Gagal Di Sukan Sea Kejutan Dari Lena Timb Menteri


MALAYSIAKINI  
Kegagalan kontinjen negara memenuhi sasaran 70 pingat emas di Sukan SEA ke-30 di Filipina adalah hakikat ‘pahit’ yang harus ditelan

Namun, kegagalan itu yang disifatkan sebagai mengejutkan daripada lena (wake up call) harus diberi perhatian serius oleh semua pihak terlibat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim berkata trend kemerosotan pencapaian atlet sebenarnya sudah dapat dilihat selepas edisi 2007 di Korat, Thailand namun pencapaian dilihat pulih apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017 menyaksikan kontinjen negara muncul juara.

“Saya tidak mahu buat analisa awal sebelum kami buat post mortem secara terperinci. Saya rasa lebih baik kita duduk dan bincang dengan lebih terperinci apa faktor-faktor yang menjurus kepada kita tidak mencapai sasaran kita.

“Tapi hakikatnya ialah sejak Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, prestasi kita memang dalam trend yang menurun. Di Sukan SEA 2007 kita ada 68 emas dengan 216 pingat secara keseluruhannya dan sejak dari itu memang dalam trend menurun.

“Memanglah (nampak meningkat) dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur apabila kita jadi tuan rumah.
Jadi, kita lihat ini merupakan satu perkara yang amat serius seperti satu wake up call kepada semua pihak,” katanya pada satu temu bual khas dalam rancangan Warna Sukan SEA di Bernama.

Pada edisi 2007, Malaysia meraih 68 pingat emas; edisi 2009 di Laos (40 emas), 2011 di Jakarta-Palembang (59 emas), 2013 di Myanmar (43 emas), 2015 di Singapura (62 emas) dan 2017 di Kuala Lumpur (145 emas).

Dalam pada itu Steven berkata misi ke temasya dwitahunan yang melabuhkan tirai semalam itu adalah misi bersama yang membabitkan banyak pihak dan tidak wajar untuk menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja.

“Misi ke Sukan SEA merupakan misi bersama semua pihak sama ada MSN, KBS , persatuan sukan, atlet, pegawai dan jurulatih, jadi kalah dan menang kita galas tanggungjwab itu bersama-sama. Tidak guna kita tuding jari pada sesiapa pun.

“Kita perlu lihat ke depan, bagaimana kita dapat merapatkan jurang yang kita sudah nampak menurun sejak 2007 lagi dari segi prestasi kita di Sukan SEA dan bagaimana kita hendak bangkit dalam sektor ini,” katanya.
Ditanya kemungkinan faktor tuan rumah turut menjadi punca kegagalan kontinjen negara, Steven (gambar, atas) berkata tidak wajar juga untuk meletakkan sepenuhnya kegagalan kontinjen negara berpunca daripada hos walaupun jelas ada kelemahan khususnya berkaitan sistem pengadilan.

“Di pihak tuan rumah, sudah tentu ada kelemahan. Kalau kita sekadar untuk menyalahkan tuan rumah untuk kegagalan kita mencapai sasaran, saya rasa kita tidak akan dapat memperbaiki diri kita.

“Saya rasa lebih baik ketika ini, kita fokus kepada kekurangan dalam diri kita sendiri dan bagaimana kita boleh memperbaiki kekurangan itu,” katanya.

Kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan 56 pingat emas, 58 perak dan 71 gangsa, di belakang Indonesia yang meraih 73 emas, 84 perak dan 110 gangsa.

Tuan rumah Filipina muncul juara keseluruhan dengan 149 emas, 118 perak dan 119 gangsa, diikuti Vietnam di tempat kedua dengan 98 emas manakala Thailand di tempat ketiga dengan 92 emas.
- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/gagal-di-sukan-sea-kejutan-dari-lena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Mohon Maaf Gagal Di Sukan Sea

Syed Saddiq Mohon Maaf Gagal Di Sukan Sea

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 442 hits
MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran ditetapkan pada Sukan Sea 2019 di Filipina Sebagai Menteri Belia dan Sukan saya memikul tang...
Sukan Sea Filipina Misi Cari 70 Emas Gagal

Sukan Sea Filipina Misi Cari 70 Emas Gagal

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 533 hits
CLARK Impian kontinjen negara untuk membawa pulang 70 pingat emas dari bumi Filipina sudah tertutup rapat Berbaki satu hari sahaja lagi sebelum Sukan SEA Filipina melabuhkan tirai esok Malaysia masih memerlukan 19 emas untuk mencapai sasara...
Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea 2019

Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea 2019

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 456 hits
Kedudukan Terkini Pingat Sukan Sea 2019 Sukan SEA yang merupakan antara acara sukan yang berprestij dalam rantau Asia Tenggara bakal dilangsungkan buat kali ke 30 Negara Filipina telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara dwi tahun...
Kemarau 16 Tahun Tamat Beregu Badminton Raih Emas Sukan Sea

Kemarau 16 Tahun Tamat Beregu Badminton Raih Emas Sukan Sea

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 407 hits
Beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraikan kemenangan selepas menewaskan Thailand dalam acara badminton beregu lelaki akhir pada Sukan SEA 2019 di Kompleks Sukan Muntinlupa hari ini Foto BernamaMANILA 9 Dis Gandingan Aaron Chia Soh ...
Pm Dan Menteri Ekonomi Lena

Pm Dan Menteri Ekonomi Lena

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 255 hits
Peluang pekerjaan semakin tenatKUALA LUMPUR Selepas memerintah negara hampir 20 bulan Kerajaan Pakatan Harapan didakwa bukan sahaja tidak mampu menunaikan janji janji manifesto tetapi turut menyebabkan anak muda tertipu dengan janji sejuta ...
Penganjur Sukan Sea 2019 Tarik Balik Pingat Emas Gymrama Malaysia

Penganjur Sukan Sea 2019 Tarik Balik Pingat Emas Gymrama Malaysia

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 459 hits
Pihak penganjur Sukan SEA 2019 telah bertindak menarik balik pingat emas yang dimenangi oleh atlet gimrama negara Izzah Amzan menerusi acara riben yang berlangsung Kompleks Sukan Rizal Memorial Izzah Amzan telah berjaya memperoleh pingat em...
Kos Selenggara Sebuah Kapal Selam Rm100 Juta Setahun Timb Menteri Pertahanan

Kos Selenggara Sebuah Kapal Selam Rm100 Juta Setahun Timb Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR 16 Dis Kos penyelenggaraan sebuah kapal selam milik negara yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia adalah RM100 juta setahun Dewan Negara diberitahu hari ini Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata kos it...
Juara Sukan Sea Tumpas Hari Pertama

Juara Sukan Sea Tumpas Hari Pertama

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 318 hits
BEREGU lelaki negara Aaron Chia Soh Wooi Yik bermula langkah kiri apabila tewas pada perlawanan sulung Kumpulan B Pusingan Akhir Jelajah Dunia BWF di Guangzhou China hari ini Pasangan emas Sukan Sea ke 30 di Filipina itu terpaksa akur denga...
Pemain Skuad Sukan Sea Vietnam Curi Perhatian Pafa

Pemain Skuad Sukan Sea Vietnam Curi Perhatian Pafa

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 246 hits
Kejayaan Vietnam menjuarai acara bola sepak Sukan SEA 2019 di Filipina telah menarik minat Persatuan Bolasepak Perak untuk cuba memancing pemain negara tersebut bagi mengisi dua lagi kuota pemain import yang masih kosong buat skuad Yob Skua...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation