Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal terkemuka kegemaran Malaysia, Marrybrown®, menyambut Tahun Baru Lunar dengan membawa kembali menu bermusimnya, Egg-stra Ong! Mulai hari ini, pelanggan di seluruh negara dapat menikmati hidangan yang lazat dengan limpahan sos telur masin dan rempah ratus yang pasti menggamit selera
Menu Egg-stra Ong Kembali Di Marrybrown®
“Tahun Baru Lunar mengumpul generasi keluarga bagi meraikan permulaan baharu yang penuh dengan harapan. Tahun ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali hidangan istimewa kami iaitu Egg-stra Ong, yang bukan hanya sekadar hidangan tetapi ia merupakan sebahagian daripada tradisi perayaan yang menyatukan kekeluargaan” kata Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®
Dilimpahi dengan sos telur masin yang enak dengan gabungan rempah ratus, Egg-stra Ong direka untuk menambat selera dan mencipta pengalaman pemakanan yang sempurna. Gabungan dengan pelbagai pilihan yang menarik, pelanggan boleh menikmati
●Egg-stra Ong Mashed Bowl (harga bermula dari RM6.88): Kentang lenyek berkrim yang dilimpahi sos telur masin dan ketulan ayam●Egg-stra Ong Spicy Burger Combo (harga bermula dari RM18.38): Dihidangkan dengan kentang goreng dan jus oren Minute Maid®●Egg-stra Ong Chicken Combo (harga bermula dari RM20.38): Pilihan 2 atau 3 ketul ayam, dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad sayur●Egg-stra Ong Box Meal (harga bermula dari RM24.88): 1 ketul Ayam Egg-stra Ong, Egg-stra Ong Spicy Burger, kentang goreng bersaiz regular, dan jus oren Minute Maid®●5-pc Ong Bucket (harga bermula dari RM55.88): Sesuai untuk majlis keluarga, menampilkan 5 ketul Ayam Goreng MB® dengan sos telur masin, 4 keping Chicken Fillet, 6 ketul Nuggets, dan tiga cawan jus oren Minute Maid®
Menu Egg-stra Ong Kembali Di Marrybrown®
Menu Egg-stra Ong Kembali Di Marrybrown®
Menu Egg-stra Ong Kembali Di Marrybrown®
Menu Egg-stra Ong Kembali Di Marrybrown®
“Dalam budaya Malaysia, makanan adalah simbol kegembiraan di setiap perayaan. Menu dengan kelazatan telur masin yang dapat mengeratkan kemesraan dan mencipta kemeriahan tahun baru lunar dengan setiap hidangan di musim perayaan ini,” kata Encik Daniel
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan objektif untuk menyediakan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi bagi menikmati pengalaman dan pemakanan yang sempurna.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rafzantomomi.com/2025/01/egg-stra-ong-marrybrown.html