Menteri Jaga Projek Tebatan Banjir Wajib Segera Tampil Beri Penjelasan




 Sebagaimana ditegaskan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim beberapa kali, perkara paling penting yang menjadi keutamaannya sebaik mengambil alih kuasa ialah memastikan tidak berlaku ketirisan wang kerajaan.
Untuk itu, menyemak semula perlaksanaan projek tebatan banjir yang sebahagiannya sudah diluluskan adalah langkah awalnya ke arah itu.
Projek tersebut yang sebelum ini diberikan secara rundingan terus oleh kerajaan terdahulu diputuskan untuk disemak semula bagi ia dilaksanakan secara tender terpilih.
Ketika melawat mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini, Anwar turut menyebut projek itu akan tetap disegerakan, walau semakan semula dilakukan terhadapnya.
Semalam ketika berucap di Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK 2022) di Putrajaya, beliau sekali lagi mengulangi perkara yang sama.
Katanya, melalui proses tender terpilih untuk cadangan projek rancangan tebatan banjir (RTB) itu akan membolehkan penjimatan RM1.8 bilion kepada kerajaan.
Menurut Anwar, peruntukan RM15 bilion untuk RTB menerusi rundingan terus tanpa tender menyebabkan kos projek itu melambung tinggi.
Justeru, tambahnya, Kementerian Kewangan (MOF) diarah berunding semula dengan syarikat berkaitan untuk perlaksanaan proses tender terpilih.



“Bayangkan RM1.8 bilion boleh diselamatkan dari projek bernilai RM15 bilion.


“Ini isu tata kelola yang baik, pimpinan harus pastikan jangan ada ketirisan, ini bukan soal politik tetapi soal rakyat.
“RM1.8 bilion kalau dipulangkan kepada penjaja, bayangkan…,”ujarnya lagi.
Sebagai makluman, projek tebatan banjir yang dilaksanakan secara runding terus itu adalah di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Menterinya ketika itu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.
Nama kementerian itu bagaimana ditukar kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim selepas Anwar menjadi Perdana Menteri.
Menterinya kini ialah Nik Nazmi Nik Ahmad.
Berkaitan projek tersebut dan berikutan Anwar telah menyebutnya beberapa kali, banyak isu kini timbil dan menjadi pertanyaan rakyat untuk mengetahui kebenarannya.
Antaranya:-
1. Apa nama syarikat atau syarikat-syarikat yang dipilih secara runding terus dalam projek bernilai RM15 bilion itu?
2. Kenapa dilaksanakan secara runding terus?
3. Bagaimana kos projek itu boleh jadi sehingga RM15 bilion?
4. Bagaimana setelah kerajaan baru mengambil alih, kosnya dapat dijimatkan sehingga RM1.8 bilion?
5. Kos apa RM1.8 bilion tersebut?
Melainkan jika Tuan Ibrahim, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air sedang bercuti dan tidak berada di dalam negara ketika ini, adalah penting untuk beliau segera tampil memberi penjelasan dan menjawab semua persoalan berbangkit itu.
Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya dan meneka-neka, terutama bagaimana wang kerajaan RM1.8 bilion dapat dijimatkan itu.- ShahbudinHusin 23/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/menteri-jaga-projek-tebatan-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Tebatan Banjir Kenyataan Anwar Tolak Fitnah Rafizi Terhadap Tuan Ibrahim

Projek Tebatan Banjir Kenyataan Anwar Tolak Fitnah Rafizi Terhadap Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 186 hits
Projek tebatan banjir Kenyataan Anwar tolak fitnah Rafizi terhadap Tuan IbrahimTimbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyaman Timbalan Presiden PKR yang kini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kerana memfitnah berhubung projek te...
Penjelasan Jokowi Soal Keterlibatan Menteri Dalam Acara Pernikahan Kaesang Erina

Penjelasan Jokowi Soal Keterlibatan Menteri Dalam Acara Pernikahan Kaesang Erina

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 144 hits
Terkait keterlibatan menteri Jokowi menjelaskan sebenarnya kepanitiaan pernikahan Kaesang dan Erina lebih banyak ditangani keluarga Keterlibatan satu atau dua menteri dalam pernikahan Kaesang karena masalah protokoler
Isu Tuala Wanita Percuma Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

Isu Tuala Wanita Percuma Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 169 hits
Kemiskinan haid di negara ini walaupun tampak tidak serius namun ramai wanita yang sebenarnya tidak berkemampuan untuk membeli tuala wanita ketika datang haid Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan inisiatif yang kecil ini sebenarn...
Ambil Tindakan Segera Terhadap Pemandu Lori Gantung Permit Operasi Syarikat Lori Ini Menteri Anthony Loke

Ambil Tindakan Segera Terhadap Pemandu Lori Gantung Permit Operasi Syarikat Lori Ini Menteri Anthony Loke

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 316 hits
Ambil tindakan segera terhadap pemandu lori gantung permit operasi syarikat lori ini Menteri Anthony LokeSusulan tular luahan seorang lelaki mengenai kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu lori sehingga menyebabkan mereka kehilangan bayi...
Nak Tolong Tolong Terus Naim Daniel Selar Menteri Buat Majlis Pelancaran Bantu Mangsa Banjir

Nak Tolong Tolong Terus Naim Daniel Selar Menteri Buat Majlis Pelancaran Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 139 hits
Dikenali juga sebagai salah seorang selebriti yang berani meluahkan pandangan serta menyuarakan sesuatu perkara di media sosial Naim Daniel kali ini sekali lagi memuat naik satu ciapan memerli pihak kerajaan Melalui tweet yang dibuat di pla...
Ubat Prep Hiv Tujuan Bagus Tapi Tajuk Projek Kerajaan Ni Kenapa Di Fokuskan Pada Gay Tak Elert Lagi Ka Menteri

Ubat Prep Hiv Tujuan Bagus Tapi Tajuk Projek Kerajaan Ni Kenapa Di Fokuskan Pada Gay Tak Elert Lagi Ka Menteri

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 104 hits
HIV NI PALING BANYAK MAT GIAN KEMUDIAN PELANGGAN JALANG LESBIAN GAY NI SIKIT DI MALAYSIA 87 NI ADALAH DARI PENAGIH
Sehingga Jam 12mlm 14k Mangsa Banjir Direkodkan Di Kelantan Terengganu

Sehingga Jam 12mlm 14k Mangsa Banjir Direkodkan Di Kelantan Terengganu

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 215 hits
Situasi banjir yang melanda pantai timur Semenanjung terus memburuk dengan lebih 14 000 mangsa direkodkan di Kelantan dan Terengganu Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 7 169 orang daripada 2 170 keluarga dan ditempatkan di 73 ...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm