Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew Co
Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co | Assalamualaikum semua.. Dah makan tengah hari ke tu?? Kalau belum, ni ha sis nak ajak makan tengah hari dengan sis. Tapi jauh sikit la lokasi dia dari Kuala Lumpur. Dalam sejam perjalanan gitu. Actually takde la jauh sangat. Lagipun apa salahnya kita kongsikan tempat yang di luar kawasan KL ni. Mana la tau korang ada outstation ke atau macam sis ni ramai juga kawan-kawan kat area sana. Boleh la jadi port untuk berjumpa nanti
Restoran yang sis maksudkan adalah Brew & Co yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Macam pernah dengar kan Bandar Sri Sendayan ni. Ya, kat sini la terletaknya Masjid Sri Sendayan yang viral tu. Tapi sayang, tak sempat pulak pergi hari tu. Takpe, next time kalau ada lagi ke Negeri Sembilan, InshaAllah akan singgah lagi ke sini
Bila melangkah masuk ke dalam restoran, memang rasa tenang je. Restorannya luas dan terasa tenang dengan alunan muzik yang mendamaikan. Apa yang menarik mengenai restoran ini ialah terdapat beberapa ruang makan yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Ada konsep meja makan, sofa santai, dan juga ruang dalam bilik yang sesuai jika ingin adakan mesyuarat. So, boleh la ajak bos ke client meeting lunch kat sini kan
Kenapa sis asyik sebut pasal lunch je? ha, sebenarnya sis nak kongsikan menu baru untuk lunch di restoran Brew & Co ni. Serius sis cakap menu-menu baru ni menarik dan sedap. Yang seronoknya ada banyak pilihan tak kira sama ada kita nak makanan yang berat mahupun nak makan ringan-ringan je. Ye la, mana tau ada yang diet kan. So, takde la dia tengok je kita makan. Ok, meh tengok menu yang ada di Brew & Co :
1) Wild Mushroom Rice Pilaf - Nasi pilaf yang dimasak bersama cendawan liar. Memang sedap sebab sis memang suka cendawan liar ni. Siap ada telur dadar sekali tau. Memang gabungan yang enak dan sedap
2) Chicken Rendang with Rice - Tekak melayu?? jangan risau. Kat sini pun ada nasi dengan ayam rendang. So tak perlu nak tunggu raya je nak kena makan rendang. Hari-hari biasa pun boleh di Brew & Co
3) Fish and Chips - Kalau tak nak makan nasi, boleh pilih hidangan ringan seperti Fish and Chips. Mereka menggunakan white fish fillet yang rangup dan gebu di dalam. Bukan tu je, fries pun banyak dan sedap bila dicicah dengan garlic sauce. Memang hidangan yang mengenyangkan
4) Chicken Rendang Burger with Potato Salad - Ha, yang ni memang rare. Pernah makan burger dengan ayam rendang? Kalau tak pernah, boleh la cuba menu ni. Isi ayam yang disalut dengan kuah rendang dan diapit dengan charcoal bun memang menu yang wajib cuba kalau datang ke sini. Portion dia pun besar. Siap ada potato salad lagi
5) Chicken Croissant with Salted Egg With Potato Salad - Peminat telur masin?? ha, ni menu yang korang boleh order. Isi ayam yang disalut dengan telur masin dan disumbat ke dalam croissant dan dihidangkan dengan potato salad. Sedappp.
6) Chef Sam's Assam Laksa - Kalau nak pilih makanan yang berkuah boleh la cuba menu assam laksa ni. Ye la musim-musim hujan ni sedap jugak kalau menghirup kuah yang panas kan. Pulak tu assam laksa ni ada isi ikan mackerel yang besar-besar dan banyak. Puas hati tauu.
7) Coconut Pandan Waffles with Kaya - Tak kenyang lagi?? Takpe, apa kata order coconut pandan waffles with kaya ni. Menarik kan warna hijau gitu. Tapi jangan risau, rasa dia takde la pelik pun. Sedap lagi ada.
8) Red Velvet Chocolate Waffles - Kalau Coconut Pandan Waffles warna hijau, yang red velvet ni warna merah. Walaupun waffles sis rasa macam makan kek red velvet je.. sedap dan gebus tau.
9) Mango Mimosas - Air minuman yang ada hirisan mangga di dalamnya.. sedikit masam tetapi menyegarkan.
10) Peanut Butter Latte - Selalu peanut butter sapu kat roti kan. Ha, yang ni dibuat air pulak. Tak sangka sedap juga rasa dia. Siap ada taburan kacang lagi kat atasnya
11) Rose Charcoal Latte - Siapa datang ke Brew & Co wajib order Rose Charcoal Latte ni. Minuman yang unik. Gabungan charcoal dan rose menjadikan rasanya yang unik dan sedap.
12) Berries Fruit Tea - Campuran pelbagai jenis buah buah berries dan dibancuh dengan mogambo tea. Rasanya sedikit masam-masam manis
13) Hawaii Fruit Tea - Campuran pelbagai jenis buah topikal seperti passion fruit, laici, nenas dan kiwi. Gabungan yang pasti memberi rasa yang menyegarkan ketika minum
Ha, best kan menu-menu kat sini. Gabungan makanan Asia dan juga Western. Bagi sis menu kat sini jarang boleh didapati di restoran-restoran lain. Tak sia-sia datang ke sini dan mencubanya. So, kalau korang ada kelapangan dan ingin mencari lokasi yang sesuai untuk lunch bersama keluarga, kawan-kawan ataupun lunch meeting with client boleh la datang ke Brew & Co. Boleh rujuk info di bawah untuk maklumat lanjut :
Alamat :Brew & CoPT 12653, Jln Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri SendayanSeremban
Waktu (Lunch Menu) :12pm - 5pm setiap hari
Facebook :www.facebook.com/brewnco.official/
Instagram :www.instagram.com/brewnco.official
Tel :012-918 5236
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2019/10/menu-baru-untuk-lunch-di-restoran-brew.html