Menteri Cap 40


Sehingga awal bulan lepas, terdapat lima kementerian yang masih mempunyai kira-kira 40 peratus atau lebih baki perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2019.

Belanjawan 2019 merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan selepas mengambil alih kerajaan persekutuan pada Mei tahun lepas.

Menurut dokumen dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang dilihat oleh Malaysiakini, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) mencatatkan jumlah baki terbesar peruntukan perbelanjaan pembangunan yang tidak digunakan dari kalangan 25 kementerian, iaitu lebih daripada 50 peratus tersisa.

Dokumen bertajuk "Prestasi Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 2019" itu bertarikh awal November tahun ini, dan menyenaraikan perbelanjaan serta baki peruntukan pembangunan bagi setiap kementerian.

Berdasarkan laporan itu, terdapat lima kementerian yang mempunyai baki lebih daripada 40 peratus daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan mereka :

Kementerian itu ialah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (51.3 peratus)Kementerian Belia dan Sukan (44.2 peratus)Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (43.3 peratus)Kementerian Kesihatan (42.5 peratus) Kementerian Pertahanan (40 peratus)

Lima kementerian yang mencatatkan prestasi terbaik untuk perbelanjaan pembangunan ialah :

Kementerian Kewangan (13.7 peratus)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (14.1 peratus)Kementerian Kerja Raya (14.9 peratus)Kementerian Komunikasi dan Multimedia (17.6 peratus)Kementerian Pengangkutan (19 peratus).

Secara keseluruhannya, sebanyak RM54.091 bilion, iaitu hanya 28.8 peratus daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan yang tidak digunakan sehingga awal November tahun ini.

Belanjawan 2019 adalah belanjawan pertama yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan ia didraf dengan menggunakan kaedah belanjawan asas-sifar (ZBB).

Pada November tahun lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebahagian daripada sebab bajet Putrajaya 2019 adalah berasaskan sifar untuk mengelakkan "belanja Krismas" akhir tahun oleh kerajaan.

Sebelum ini, belanjawan tahunan diubah suai daripada belanjawan sebelumnya. Bagaimanapun, berdasarkan belanjawan asas sifar, sesebuah belanjawan dirangka semula dari awal setiap tahun dan setiap item mesti diteliti.

Ia bagi mengelakkan daripada menyediakan peruntukan untuk item yang mungkin menjadi tidak perlu, dari semasa ke semasa, dan meminimumkan amalan "berbelanja sekadar untuk berbelanja" menjelang penghujung tahun untuk menghabiskan peruntukan belanjawan.

Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Yeah Kim Leng, menyifatkan situasi baki peruntukan pembangunan yang tidak digunakan sebagai "penangguhan perbelanjaan".

Yeah berkata penangguhan itu mungkin disebabkan oleh penelitian yang lebih terperinci yang mengakibatkan projek dan kontrak ditahan sama ada kerana prosesnya tidak dilaksanakan atau tidak dipatuhi.

Sebab-sebab lain yang dinyatakan Yeah ialah bahawa para menteri yang tidak berpengalaman secara perlahan-lahan memahami proses pentadbiran, terutamanya dalam memastikan tiada penyalahgunaan dan ketirisan.

Bagaimanapun, Yeah berkata tumpusn sewajarnya diberikan kepada keberkesanan atau hasil, berbanding mengukur peratusan peruntukan belanjawan yang digunakan.

Jika perbelanjaan penting ditangguhkan, semestinya, ia mungkin mempunyai kesan segera serta kesan negatif jangka panjang, seperti kemerosotan dalam penjagaan kesihatan dan masalah perumahan kumulatif.
Sementara itu, pemerhati ekonomi Soon Hoh Sing menegaskan bahawa nisbah peruntukan pembangunan rendah secara konvensional untuk belanjawan tahun-tahun yang lalu.

Kata Soon, ia akan memberi kesan negatif terhadap masyarakat jika nisbah peruntukan yang rendah tidak digunakan.

Soon menyifatkan peruntukan pembangunan sebagai dana pelaburan untuk setiap kementerian dan jika dana tidak digunakan sepenuhnya, maka tidak akan ada projek pembangunan.

Bagaimanapun, Soon tidak dapat membuat spekulasi mengenai sebab-sebab mengapa kelewatan perbelanjaan berlaku dalam Belanjawan 2019.

Malaysiakini telah menghubungi lima kementerian yang mempunyai 40 peratus atau lebih baki peruntukan pembangunan mereka bagi mendapatkan maklum balas.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/kalau-macam-ni-urus-peruntukan-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosak Maruah Negara Lantik Bekas Kaki Disko Jadi Menteri

Rosak Maruah Negara Lantik Bekas Kaki Disko Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 263 hits
Surat terbuka untuk Syed SaddiqSaya jarang membuat kenyataan akhbar berkaitan dengan prestasi sukan negara selepas persaraan Namun begitu kali ini ia tidak dapat saya bendung kerana saya amat kecewa dengan prestasi kontinjen di temasya Suka...
Yab Perdana Menteri Tiba Di Terminal Amiri

Yab Perdana Menteri Tiba Di Terminal Amiri

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 191 hits
YAB Perdana Menteri tiba di Terminal Amiri Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Doha Qatar pada jam 9 10 malam waktu tempatan bagi memulakan lawatan rasmi selama 4 hari di sini Dr Mahathir disambut oleh Menteri Perdagangan Industri Qatar Ali...
Aksi Bersih Bersih Menteri Bumn Bikin Saham Garuda Indonesia Menguat

Aksi Bersih Bersih Menteri Bumn Bikin Saham Garuda Indonesia Menguat

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 209 hits
Saham Garuda Indonesia sempat anjlok pasca kasus penyelundupan motor Harley Davidson dan sepeda Brompton Pada 6 Desember 2019 saham Garuda Indonesia berada di Rp 498 per lembar saham dan pada 9 Desember 2019 menginjak turun di Rp 484 per le...
Gagal Di Sukan Sea Kejutan Dari Lena Timb Menteri

Gagal Di Sukan Sea Kejutan Dari Lena Timb Menteri

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 309 hits
MALAYSIAKINI Kegagalan kontinjen negara memenuhi sasaran 70 pingat emas di Sukan SEA ke 30 di Filipina adalah hakikat pahit yang harus ditelan Namun kegagalan itu yang disifatkan sebagai mengejutkan daripada lena harus diberi perhatian seri...
Tabik Menteri Dari Amanah Tidak Lari Bila Dihentam Perwakilan

Tabik Menteri Dari Amanah Tidak Lari Bila Dihentam Perwakilan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 316 hits
Aku respek YB Khalid Samad dan beberapa menteri dari Amanah Dalam konvensyen Amanah bertalu talu perwakilan hentam menteri menteri dari Amanah khususnya tiada seorg pun dari mereka walkout bersama penyokongnya merajuk dan buat PC di luar de...
Ini Momen Saat Bayi Wishnutama Dan Gista Dijenguk Ibu Negara Dan Para Istri Menteri

Ini Momen Saat Bayi Wishnutama Dan Gista Dijenguk Ibu Negara Dan Para Istri Menteri

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 262 hits
Perasaan bahagia sedang dirasakan Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Wishnutama dan sang istri Gista Putri Gista Putri melahirkan anak pertamanya pada 15 November 2019 lalu Bayi berjenis kelamin perempuan tersebut diberi nama Salima Put...
Mahu Menteri Dan Pengerusi Finas Letak Jawatan Metrotv

Mahu Menteri Dan Pengerusi Finas Letak Jawatan Metrotv

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 326 hits
PERSATUAN Pekerja Filem Profesional Malaysia Persatuan Seniman Malaysia Persatuan Sutradara Malaysia Komuniti Filem Titiwangsa Malaysian Society of Cinematographers dan Pertubuhan Industri Kreatif Digital Mal
Apabila Bakal Perdana Menteri Malaysia Dipanggil Polis Bukit Aman Hahahaha

Apabila Bakal Perdana Menteri Malaysia Dipanggil Polis Bukit Aman Hahahaha

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 486 hits
Polis akan memanggil Anwar Ibrahim dan saksi lain untuk membantu siasatan melibatkan tuduhan salah laku seksual yang dibuat oleh bekas pegawai penyelidik Yusoff Rawther kata Bukit Aman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Moha...
Menteri Atr Sofyan Djalil Bakal Punya Staf Ahli Khusus Tangani Mafia Tanah

Menteri Atr Sofyan Djalil Bakal Punya Staf Ahli Khusus Tangani Mafia Tanah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 257 hits
Dengan rencana penambahan staf ahli menteri bidang mafia tanah ini Kementerian ATR BPN akan memiliki total empat jabatan staf ahli menteri
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash