Menteri Boleh Berlapang Dada


 
Barangkali ia sudah jadi kelaziman menghampiri penghujung tahun apabila gembar-gembur rombakan Kabinet akan kembali datang mengundang. Sudah jadi lumrah ia tidak pun perlu banyak asas, sebaliknya memadai atas andaian semata-mata.
Setahun selepas rombakan terakhir dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 12 Dis 2023, gembar-gembur timbul kembali dengan mengambil isyarat daripada pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh menggantikan Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung baharu PKR.
Di sebalik sudah diperjelaskan bahawa ia antara penyusunan semula beberapa jawatan penting yang diputuskan oleh mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) PKR pada 15 Sept lalu, satu saluran YouTube melontarkan persoalan apakah Saifuddin akan hilang portfolio menteri dalam negeri.
Hustle Channel turut mengaitkan kedudukan tiga menteri yang akan tamat tempoh mereka sebagai senator — Saifuddin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar — menjurus kepada kemungkinan itu. Seorang lagi menteri bertaraf senator ialah Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir.
Dalam pada itu, kedudukan mereka selaku senator sebenarnya boleh dilanjutkan untuk dua penggal maksimum selama enam tahun.
Atau barangkali ura-ura rombakan Kabinet itu timbul selepas Tengku Zafrul — dikhabarkan akan menyertai PKR — disebut-sebut bakal menggantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor pertengahan bulan ini, dengan Amirudin diuar-uarkan akan menyertai Jemaah Menteri di Putrajaya.
Ura-ura itu bagaimanapun lenyap selepas Amirudin mengumumkan akan kekal di Selangor sehingga akhir penggal ini atas nasihat Sultan Selangor demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan Selangor.
Spekulasi rombakan Kabinet bukan pun perkara baharu, apatah lagi selepas kerajaan Madani mengadakan majlis sambutan dua tahunnya 22-24 Nov lalu.
Lebih dahulu pada Mei lalu, masa depan politik Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan menjadi bualan hangat dalam PKR dan dalam kalangan pemerhati susulan kritikan hebat terhadap Pangkalan Data Utama (Padu) yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.
FMT pada 12 Ogos lalu pula memetik dua sumber berbeza sebagai membayangkan rombakan bakal berlaku — seorang menteri dari PKR mungkin dipindah atau digugurkan manakala seorang menteri besar dikhabarkan akan mengambil jawatan menteri di peringkat persekutuan.
Satu lagi sumber dari DAP mengesahkan terdapat perbincangan tentang rombakan Kabinet menjelang akhir Ogos, dengan beberapa timbalan menteri dijangka dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.
Keriuhan mengenainya yang sedang dibina ketika itu bagaimanapun segera dilenyapkan Anwar yang menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
“Itulah saya baru diberitahu (mengenai dakwaan rombakan Kabinet). Macam mana saya tak dengar lagi? Siapa nak tolong rombakan Kabinet? Siapa nak tolong? Saya tak dengar… serius, saya tak dengar,” katanya ketika itu.
Ditanya dakwaan seorang menteri besar juga akan dilantik menganggotai Jemaah Menteri, Anwar berkata perkara itu mungkin direalisasikan selepas PRU16.
Sebarang cakap-cakap lanjut mengenai rombakan Kabinet kurang 10 hari menuju Tahun Baru seharusnya sudah boleh dinoktahkan dengan pengumuman Anwar pada Sabtu yang menyatakan berpuas hati dengan prestasi kesemua menteri setakat dua tahun pentadbiran kerajaan Madani.
Melihat ada menteri yang mempamerkan prestasi cemerlang dan ada yang berprestasi sederhana, perdana menteri berkata masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki oleh kerajaan dalam meningkatkan lagi perkhidmatannya kepada rakyat.
“Tapi saya puas hati satu perkara. Walaupun orang bangkit soal rasuah, kes ini, kes itu, yang penting sejak dua tahun ini saya tak izinkan amalan lama rundingan terus, curi komisen… itu saya hentikan,” katanya.
Namun, harus ada waktunya Anwar berasa keseorangan ketika menghadapi pelbagai serangan dan kritikan, termasuk ketika kerajaan pimpinannya diberi penilaian gred D oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 21 Nov lalu.
Kecuali hanya Rafizi yang mempertahankannya dengan menegaskan kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada reformasi, termasuk sedang mengimbangi pengurusan kos sara hidup, menteri lain banyak berdiam diri.
Begitupun, kata perdana menteri, kerajaan terbuka dalam menerima teguran, namun berpandangan penilaian prestasi yang dilakukan oleh NGO berkenaan adalah terhad.
Bercakap mengenai tanggungjawab kolektif setiap seorang daripada anggota Kabinetnya yang perlu mempertahankan kerajaan, harus Anwar mengharapkan lebih lagi daripada mereka.
Bukan setakat kritikan, malah ia juga tanggungjawab anggota Kabinet untuk menguar-uarkan cerita kejayaan kerajaan khususnya dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 15 Dis lalu memuji pembaharuan ekonomi Malaysia, khasnya pengenalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 serta kejayaan melaksanakan pembaharuan subsidi elektrik dan diesel.
“Prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi bercita-cita tinggi. Pelan pembaharuan struktur kerajaan di bawah Rangka Kerja Ekonomi Madani difokuskan dengan sewajarnya,” kata IMF.
Sebelum itu, Bank Dunia pada 8 Okt lalu merumuskan kestabilan politik Malaysia dan persekitaran positif yang semakin kondusif adalah antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh — meningkatkan keyakinan pelabur dan menggerakkan lebih banyak pelaburan di negara ini.
Lantaran itu, Bank Dunia meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9% untuk 2024 daripada ramalan awal 4.3% sebelum ini.
Cerita kejayaan beginilah yang perlu terus dicanang-canangkan oleh menteri Kabinet tanpa mengira portolio bagi menolak dakyah pembangkang yang hanya tahu memburuk-burukkan kerajaan.
Tapi mereka masih beruntung kerana penilaian Anwar terhadap menteri-menterinya Sabtu lalu boleh membuat mereka berlapang dada menyambut Tahun Baru. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/menteri-boleh-berlapang-dada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubi Kayu Rebus Tumis Cili Sedap Jadi Sarapan Buat Lauk Pun Boleh

Ubi Kayu Rebus Tumis Cili Sedap Jadi Sarapan Buat Lauk Pun Boleh

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 184 hits
Ubi kayu boleh diolah jadi pelbagai hidangan yang menyelerakan Salah satunya adalah ubi rebus tumis cili Boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja untuk sarapan Ini juga mungkin menu nostalgia buat sebahagian daripada kita yan...
Gelaran Raja Utara Milik Kedah Fans Penang Bengang Tak Boleh Makan Lawan Tak Bergaji Netzkorner

Gelaran Raja Utara Milik Kedah Fans Penang Bengang Tak Boleh Makan Lawan Tak Bergaji Netzkorner

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 156 hits
KEDAH Darul Aman FC menarik nafas lega apabila berjaya meraih tiga mata berharga aksi bertemu Penang FC saingan Liga Super 2024 pada Rabu Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah itu menyaksikan skuad Sang Kenari m...
Jom Explore Culinaryschools Org Games Main Games Pun Boleh Pupuk Minat Anak Untuk Minat Bidang Kulinari

Jom Explore Culinaryschools Org Games Main Games Pun Boleh Pupuk Minat Anak Untuk Minat Bidang Kulinari

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 152 hits
Bulan Disember hampir tiba ke penghujung Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2025 Kalau ada azam tahun ini yang masih pending in syaa allah boleh buat tahun depan pula Bersembang pasal azam nie hari tu ada la sembang dengan sorang mak budak t...
Sewa Tertunggak Lebih Rm15k Mbs Cabut Pintu Rumah Penyewa Ppr Sewa Murah Pun Tak Boleh Bayar

Sewa Tertunggak Lebih Rm15k Mbs Cabut Pintu Rumah Penyewa Ppr Sewa Murah Pun Tak Boleh Bayar

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 109 hits
Baru baru ini Majlis Bandaraya Seremban telah menanggalkan pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa Projek Perumahan Rakyat dalam satu operasi Tak bayar sewa lebih RM15000 Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali memaklumkan tindakan te
Harta Bukanlah Hanya Berupa Barang Barang Yang Boleh Dilihat Malah Lebih Daripada Itu

Harta Bukanlah Hanya Berupa Barang Barang Yang Boleh Dilihat Malah Lebih Daripada Itu

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 159 hits
Harta bukanlah hanya berupa barang barang yang boleh dilihat malah lebih daripada itu Janganlah kita terlalu taksub dengan harta yang sementara di dunia ini
Farid Berangan Tidak Ada Apa Lagi Boleh Diselamatkan Diana Danielle Tetapkan Pendirian Hanya Mahu Bercerai

Farid Berangan Tidak Ada Apa Lagi Boleh Diselamatkan Diana Danielle Tetapkan Pendirian Hanya Mahu Bercerai

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 120 hits
Selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga Saidatul Afiqah Binti Ramlee 30 tahun Allah mengujinya dan suami dengan belum dikurniakan cahaya mata Akhirnya selepas tempoh itu CikQa berusaha melakukan apply rawatan prosedur IVF di hospital keraja...
Pesakit Npd Tak Boleh Tengok Orang Lain Lebih

Pesakit Npd Tak Boleh Tengok Orang Lain Lebih

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 192 hits
Terima kasih Dr Farah Deena Abd Samad Pakar Psikiatri Jabatan Psikiatri Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Terbitan Harian Metro Kuala Lumpur Kecelaruan personaliti narsistik dikategorikan sebagai penyakit mental namun sangat sukar untuk m...
Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 988 hits
Tok Mat merokok di kedai makan Ini respons menteri kesihatanMalaysiakini nbsp Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 jika merokok ...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

Dapat Sample Free Pampers Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Sambal Hitam Belimbing Buluh

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati