Mentaliti Majikan Di Malaysia Bos Cukupkah Gaji Rm1 200


DENGAN gaji RM1,200 saya boleh tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur. Menyewa sebuah bilik di rumah teres di Jalan Chenderai. Kalau saya terlewat naik bas untuk ke tempat kerja di Sungai Besi, saya panggil teksi. Dan saya sering makan di luar. Di Bangsar juga. Ada duit dalam RM10 pun, macam-macam boleh makan di medan selera.

Biar betul? Betullah. Tapi ini cerita 25 tahun dululah. Itulah jangan baca tajuk dan intro sahaja, kemudian kecam. RM1,200 kira cukup besar bagi orang bujang macam saya pada ketika itu. Sewa rumah dan bilik masih murah.
Naik teksi dalam bandar, tambangnya sekitar RM3 hingga RM6. Naik bas jangan ceritalah, berapa sen sangat, tak sampai RM1. Dulu mana ada LRT

Sekarang jangan mimpilah dapat merasa kos hidup rendah sebegitu di Kuala Lumpur. Harga sewa bilik RM1,200 pun ada. Yang bujang dengan gaji sebanyak itu pun tak cukup, apatah yang telah berkeluarga.
Jadi cukupkah gaji RM1,200 sekarang

Hanya majikan yang berfikiran dia masih duduk dalam zaman dulu-dulu saja cakap cukup. Atau dia saja yang duduk zaman sekarang manakala pekerjanya semua duduk di zaman Bas Sri Jaya atau bas mini yang baru nak pijak tangga, bas dah jalan itu, yang cakap cukup

Logiknya, tidak cukup. Yang kata cukup, mungkin orang bujang yang tinggal bersama ibu bapanya. Tidak perlu menyewa dan makan di rumah. Itupun hujung bulan minta duit pada orang tua hendak pergi kerja

RM1,200 pada 20 atau 30 tahun dulu dikira agak mewah, sekarang gaji banyak itu sudah nyaris-nyaris jatuh dalam kategori miskin tegar di Kuala Lumpur manakala pendapatan seisi rumah RM2,216 jatuh dalam kategori miskin bandar

Jadi berapa ramai kita dalam kategori miskin bandar dan miskin tegar? Ramai. Termasuk yang bekerja di pejabat dan bertali leher. Iyalah, kerja nampak gah, jawatan eksekutif atau pegawai tapi gaji sama dengan pembantu kedai di pusat beli-belah. Tapi itulah, ada yang tak mengaku miskin

Kenapa hendak menidakkan perkara ini? Klise sangat bila cakap jalan selesai gaji tak cukup adalah dengan ukur baju di badan sendiri. Tak pula cakap ukur gaji ikut keadaan semasa

Dan yang kaya raya itu jangan sesekali beri nasihat pasal menabung dan berjimatlah kepada golongan yang bergaji rendah ini. Pakai kasut mereka, jika gaji bulanan mereka tiada lebihan untuk disimpan, apa benda yang nak dimasukkan dalam tabung itu

Baru-baru ini Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim mem­beritahu, kerajaan dijangka meng­umumkan Perintah Gaji Mini­mum pada tahun depan selepas kajian mengenainya selesai akhir tahun ini. Katanya, pada ketika ini kerajaan masih menjalankan kajian mengenai gaji minimum yang dijangka selesai pada suku keempat tahun ini

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) baru-baru ini juga pihak majikan mencadangkan supaya kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan manakala para pekerja pula mengesyorkan agar kadar gaji minimum dapat dinaikkan

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan

Ada yang berkata, pemimpin-pemimpin negara ini dari dulu sampai sekarang pun suka mencanang, negara ini paling bagus di dunia, dari segi itu dan ini. Bersyukurlah. Tapi bab gaji pekerja hendak naik RM100 pun perlu kajian yang lama manakala majikan pula suka buat bising

Mahu mencapai status negara maju gaji pun kenalah sama seperti negara berpendapatan tinggi. Bab-bab gaji tak mahu ikut pula

Dan baru saja kerajaan cakap sedang mengkaji gaji minimum, tiba-tiba banyak pula barang naik harga. Harga makanan dan keperluan asas termasuk alat ganti kenderaan turut naik. Rangkaian kedai RM2 pun akan menaikkan harga tidak lama lagi

Agaknya dah hampir dua tahun tak boleh berniaga sangat kerana PKP, dihentamnya harga naik bagaikan mahu membalas dendam

Bayangkan kalau betul, gaji minimum dinaikkan ke RM100 lagi misalnya atau mungkin lebih, maka macam mana mencanak pula naik harga semua barangan

Hakikatnya ini perkara biasa, bila kerajaan mengumumkan gaji minimum atau gaji penjawat awam naik, atau diberi bonus, peniaga pun menaikkan harga barang. Jadi pusing-pusing patah ke tempat asal. Gaji tak cukup. Gaji naik, barang naik. Tiada makna

