Menteri Cadang Pinda Undang Undang Mudahkan Anjur Himpunan Aman


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 31, 2025 10:00 AM
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan pindaan undang-undang bagi membolehkan perhimpunan aman diadakan tanpa memerlukan proses kelulusan yang panjang

"Saya cenderung untuk katakan, undang-undang ini sifatnya dinamik. Undang-undang berkaitan perhimpunan aman ini dibuat pada 2012. Barangkali (boleh dicadangkan) supaya tak perlu 'approval processs', jika ada satu kawasan yang dijadikan tempat untuk buat perhimpunan.

"Perlu juga untuk penganjur masih memaklumkan pihak polis mengenai perhimpunan yang akan diadakan dan polis pun buatlah kawalan di kawasan terbabit. Mungkin kaedah ini saya lihat, boleh legakan (pandangan ramai yang anggap ada sekatan berkaitan perhimpunan)," katanya dipetik Berita Harian.

Saifuddin dan pihak berkuasa, yang mendapat kecaman berhubung dakwaan cuba menyekat perhimpunan antirasuah 25 Jan yang dianjurkan pelajar di Kuala Lumpur, berkata hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun masih dipertahankan, tetapi terdapat "peraturan" yang munasabah ditetapkan untuk mengimbangi keperluan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Dia menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah menukar pendirian mengenai hak untuk berhimpun, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan hari ini kekal komited untuk mempertahankan dan menjunjung hak yang disebut dalam Perlembagaan termasuk dalam perkara kebebasan berhimpun sebagaimana termaktub dalam perkara 10 (1)(b) mengenai jaminan kebebasan berhimpun. Ini kerajaan tetap pertahankan," katanya lagi. .

Saifuddin berkata, apabila polis mengeluarkan kenyataan berhubung pematuhan peraturan, ia tidak bermakna kerajaan menentang perhimpunan yang diadakan.

"Bila pihak polis 'communicate', jangan anggap tak boleh berhimpun, ini seolah beri gambaran kerajaan tak bagi berhimpun. Sedangkan tak ada satu kalimah pun keluar dari saya, mengatakan tak boleh berhimpun.

"Contohnya apabila polis beritahu mengenai lokasi perhimpunan, jika lokasi itu misalnya ada ada tuan punya (premis milik orang lain), undang-undang memerlukan anda untuk dapatkan kebenaran dahulu," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/menteri-cadang-pinda-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Cadang Kelas Pendidikan Islam Untuk Menteri Dap

Pas Cadang Kelas Pendidikan Islam Untuk Menteri Dap

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 232 hits
harakahdaily comFebruary 4 2025Menggunakan dana akan dikutip DAP Pulau PinangKUALA LUMPUR Ketua Penerangan PAS Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya diadakan kelas pendidikan Islam asas untuk pemimpin pemimpin DAP khususnya kalangan...
Coretan Menteri Ini Undang Rindu Zaman Belajar

Coretan Menteri Ini Undang Rindu Zaman Belajar

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 263 hits
Zaman persekolah adalah zaman manis untuk dikenang Tidak kiralah berada di asrama sekolah kolej atau universiti sudah pastinya momen itu manis Bak kata sesetengah orang dunia belajar ni momen sangat manis Perkongsian gambar Menteri Pendidik...
Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 288 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 3 19 PMDi sebalik pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa pihak berkuasa cuba menyekat perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sebaliknya Bernama melaporkan p...
Anwar Minta Himpunan Pesawah Tak Ganggu Lawatan Prabowo

Anwar Minta Himpunan Pesawah Tak Ganggu Lawatan Prabowo

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 350 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya esok supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto k...
Berdemo Semasa Lawatan Prabowo Pm Bersuara Terhadap Himpunan Pesawah Hari Ini

Berdemo Semasa Lawatan Prabowo Pm Bersuara Terhadap Himpunan Pesawah Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 379 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 27 2025Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar perhimpunan pesawah dari seluruh negara hari ini tidak mengganggu lawatan rasmi Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia Beliau berkata kerajaan tida...
Himpunan Rakyat Benci Rasuah Rally An Eyewitness Account

Himpunan Rakyat Benci Rasuah Rally An Eyewitness Account

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 272 hits
ON the day of the rally on Jan 25 a Ford Ranger was driven slowly at walking pace from Sogo to Dataran Merdeka at around 2 30pm covering a distance of about 1 kilometre On the back of the vehicle were student leaders and a drum player and t...
Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 384 hits
bharian com myOleh Januari 25 2025 2 58pmPeserta Himpunan Anti Rasuah berarak dari pusat beli belah Sogo ke Dataran Merdeka Foto Safeek Affendy RazaliKUALA LUMPUR Kira kira 50 peserta Himpunan Anti Rasuah mula berkumpul di perkarangan hadap...
Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 300 hits
REFORMASI UNDANG UNDANG LAPUK TERMASUK AKTA PERHIMPUNAN AMAN1 KANUN menyambut baik pengumuman PMX Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Saifudin Nasution untuk menghormati hak asasi kebebasan berhimpun dan memudahcara p...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Sarapan Mihun Soto Di Gerai Soto Perdana Madu 4

Awak Ok Hari Ni

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Bila Perut Tak Tenang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual