keradangan. Satu kajian mendapati kesakitan terhadap osteoarthritis berkurangan setelah mengambil 3 kapsul yang berdos 500mg peria katak setiap satu kapsul

Kajian ini juga menunjukkan keputusan positif terhadap kecederaan lutut berbanding plasebo setelah dilakukan selama 3 bulan

6. Kaya dengan antioksidan
Peria kata juga dikatakan mempunyai sifat antioksidan. Hal ini kerana peria katak sangat kaya dengan vitamin C, vitamin A,E dan B. Ianya juga kaya dengan flavonoid, pehnolics dan carotenlids. Ketinggian antikosidan sejajar dengan rasa pahit disebabkan terdapat kandungan flavonoid, terpenes, isoflavones dan glucosinolate

Disebabkan peria katak tinggi denga fitokimia, rasa pahit tersebut menyebabkan peria katak mempunyai tinggi sifat anti-oksida

7. Kaya dengan sumber serat
Peria katak adalah sumber serat bagi manusia. Serat berfungsi mengawal paras gula dalam darah serta memberi rasa kenyang yang lebih lama dan disarankan mengambil serat bersama karbohidrat dan protein agar mendapat kesan yang efektif. Saranan pengambilan serat ialah 25-30g sehari

Malah, 1 genggam peria katak mempunyai 1.1g serat. Serat juga mempunyai kelebihan dengan membantu penghadaman agar lebih lawas

8. Menggurangkan simptom asma
Asma dan juga chronic obstructive pulmonary disease (COPD) adalah disebabkan oleh laluan udara yang sempit dan menyebabkan kesukaran bernafas. Untuk menggurangkan simptom ini, bronchodilator akan digunakan atau lebih dikenali sebagai inhaler

Fungsinya ialah untuk membuka ruang laluan udara dengan memberi kesan ‘relax’ kepada otot. Namun, satu kajian ke atas peria katak mendapati ianya mampu memberikan kesan ‘relax’ kepada otot. Dan seterusnya menggurangkan simptom asma

9. Mampu mengurangkan berat badan
Peria katak dikatakan mampu memberikan khasiat seperti pengurangan berat badan dan pemendapan lemak. Pemendapan lemak selalunya berlaku pada pelvis, pinggul dan peha bagi perempuan dan perut bagi lelaki. Masalah selulit juga merupakan pemendapan lemak pada tubuh badan

Kajian pada tikus mendapati diet 0.75% peria katak mampu mengurangkan berat badan dan penurunan lemak visera. Kajian lain juga mengatakan peria katak diambil 2ml sehari mampu mengurangkan lemak viscera dan menurunkan hormon leptin

Bagi orang yang mengalami obesiti, kerintangan leptin sering berlaku dan pengurangan leptin perlu bagi menurangkan berat badan. Jadi dengan pengurangan hormon leptin ini mampu membantu mengurangkan berat badan. Namun harus diingatkan bagi yang tiada masalah obesiti mekanisma leptin amat berbeza

10. Mengubati malaria
Peria katak telah digunakan di negara Afrika sebagai perubatan tradisional sebagai ubat untuk malaria. Kajian dilakukan pada tikus diberikan 50mg, 100mg dan 200mg berat badan tikus. Namun, dos yang tertinggi iaitu 200mg setiap berat badan yang memberikan kesan positif terhadap malaria

Namun, kajian ini hanya dilakukan kepada tikus dan belum ada kajian yang meluas tentang dos yang tepat kepada manusia

sumber : Khasiat Peria Katak

Anda layan tak menu macam ni? Makan tambah berselera dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba!
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


  ~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2022/11/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Favourite Dekat Ayam Penyet Express

Menu Favourite Dekat Ayam Penyet Express

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Pembaca semua Kali ini Bonde nak kongsikan Menu Favourite Dekat Ayam Penyet Express Menu Favourite Dekat Ayam Penyet ExpressDi seluruh kepulauan Indonesia seseorang boleh menemui pelbagai jenis budaya ...
Jumlah Calon Ph Paling Dekat Dengan Komposisi Kaum Di Malaysia

Jumlah Calon Ph Paling Dekat Dengan Komposisi Kaum Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 220 hits
BORHAN AHMADBerdasarkan komposisi kaum di Malaysia calon yang dinamakan oleh Pakatan Harapan adalah paling hampir dengan komposisi kaum berkenaan berbanding parti parti lain Bahkan Harapan menamakan calon Melayu Bumiputra dan India lebih da...
Hari Pernikahan Sudah Dekat Ini 4 Cara Supaya Kamu Tak Merasa Stress

Hari Pernikahan Sudah Dekat Ini 4 Cara Supaya Kamu Tak Merasa Stress

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 120 hits
Berbagai cara ini bisa bantu kamu kurangi rasa stress saat menghadapi sebuah pernikahan Penasaran
Pelanggan Tertinggal Sepapan Telur Dekat Homestay Lepas Seminggu Telur Menetas Jadi Anak Itik

Pelanggan Tertinggal Sepapan Telur Dekat Homestay Lepas Seminggu Telur Menetas Jadi Anak Itik

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 216 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONTular satu video mencuit hati apabila sepapan telur yang didakwa ditinggalkan seorang pelanggan di sebuah homestay di Kedah tidak disangka telah menetas menjadi anak itik Perkara lucu itu dikongsikan pemilik homestay Z...
Tengok Perut Dekat Cermin Macam Hamil 4 Bulan Uyaina Akui Struggle Dapat Berat Asal

Tengok Perut Dekat Cermin Macam Hamil 4 Bulan Uyaina Akui Struggle Dapat Berat Asal

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 155 hits
Selepas melahirkan anak sulung Raja Urhan pada 8 September yang kini menginjak usia 2 bulan Uyaina Arshad nampaknya dah kembali aktif bekerja semula Terbaru pelakon dan pengacara ini telah membuka sesi soal jawab bersama pengikutnya di ruan...
Abang Nak Satu Karipap Boleh Ramai Terhibur Melihat Gelagat Shila Minta Karipap Dekat Tok Ram

Abang Nak Satu Karipap Boleh Ramai Terhibur Melihat Gelagat Shila Minta Karipap Dekat Tok Ram

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 247 hits
Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan di tiktok shilalas united dimana beliau dengan sopan meminta karipap kepada Dato Ramli MS ketika rehearsal Perkongsian ini mendapat perhatian ramai terutamanya di tiktok kerana sikap yang dit...
Para Pemimpin Dunia Ogah Berada Di Dekat Vladimir Putin Saat Ktt G20

Para Pemimpin Dunia Ogah Berada Di Dekat Vladimir Putin Saat Ktt G20

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 151 hits
Para pemimpin negara G20 dilaporkan ogah berada di dekat Presiden Rusia Vladimir Putin saat foto bersama para kepala negara yang hadir dalam konferensi tingkat tinggi G20 di Bali
Lunch Di Ayam Penyet Sungei Wang Plaza

Lunch Di Ayam Penyet Sungei Wang Plaza

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum Jom sambung lagi cerita lepas pi Ampang Point tu kami bertiga terus ke Sungei Wwang Plaza sebab uncle nak buat spec mata sama macam mama dah cakap dah buat sekali Jumaat tu tapi x nak so pergi la kami ke kedai ProVision Eyec...
Ulu Bendul Lunch Date

Ulu Bendul Lunch Date

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 100 hits
Kali ini saya hendak kongsi tempat makan menarik dan sedap di Ulu Bendul Okay let s go Zaini Salai House Ulu BendulAsalnya mahu ke tempat lain di Ulu Bendul Tapi sangatlah crowded dan beratur untuk masuk restaurant Maka hubby u turn balik k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025