Dan paling entah apa-apa jika kenaikan harga barang dianggap sesuatu yang biasa dan masih terkawal.Mungkinlah yang bercakap itu bergaji RM10,000 sebulan atau lebih merasakan ini kenaikan normal dan terkawal

Janganlah asyik cakap pasal pantau dan tiada aduan. Asalkan barang naik saja, cakap kita akan pantau dan yang diserbu kedai peniaga-peniaga kecil manakala pihak yang memanupulasi harga tidak dikacau. Pemantauan saja tidak cukup. Tentu ada satu mekanisme atau kawalan yang lebih tegas selain undang-undang yang dapat mengelakkan kenaikan harga

Harga barang binaan naik, harga rumah naik. Sewa rumah dan bilik pun naik. Yang gaji minimum RM1,200 terus diheret kemiskinan dalam hutan batu

Kalau macam itu bantuan wang yang diberikan kerajaan waima banyak mana pun kepada yang disasarkan tidak memberi kelegaan sebab kenaikan harga barangan

Pernah dengar janji-janji harga barang akan turun? Sudah turunkah? Apa barang yang turun? Nak dengar lagi? Tunggu PRU15. Semuanya berjuang untuk rakyat!

PENULIS ialah Pengarang Berita Mingguan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/11/mentaliti-majikan-di-malaysiabos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Laju Suka Telan Lauk Panas Wow Gaji Hamzy Mukbang Cecah Rm1 Juta Sebulan

Makan Laju Suka Telan Lauk Panas Wow Gaji Hamzy Mukbang Cecah Rm1 Juta Sebulan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 473 hits
Tanpa mengira negara kini terdapat ribuan content creator yang beralih kepada profesion sebagai Mukbanger kerana kandungan berkaitan makanan amat mudah untuk menarik perhatian netizen Asalnya mukbang adalah trend yang bermula di Korea Selat...
Pengayuh Beca Diberi Insentif Rm1 200 Setahun

Pengayuh Beca Diberi Insentif Rm1 200 Setahun

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 182 hits
Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL KOTA BHARU Kerajaan negeri akan memberi nafas baru kepada golongan pengayuh beca memandangkan pengangkutan tradisional tersebut menjadi salah satu tarikan pelancong Exco Perpaduan Masyarakat Kebudayaan Warisan dan ...
Gaji Bawah Rm2 500 Layak Terima Bantuan Keluarga Malaysia Rm350 Ini Cara Mohon

Gaji Bawah Rm2 500 Layak Terima Bantuan Keluarga Malaysia Rm350 Ini Cara Mohon

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 310 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah Kami kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang...
220 Jawatan Kosong Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan Disember 2021 Minima Spm Layak Mohon Gaji Rm1 362 Rm4 034

220 Jawatan Kosong Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan Disember 2021 Minima Spm Layak Mohon Gaji Rm1 362 Rm4 034

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 303 hits
210 Jawatan Kosong Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan Minima SPM Layak Mohon Gaji RM1 362 RM4 034 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Bua...
Tak Berkira Beri Gaji Tinggi Kepada Bibik Sikap Pemurah Majikan Dipuji Netizen

Tak Berkira Beri Gaji Tinggi Kepada Bibik Sikap Pemurah Majikan Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 237 hits
Sering kali kita mendengar cerita tentang pembantu rumah yang did3ra dian1aya dan ada juga sampai tidak diberi gaji Ianya sering terjadi jika pembantu rumah tersebut adalah warga asing yang menetap di malaysia untuk mencari rezeki Akan ada ...
Terkini Bebas Akhirnya Yeehaaaa Kita Jaga Kita Keluarga Malaysia

Terkini Bebas Akhirnya Yeehaaaa Kita Jaga Kita Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 187 hits
TERKINI Bebas Akhirnya Terima kasih PM Kita Jaga Kita Please Share More www zunar my
Viral Video Mat Over Meroyan Tampar David Teo Depan Pm Malaysia Tn50

Viral Video Mat Over Meroyan Tampar David Teo Depan Pm Malaysia Tn50

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 258 hits
Mat over dan david teo dalam aksi tampar menampar di hadapan perdana menteri malaysia
Keadaan Sebuah Pesawat Pejuang Hawk 108 Milik Tentera Udara Diraja Malaysia Yang Terhempas

Keadaan Sebuah Pesawat Pejuang Hawk 108 Milik Tentera Udara Diraja Malaysia Yang Terhempas

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 388 hits
Keadaan sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang malam tadi Dalam kejadian tersebut seorang juruterbang TUDM Kapt Mohamad Affendi Bustamy...
Palsu Tiada Tiket Percuma Piala Malaysia Melaka Vs Sabah

Palsu Tiada Tiket Percuma Piala Malaysia Melaka Vs Sabah

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 154 hits
IBU Pejabat Perikatan Nasional menafikan ada mengeluarkan sebarang menawarkan percuma bagi perlawanan suku akhir Kedua Piala Malaysia antara Melaka dengan Sabah Penafian itu dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif PN Saiful Adli Mohd Arshad d...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord