Menteri Digesa Tangguh Penstrukturan Kementerian Jpn Dan Ppd


SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik digesa menangguhkan penstrukturan semula kementerian itu termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi pegawai bergred DG42 ke bawah yang dijangka berlaku bulan ini.
Wakil kumpulan itu daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang enggan dikenali berkata, bagi pegawai JPN dan PPD bergred DG42 ke bawah mempunyai kelayakan setaraf bagi jawatan guru besar dan penolong kanan, namun timbul tanda tanya mengenai jumlah kekosongan di setiap sekolah di negeri itu.

"Jumlah pegawai bergred DG42 ke bawah bakal dikeluarkan daripada JPN dan PPD lebih 200 orang sedangkan jumlah kekosongan bagi jawatan guru besar dan penolong kanan hanya 26 sahaja di Selangor.

"Perkara ini bukan hanya berlaku di Selangor sebaliknya di semua negeri. Pegawai daripada JPN dan PPD dikeluarkan ini akan mengalami penurunan gred dan menjadi guru akademik biasa sedangkan mereka sebelum ini pernah menjadi guru besar di sekolah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, penurunan gred ini biasanya berlaku kepada guru-guru yang dikenakan tindakan tatatertib sahaja.

"Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Mengapa gred kami perlu diturunkan," katanya.

Beliau mendakwa, berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025, penstrukturan semula dan penempatan pegawai JPN dan PPD ini akan dilakukan secara berperingkat (soft landing).

"Mengapa ia dipercepatkan. Adakah pembuat dan pelaksana keputusan penstrukturan semula tentang nasib lebih 5,000 pegawai yang mempunyai bergred DG42 ke bawah yang digerakkan ke sekolah?

"Penstrukturan semula beberapa kali menggegarkan Kementerian Pendidikan, JPN dan PPD iaitu sejak di bawah pentadbiran kerajaan lama, namun intipatinya berkisar kepada usaha memperkasakan dua jabatan ini.

"JPN dan PPD semakin kecil dan mereka menggunakan formula seorang pegawai gred DG44 boleh melakukan dua atau tiga tugas pegawai daripada DG42. Formula ini sangat lucu kerana kami sedang melakukan pelbagai tugas tersebut sehingga tidak cukup masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat," katanya.

Tambahnya, penerangan mengenai penstrukturan semula pegawai tersebut hanya diketahui melalui percakapan daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dalam pelbagai versi.

"Kami tidak dipanggil untuk berunding dan bermusyawarah. Mereka melakukan secara sembunyi-sembunyi, tapi sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri lalu ada perjumpaan di peringkat sektor.

"Penerangan diberikan menerusi pembentangan layar atau apa-apa surat arahan tentang penstrukturan daripada Kementerian Pendidikan. Apa yang disebut ialah waran perjawatan sudah turun," katanya.

Jelasnya, hanya pegawai DG44 ke atas dan pegawai tadbir diplomatik (PTD) bergred M41 ke atas sahaja berada di Kementerian Pendidikan, JPN dan PPD.

"Kebanyakan mereka sangat muda dan kurang pengalaman serta tidak tahu situasi sebenar tentang dunia pendidikan," katanya.
Tambahnya, emosi pegawai yang dikeluarkan daripada Kementerian Pendidikan, JPN dan PPD akan terganggu.

"Mereka sudah lama melakukan tugas pengurusan, malah ada yang akan bersara dalam tempoh kurang daripada lima tahun tetapi terpaksa menjadi guru biasa.

"Persepsi negatif guru dan pentadbir sekolah kepada pegawai JPN serta PDD yang digerakkan sebagai guru akademik biasa di sekolah kerana mereka pastinya menganggap ia ada kaitan dengan masalah atau dikenakan tindakan tatatertib," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/07/menteri-digesa-tangguh-penstrukturan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penstrukturan Ppd Jpn Perlu Diperhalusi Melaka

Penstrukturan Ppd Jpn Perlu Diperhalusi Melaka

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 310 hits
MELAKA TENGAH Kerajaan negeri berharap Kementerian Pendidikan perhalusi kaedah penstrukturan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Gred DG42 ke bawahPengerusi Jawatankuasa Pendidikan Modal Insan Sains dan Inovas...
Mesyuarat Perhubungan Jpn Johor Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Mesyuarat Perhubungan Jpn Johor Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 511 hits
Mesyuarat Perhubungan JPN Johor bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Foto foto sekitar majlis yang berlangsung sepanjang hari tadi Terima kasih atas kunjungan rombongan ke JPN Johor terbaeekkk kipidap mknaceunli...
Menteri Sabah Selar Pegawai Jpn Terlibat Palsu Dokumen

Menteri Sabah Selar Pegawai Jpn Terlibat Palsu Dokumen

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 376 hits
Semalam polis berjaya membongkar kegiatan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri apabila tertangkap 3 lelaki termasuk pegawai pendaftar JPN di Semporna KOTA BELUD Sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri adalah satu jenayah pencabulan...
Menteri Tak Tahu Timbalan Lantik Pondan Anggota Ccm Kementerian Kesihatan

Menteri Tak Tahu Timbalan Lantik Pondan Anggota Ccm Kementerian Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 792 hits
Lantik Rania Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye kata ikut prosedur Menteri pula tak tahu dan akan bawa dalam mesyuarat pasca kabinet kementerian KEPUTUSAN Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye telah m...
Jokowi Minta Parpol Ajukan Profesional Muda Jadi Calon Menteri

Jokowi Minta Parpol Ajukan Profesional Muda Jadi Calon Menteri

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 229 hits
Presiden terpilih Joko Widodo menyatakan keseriusannya menjadikan anak anak muda Indonesia sebagai menteri di kabinetnya Dia ingin kabinet periode 2019 2024 nanti tak hanya diisi oleh kalangan partai politik namun juga dari profesional muda
Jokowi Disebut Intens Minta Pendapat Ke Bahlil Lahadalia Sinyal Menteri

Jokowi Disebut Intens Minta Pendapat Ke Bahlil Lahadalia Sinyal Menteri

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 130 hits
Jokowi Disebut Intens Minta Pendapat ke Bahlil Lahadalia Sinyal Menteri Arief menilai komunikasi intensif itu bisa jadi sinyal Jokowi tertarik memboyong Bahlil ke dalam kabinet Jokowi juga pernah menyampaikan Bahlil cocok menjadi menteri Ba...
Hendropriyono Bersyukur Jika Menteri Jokowi Ada Dari Kalangan Muda

Hendropriyono Bersyukur Jika Menteri Jokowi Ada Dari Kalangan Muda

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 179 hits
Hendropriyono Bersyukur Jika Menteri Jokowi Ada dari Kalangan Muda Dia menuturkan sudah waktunya yang muda muda bisa tampil Jadi yang muda muda harus tampil sekarang Saya senang itu Pak Jokowi kan orang muda Dia pilih yang muda muda ungkap ...
Menteri Kenakan Mp Dari Pas Dizaman Umno 30 Dizaman Ph 40

Menteri Kenakan Mp Dari Pas Dizaman Umno 30 Dizaman Ph 40

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 425 hits
MP Rantau Panjang YB Siti Zailah Yusuf tanya soalan kepada YB Anyhony Loke berkaitan pembinaan ECRL melibatkan kawasan beliau terutamanya beliau menuduh kerajaan PH menganaktirikan kerajaan Kelantan Megapa kuota bumiputra hanya 40 sahaja so...
Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 323 hits
Bila Datuk Husam Musa mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri bila Datuk Seri Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri terus saya teringat kepada pendedahan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization