Menjiwai Merdeka Dan Hijrah 1441




TAHUN ini kita didatangi sambutan Kemerdekaan (31hb Ogos ) dan Hijrah (1hb September) hampir serentak. Hijrah berimplikasi perubahan, manakala merdeka bererti pembebasan. Tidak merdeka jika tiada perubahan, tiada perubahan jika dalam keadaan dijajah.
Akan tetapi pada tahun ini juga kita berdepan dengan sejumlah persoalan. Dalam semangat Malaysia Baharu kita melihat banyak harapan sekali gus dihadapkan juga dengan banyak cabaran. Banyak yang telah dilakukan namun banyak lagi yang perlu dilaksanakan. Banyak yang telah digerakkan namun masih sedikit yang berhasil dan membawa kesan yang diharapkan.
Ketika menjangkau usia negara 64 tahun merdeka, kita tidak sepi daripada terkesan dengan pelbagai persoalan, dari dalam dan luar negara. Menggarap isu lokal, melibatkan soal dasar kerajaan dan segala perincian bidang dalam kehidupan rakyat. Dengan realiti yang sangat mencabar, khittah perjuangan membangun negara dalam rangka Rukun Negara dan dibingkai oleh Perlembagaan Persekutuan berasaskan Raja berperlembagaan, kita perlu melangkah dengan cermat.
Dalam semangat untuk mencapai kemajuan kita tetap mengingatkan bahawa kita punya falsafah dan kaedah sendiri. Mencapai kemerdekaan adalah wasilah, namun berhijrah adalah untuk mengapai konsep negara yang merangkum kebaikan untuk seluruh warga. Pokoknya berusaha untuk mencorak negara yang layak mendapat gelaran ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur’.
Kita juga bersua era baharu Malaysia dengan segala dinamikanya. Debat politik dan senario politik baharu mendedahkan rakyat kepada cabaran dan pendekatan yang semakin kompleks. Isu yang bermunculan sejak Mei 9, 2018, menambah lagi ruang untuk seluruh kepimpinan dan rakyat memainkan peranan secara aktif.
Semua perlu siap menjadi aktor konstruktif, bukan saling menuding dan menjatuhkan. Kepimpinan negara, sama ada pemerintah mahupun pembangkang perlu banyak bermuhasabah. Dalam kesibukan para pemimpin mengendali urusan negara, ‘membedah diri’, meneliti dan mengkaji kekuatan dan kelemahan sangat penting. Penyakit lupa diri dan terperangkap dengan sindrom ‘serba sempurna’ sangat merbahaya.
Perubahan
Roh hijrah adalah berintipatikan perubahan (taghyir) dan semangat kemerdekaan adalah untuk merealisasikan pembebasan (tahrir). Perubahan harus memenuhi kedua-dua dimensi bersifat dalaman dan luaran. Perubahan berasaskan soal aqidah yang benar dan membina sahsiah dan tsaqafah (budaya) yang tepat adalah agenda yang disebut acuan (sibghah) sendiri. Pembebasan harus bermula daripada anjakan jati diri hingga merdeka daripada penjajahan dan penindasan dalam semua aspek kehidupan. Bebas daripada perhambaan dan menjadi alat kepada orang lain adalah kemerdekaan sejati.
Bila diungkap persoalan perubahan dan pembebasan, maksud kami ialah hadaf (matlamat) kita ialah ke arah terbentuk dan tertegaknya kehidupan Islam secara fungsional dalam segala kelengkapan dan kesempurnaannya. Kehidupan Islamik yang diterjemah pada setiap perjalanan sama ada ditingkat perseorangan mahupun ditingkat keluarga, masyarakat serta bernegara.
Oleh itu, kami menyarankan proses penghayatan terhadap perubahan yang hendak dibawa kepada setiap pemimpin negara. Perjuangan yang benar-benar mempunyai daya penerusan dan konsistensi ialah apabila penerajunya, pemimpinnya, aktivisnya dan pendokongnya menjadi cerminan yang berfungsi menterjemahkan pada diri sendiri segala yang diseru dan yang disemboyankan.
Jelas usaha untuk menampilkan diri sebagai umat terbaik terhalang oleh bebanan yang dipikul oleh umat itu sendiri. Kita sedang berhadapan dengan cabaran bukan sahaja daripada anasir luar akan tetapi juga cabaran internal. Kita sedang berdepan krisis multidimensi, merentas bidang dan merangkum seluruh warga ummah. Ummah kehilangan daya, wibawa dan jati diri. Akibatnya parah. Ummah yang bergantung kepada orang lain mudah diperkotak-katikkan. Bermakna hilang kuasa dan kedaulatan. Akhirnya nasib ditentukan bukan oleh diri sendiri akan tetapi oleh pihak lain.
Sebagai akibat, umat terheret dalam kesesatan. Kesesatan ini ditambah parah dengan ketidakupayaan para ilmuan dan agamawan memberi pencerahan. Arus kemodenan mengaburkan garis pemisah antara haq dan batil. Dengan yang demikian mulai muncul faham sesat lagi mengelirukan.
Daripada kerosakan pemikiran inilah krisis umat mulai membibit. Kebejatan sosial dengan segala bentuk dan coraknya tidak terupaya dibendung. Memang banyak pihak yang memperkatakan ehwal umat yang sangat merunsingkan. Akan tetapi hanya bersungut sahaja yang dapat didengari.
Kita perlu merdeka dan berhijrah dalam erti kata sebenar.
MOHD AZMI ABDUL HAMID @ CIKGU AZMI
Presiden MAPIM
SINAR HARIAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/02/menjiwai-merdeka-dan-hijrah-1441/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Authorities Give Greenlight To Celebrate At Padang Merdeka

Authorities Give Greenlight To Celebrate At Padang Merdeka

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 125 hits
Ng Anthony on his left Soo and others gather for a group photo after the launch of 722 Sarawak Independence Day 2019 KUCHING July 22 is definitely Sarawak Day but more importantly and officially it is Sarawak Independe
Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meningkat kepada 62 peratus pada Jun lalu berbanding 55 peratus pada Mei kata badan kaji selidik Merdeka Centre Selain itu kaji selidik yang dilakukan Merdeka Cent...
Kord Lagu Aishah Bahtera Merdeka

Kord Lagu Aishah Bahtera Merdeka

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 616 hits
Aishah Bahtera Merdeka Chord Lirik Lagu Em B Em Bunda senyum riang Am B Em Menerima bahtera merdeka B C Putra putri sayang Am B Sedang berjuang Am B Em Fajar telah tiba Am Em Nan menyising membawa harapan B C Tanah semenanjung B Em Permata ...
Stb Ambang Merdeka Virtual Walk 2019

Stb Ambang Merdeka Virtual Walk 2019

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 649 hits
STB Merdeka Virtual Walk 2019 brought to you by SELAT TEBRAU BABYWEARERS in conjunction of 62nd Merdeka Celebration A Virtual Walk is a walking event that can be done anywhere All you need is a running app and a pair of shoes 15KM in 30days...
Misi Kemanusiaan Suami Yatt Hamzah Heliza Helmi Tv Al Hijrah Ditahan Di Mesir

Misi Kemanusiaan Suami Yatt Hamzah Heliza Helmi Tv Al Hijrah Ditahan Di Mesir

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 660 hits
Zulfadhli terkandas di Mesir ketika menyertai misi kemanusiaan wakeupforgaza HALAMAN HIBURANKL Suami kepada pelakon Yatt Hamzah iaitu Zulfadhli Khiruddin kini terkandas di sempadan Mesir selepas usaha keluar dari negara tersebut disekat ole...
Hijrah Saudara Baru Ayana Moon

Hijrah Saudara Baru Ayana Moon

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 798 hits
Bintang media sosial yang terkenal Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea mualaf yang telah memeluk agama islam sekali gus mencuri perhatian ramai Baru baru ini Ayana telah memaklumkan adik lelakinya juga telah memeluk agama Islam b...
Ramadhan Syawal 1440 Hijrah

Ramadhan Syawal 1440 Hijrah

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum w b tMacam biasalah terlambat post kalau boleh sehari sebelum raya tahun depan baru nak post entri raya tahun ni Hahaha Walau apa punnn aku still lah nak mendokumentasikan raya tahun ni dalam blog kesayangan ku ini Raya kali...
Love Our Malaysia A Clean Malaysia Theme For Merdeka Malaysia Day

Love Our Malaysia A Clean Malaysia Theme For Merdeka Malaysia Day

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 725 hits
The theme for the 2019 National Day and Malaysia Day is Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih to stress the importance of unity and patriotism for the well being of the people as well as shared prosperity Communications and Multimedia Minister...
Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Healing Usia Kita Lain Macam Trip Percutian Sheila Rusly Bersama Bff Ramai Tag Kawan Ajak Plan Sama

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua