Menteri Perdagangan India Enggan Bertemu Darell Leiking




Menteri Perdagangan India, Piyush Goyal menolak pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia berhubung isu kelapa sawit dengan memberi alasan amat ‘sibuk’.
Laporan sebelum ini menyatakan Kementerian Perdagangan dan Industri India telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa telah meminda status import minyak sawit bertapis daripada ‘bebas’ kepada ‘terhad.’
Agensi melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking bercadang bertemu Piyush pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2020 namun ditolak.
Menurut jurucakap Piyush, menteri itu sangat sibuk dengan jadual yang terlampau ‘ketat’ ketika WEF di Davos-Klosters, Switzerland sehingga begitu ‘sukar’ untuk mengadakan pertemuan atau perbincangan dengan Darell.
Malah Reuters melaporkan terdapat wakil kerajaan Malaysia yang mendakwa ada kemungkinan Piyush dan Darell bertemu di luar WEF bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh wakil India.
India dikatakan mula mengadakan pelbagai sekatan import dan eksport ke atas Malaysia, termasuk menyekat kemasukan peralatan mikroproses dan telekomunikasi dari Malaysia.
Ia dilihat sebagai tindak balas perdagangan pertama India terhadap Malaysia berhubung pendirian politik yang dikatakan ‘mencampuri’ urusan mereka.
Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk terus bersuara mengenai dasar kerajaan India termasuk mengkritik pembatalan status semi-autonomi Kashmir yang merupakan antara isu sensitif antara negara itu dan Pakistan.
Dr. Mahathir juga mengkritik India yang memperkenalkan undang-undang kewarganegaraan yang dianggap anti-Islam.
India dikatakan kecewa dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang enggan mengekstradisi pendakwah, Dr Zakir Naik atas dakwaan penggubahan wang haram serta aktiviti keganasan.
Pada 2019, Malaysia mengeksport kira-kira 4.4 juta tan minyak sawit ke India.
Jumlah kuantiti eksport minyak sawit bertapis Malaysia ke India adalah kecil, kira-kira AS$300 juta setahun.
Sehubungan itu, sebarang tindakan seperti sekatan yang dikenakan terhadap pengimport minyak sawit India bagi pembelian komoditi Malaysia itu hanya memberi impak minimum kepada Malaysia, kata penganalisis.
Niaga hadapan sawit Malaysia diniagakan mendatar menyebabkannya mencatatkan penurunan mingguan tertinggi sejak 2012 apabila sekatan import India ke atas produk bertapis mempengaruhi pergerakan pasaran beberapa hari lepas.
Kontrak penanda aras sawit bagi penghantaran April di Bursa Malaysia Derivatives hampir tidak berubah pada RM2,886, paras terendahnya dalam sebulan.
Penurunan 7.9 peratus minggu ini adalah yang terbesar sejak September 2012.
India yang juga merupakan pengguna minyak masak terbesar dunia, mengehadkan import ke atas produk sawit bertapis pada minggu lalu dan secara tidak rasmi mengarahkan peniaga supaya mengelak melakukan pembelian dari Malaysia.
Langkah itu dijangka mewujudkan cabaran besar kepada Malaysia, kerana India adalah pasaran terbesarnya sejak lima tahun lalu.
Penanda aras harga sawit tidak akan meningkat di atas RM3,300 satu tan pada separuh pertama 2020 dan rali baru-baru ini menyebabkan kelebihan daya saingnya berbanding minyak masakan lain berakhir, kata penganalisis industri, James Fry.
Harga sawit mungkin jatuh ke paras RM2,818 satu tan, kerana ia melepasi sokongan RM2,911, kata penganalisis Reuters, Wang Tao. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/20/menteri-perdagangan-india-enggan-bertemu-darell-leiking/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dagangan Minyak Sawit Bernilai Rm1 4 Bilion Jadi Mangsa Kemarahan India

Dagangan Minyak Sawit Bernilai Rm1 4 Bilion Jadi Mangsa Kemarahan India

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 233 hits
Gambar hiasanKUALA LUMPUR Minyak kelapa sawit menjadi mangsa dalam pertikaian diplomatik antara India dan Malaysia New Delhi secara tiba tiba mengehadkan import minyak kelapa sawit pada bulan ini selepas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Maha...
Punya 22 Varian Di India Tapi Kia Hanya Jual 3 Varian All New Seltos Di Indonesia

Punya 22 Varian Di India Tapi Kia Hanya Jual 3 Varian All New Seltos Di Indonesia

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 253 hits
Akhirnya All New Kia Seltos diluncurkan di Jakarta kemarin untuk meramaikan pasar otomotif Indonesia di awal 2020 Mobil sport utility vehicle kompak ini diimpor secara utuh dari India Namun PT Kreta Indo Artha pemegang merek mobil Kia di In...
Bilateral Meet With India Falls Through Due To Busy Schedule Miti

Bilateral Meet With India Falls Through Due To Busy Schedule Miti

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 248 hits
The International Trade and Industry Ministry today revealed that the proposed bilateral meeting initiated by India which was targeted for this week has fallen through due to both parties busy schedule The Indian Ministry of Railways and Co...
Lebih 3000 Tan Minyak Sawit Malaysia Bertapis Disekat Di Pelabuhan India

Lebih 3000 Tan Minyak Sawit Malaysia Bertapis Disekat Di Pelabuhan India

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 441 hits
Beribu ribu tan minyak sawit bertapis tertangguh atau tersekat di pelabuhan di India selepas pengimport terbesar minyak makan dunia itu mengenakan sekatan ke atas import berikutan ketegangan diplomatik dengan Malaysia kata beberapa sumber k...
Cina Marah India Baby Boomers Sebab Tegur Budak Melayu Hahahaha

Cina Marah India Baby Boomers Sebab Tegur Budak Melayu Hahahaha

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 502 hits
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming menegur Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berhubung kenyataannya terhadap Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ong berkata tindakan Ramasamy men...
Polis India Pukul Penumpang Lelaki Yang Berada Di Coach Wanita Dalam Keretapi

Polis India Pukul Penumpang Lelaki Yang Berada Di Coach Wanita Dalam Keretapi

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 453 hits
Ohmedia rasa bukan negara India je patut kena ajar macam ni tetapi negara kita pun sama sebab ramai lelaki yang masih tak faham bahasa berada di coach wanita dalam KTM Betul tak gais Cuba korang tengok video dekat bawah ni Polis India memuk...
Sengketa Natuna Tak Pengaruhi Perdagangan Indonesia Dengan China

Sengketa Natuna Tak Pengaruhi Perdagangan Indonesia Dengan China

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 276 hits
Wakil Menteri Perdagangan Jerry Sambuaga mengatakan jika terbukti terjadi pelanggaran di Natuna hal itu perlu ditindak Namun perdagangan antar kedua negara tetap berjalan seperti biasanya atau tidak terpengaruh sama sekali
Indonesia To Increase Imports From India Amid New Delhi Putrajaya Spat

Indonesia To Increase Imports From India Amid New Delhi Putrajaya Spat

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 283 hits
Indonesia the world s biggest palm oil producer and exporter is expected to be the biggest beneficiary of India s row with Malaysia KUALA LUMPUR Indonesia has agreed to immediately increase imports of Indian buffalo meat sugar and auto part...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Mak Tak Bagi Main Mercun Luar Rumah Be Like

Rahasia Sukses Memanfaatkan Promo Takbiran Di Pialasport

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Dap Youth Defends Pending Rep Amid Push For Resignation

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat