Menteri Patut Tahu Kisah Keperitan Upah Penoreh Getah


 Aku x tahu siapa penulis artikel di bawah ini..aku dpt dr perkongsian srg shbt dlm salah satu grp wsp. 


Abaikan satu dua elemen politik dlm artikel tu kalau ianya membuatkan korang rasa jengkel bila membacanya.


Aku x pernah menoreh getah dan x pasti setepat mana coretan di bawah ini. Org yg ada pengalaman mgkn blh Komen...


Apapun....walau mgkn tidak semua fakta Itu tpt sekalipun, kisah ini amat memberi keinsafan kpd aku.
Harap kisah ini sampai kpd pihak yg selayaknya agar tindakan sewajarnya dpt diambil...


Atau....
Nak cpt forward jer kpd UEL..dlm sehari dua insyaAllah menyusullah dia bersama teamnya.


Selamat membaca...!!!


#######################


Dalam musim hujan ni, orang motong terpaksa memerah kudrat dua kali ganda. Hilanglah semua waktu bergembira bersama keluarga. Selepas motong selesai jam 12- 1 tengahari mereka laki bini akan balik ke rumah memasak untuk keluarga, makan apa saja yang ada di dapur. Suami pula menjemput- mengantar anak ke sekolah.


Selesai solat zohor, mereka ke kebun lagi, menjinjing baldi meletakkan ubat 'garam' ke setiap pot, supaya susu segera beku menjadi sekerap. Zaman dulu guna cuka, sekarang tidak lagi. Jika hujan turun sekitar jam 3 seperti hari ini, mereka akan basah lokoih (kuyup) dalam kebun, kerja membekukan getah perlu diteruskan juga. Jika tidak, susu bercampur air hujan akan memutih di permukaan tanah, kalau tidak hanyut lenyap bersama aliran air ke parit. Punah ranahlah kerja keras sejak subuh tadi.


Kalau kebun jauh dari rumah, mereka tidak balik lagi sehingga petang. Minyak motor perlu dijimatkan, untuk esok dan lusa. Berlabuhlah laki bini di perdu getah sambil mengibas nyamuk, hingga titisan susu di pancuran berhenti, sebelum ubat beku dititipkan. 


Anak-anak sekolah dikirimkan saja kepada jiran atau kawan. Di rumah, anak-anak yang belum mengerti itu diserahkan saja pada diri mereka sendiri, makanlah sisa nasi dan ikan masin semalam di bawah saji. Uruslah diri sementara  ibu ayah pulang menjelang petang. Jika tiada sisa semalam, menyanyilah perut anak-anak menunggu nasi mendidih malam nanti untuk mengalas perut dengan ikan tamban masin, cabai dan ulam dipetik dari semak di kebun.


Motong di kebun seluas 6 relong milik orang, dengan harga yang kian parah -RM1.70 sekilo, dapatlah habuan mereka sekeluarga RM213.55 sebulan! Saya ulangi kedaifan orang motong waktu ini...RM213.55 SEBULAN!!! Ada pemilik kebun yang pemurah, dicabut sedikit bahagiannya bersedekah kepada orang motong. Itupun jika dia punya sumber lain-  jika tidak, memiliki harta seluas itu tidak punya makna, apatah lagi yang tidak memiliki apa-apa.


Kak Na yang berhujan lokoih beberapa kali di kebun, demam sudah beberapa hari. Sejak itu, Abg Li seorang saja ke kebun, Kak Na tak dapat keluar rumah. Ke klinik berubat pun tidak mampu, hanya menelan panadol dan ubat 'cap tiga kaki' menunggu kebah! Demikian rutin orang motong menjalani hidup, menunggu fajar esok untuk ke kebun lagi.


Menteri mana, pegawai tinggi dari agensi apa, yang memahami situasi kedaifan ini? Menteri mana, pegawai tinggi agensi apa yang pernah melalui semua ini untuk dapat menjiwai peritnya hidup orang motong ketika ini. 


Masih bersisakah  titisan air mata mereka untuk bergenang, atau sisa air liur bercampur menu lazat di hotel untuk tersangkut di kerongkong mereka,  merenung ke lubuk hidup orang motong nun jauh terperosok di pinggir rimba! 


Tolong jangan ungkit waktu harga sekerap RM7 sekilo, kerana kami tidak pernah kaya sedikitpun dengan harga itu, kami tidak pernah sekalipun pergi melancong atau menjejak kaki ke Suria KLCC dengan duit sekerap waktu itu. Kami hanya pernah menikmati tomyam dengan ikan siakap masak 3 rasa, di restoren orang Pattani di Pekan Jeniang dua tahun lalu. Tidak lebih daripada itu! Hanya waktu itulah anak-anak kami bertukar baju seluar dari pasar malam. Kini semuanya lusuh semula.


Demikian kehidupan orang motong ketika ini, sekerap sekilo RM1.70, ikan temenung sekilo RM15. Anak-anak orang motong, waktu rehat di sekolah, mereka berlari ke sana ke mari, hingga loceng berbunyi... keletihan lebih mudah dilalui daripada perit menelan air liur kosong pahit kalau menjengok anak orang berduit di kantin.... 


..Sekerap aku pun tidak sempat beku hari ini....






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/menteri-patut-tahu-kisah-keperitan-upah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penoreh Getah Maut Gaduh Dengan Anak Saudara

Penoreh Getah Maut Gaduh Dengan Anak Saudara

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 304 hits
SAC ANUAR OTHMANIPOH Seorang penoreh getah maut akibat kecederaan parah di kepala setelah dihentak dengan batu bata dalam pergaduhan di Kampung Plang dekat Gerik hari ini Mangsa Halim Bahari 61 yang mengalami kecederaan pecah kepala disahka...
Penoreh Getah Tidak Mengaku Salah Lakukan Ugutan Jenayah Terhadap Ibu Kandung

Penoreh Getah Tidak Mengaku Salah Lakukan Ugutan Jenayah Terhadap Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 232 hits
KUALA KANGSAR Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya minggu lalu Tertuduh Fadzir Mohd Zamhari 48 yang masih bujang membuat pengakuan tidak ...
Nasib Penoreh Getah Tapak Binaan Patuh Sop Tumpuan Dewan Rakyat Rabu

Nasib Penoreh Getah Tapak Binaan Patuh Sop Tumpuan Dewan Rakyat Rabu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Langkah kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah pendapatan golongan penoreh getah dan jumlah tapak pembinaan di seluruh negara yang mematuhi dan ingkar prosedur operasi standard COVID 19 bakal dibincangkan pada persidangan...
Nasib Penoreh Getah Dibincangkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

Nasib Penoreh Getah Dibincangkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 264 hits
BH ONLINE Nasib penoreh getah dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini Ia sebahagian soalan yang akan ditanyakan hari ini selain mengenai tapak pembinaan yang akur dan ingkar SOP FOTO ARKIB NSTP KUALA LUMPUR Langkah kerajaan bagi membantu meny...
Ibu Cheetah Ajar Anak Memburu Photographer Nafi Kisah Palsu Ibu Rusa Korbankan Diri Untuk Selamatkan 2 Anaknya

Ibu Cheetah Ajar Anak Memburu Photographer Nafi Kisah Palsu Ibu Rusa Korbankan Diri Untuk Selamatkan 2 Anaknya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 687 hits
Baru baru ini viral di media sosial gambar seekor rusa dimakan oleh sekumpulan Cheetah semata mata untuk menyelamatkan dua ekor anaknya dari menjadi santapan haiwan pemangsa itu Sekumpulan Cheetah telah mengejar rusa betina ini dan dua ekor...
Akhir Kisah 2 Warga Rebutan Tanah Selebar 33 Cm Selama 4 Tahun

Akhir Kisah 2 Warga Rebutan Tanah Selebar 33 Cm Selama 4 Tahun

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 234 hits
Kisah dua orang warga asal Dukuh Kawis Dulang RT 18 Desa Wonokerso Kecamatan Kedawung Kabupaten Sragen yang bersengketa terkait tanah selebar kurang lebih 33 centimeter akhirnya menemui titik terang Kedua pihak memutuskan berdamai usai petu...
Kisah Pengalaman Terkena Covid19 Rasa Sakit Dada Macam Kena Tumbuk

Kisah Pengalaman Terkena Covid19 Rasa Sakit Dada Macam Kena Tumbuk

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 677 hits
KISAH PENGALAMAN TERKENA COVID19 RASA SAKIT DADA MACAM KENA TUMBUK Setiap kali baca pengalaman pesakit covid19 ni tak pernah saya tak nangis Lepas baca pengalaman orang lain terus rasa takut dan membayangkan keadaan di tempat orang tu Terus...
Kisah Seram Hospital

Kisah Seram Hospital

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 607 hits
Kisah Seram Hospital Siapa je yang tak seram bila dengar kisah seram ni Tambah lagi kisah seram hospital yang macam macam versi ada Kalau kau orang peminat kisah seram hospital mungkin suka dengan Telefilem Kisah Seram Hospital yang dah dit...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching