Menjiwai Makna Lailahaillallah Alhamdulillah Allahuakbar


Kita selalu berzikir dengan menyebut kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwata illabillahil aliyyilazim, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar menjiwai dan memahami maksud zikir-zikir tersebut?


Dari segi bahasa, hampir semua dari kita tahu maksudnya, tetapi huraian maksud setiap zikir tersebut mungkin ramai yang tidak tahu.

Pada artikel kali ini saya akan berkongsi penerangan huraian maksud zikir tersebut.

1. Subhanallah

Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah, bahawa kita meyakini Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci, tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul.

Contohnya, di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk diberi hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah.

Ketahuilah bahawa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu.

Misalnya, ketua yang pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama dan lebih layak untuk menerimanya.

Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata.

Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.

2. Alhamdulillah

Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah dan dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah.

Apabila ada orang yang memuji kita sama ada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah.

Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki sama ada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah.

Ada orang yang merasa hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat.

Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah.

Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah, kerana di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita.

Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya, Insya Allah akan bertambah nikmatNya.

3. Lailahaillah

Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan dari segi huraian maksudnya, kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini.

Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala, tetapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, lelaki kaya dan berkuasa, pangkat, manusia dsb.

Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut.

Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur.

Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb.

Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT.

Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT?

Berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.

4. Allahu Akbar

Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar dan huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat.

Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu.

Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang telah mereka kerjakan.

Allah berfirman, "Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak." (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas dan sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu.

Jadi, layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini?

Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT.

Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya dan mesti mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.

5. Lahawlawala Quwwata illabillahil Aliyil Adzim

Maksud Lahawlawala Quwwata illabillahil Aliyil Adzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Dari segi huraian maksudnya, kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa.

Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb.

Takutlah hanya kepada Allah SWT kerana sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja, langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri kita kecuali diizinkan oleh Allah SWT.

Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwata illabillahil Aliyil Adzim adalah seperti 3 hadis berikut:

Hadis 1

Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah SAW merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:

"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang aku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku."

Baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah kau ucapkan, SUBHANALLAH sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAH sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 33 kali sebelum tidur di malam hari."

Rasulullah SAW bersabda lagi, "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."

Hadis 2

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah SAW datang kepada kami dan bersabda: "Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat r.a. bertanya, Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda, Ambillah perisai untuk melindungi kamu dari api neraka. Bacalah: Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah. Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya." (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain)

Keterangan

Dalam hadis dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya" bermaksud, dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan "berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud, dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan seksa.

Hadis 3

Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
10 Golongan Manusia Yang Masuk Syurga Tanpa HisabSatu Kata Yang Kita Selalu Ingat Namun Kurang Dimaknai
sumber: lautan-biru



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/lailahaillallah-alhamdulillah-allahuakbar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Ainul Tak Perlu Bantuan Oksigen Lagi

Alhamdulillah Ainul Tak Perlu Bantuan Oksigen Lagi

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 347 hits
Alhamdulillah Ainul tak perlu bantuan oksigen lagi Bayi istimewa Ainul Mardhiah hari ini sudah boleh bernafas sendiri dan tidak memerlukan bantuan oksigen lagi Khabar gembira dan perkembangan terkini itu dikongsikan sendirinya bapanya Ahmad...
Alhamdulillah 5 Bulan Dah Adik Kakna

Alhamdulillah 5 Bulan Dah Adik Kakna

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 550 hits
Assalamualaikum helluuu Tak sabar rasanya nak updated cerita pasal adik kakna ni Almaklumlah 3 tahun rehat dari mengandung tuptup tahun ni Allah bagi rezeki Kami laki bini dok lah teka teki bila nak bagi kakna adik rupanya tetiba ada dah ih...
Pageviews Blog Cecah 2 Juta Alhamdulillah

Pageviews Blog Cecah 2 Juta Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 360 hits
Pageviews blog dah cecah 2 juta Macam tak caya pun ada Tapi betul lah pageviews blog dah cecah 2 juta hari ini Walau pageviews blog dah cecah 2 juta tapi itu tak bermakna akan dapat RM2 juta ringgit pun Cuma perkara sebegini dapatlah dijadi...
Alhamdulillah Isteri Saya Selamat Melahirkan Anak Lelaki Abam Bocey Dapat Anak Lelaki

Alhamdulillah Isteri Saya Selamat Melahirkan Anak Lelaki Abam Bocey Dapat Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 450 hits
Isteri Abam Bocey telah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Selayang hari ini dan berita gembira ini telah dikongsi oleh Abam menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis Alhamdulillah isteri say...
Alhamdulillah Rsud Syariah Telah Diresmikan Di Tangerang

Alhamdulillah Rsud Syariah Telah Diresmikan Di Tangerang

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 255 hits
Senyumperawat com Rumah Sakit Umum Daerah Kota Tangerang telah menerapkan prinsip syariah sejak awal 2019 Sesuai prinsip RS Syariah terdapat layanan spesial di RSUD Kota Tangerang bagi pasiennya Layanan ini bisa dinikmati semua pasien tanpa...
Alhamdulillah Pembedahan Ainul Berjaya Kini Semakin Stabil

Alhamdulillah Pembedahan Ainul Berjaya Kini Semakin Stabil

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 419 hits
TERDAHULU menerusi posting yang dibuat oleh bapa bayi derita kanser mulut Ahmad Safiuddin telah menimbulkan tanda tanya ramai mengenai keadaan terkini bayi itu Difahamkan adik Ainul telah menjalani pembedahan sejak malam tadi justeru ramai ...
Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

Berkat Doa Sokongan Rakyat Malaysia Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 635 hits
Kisah adik Ainul Mardhiah yang menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang prihatin sebelum ini telah dilaporkan selamat menjalani pembedahan kelmarin Ainul yang menghidapi kanser mulut Germ Cell Tumor yang sebelum ini seperti...
Iklan Raya Lazada 2019 Raya Paling Bermak Makna

Iklan Raya Lazada 2019 Raya Paling Bermak Makna

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 787 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Lazada mempersembahkan kisah dua jiran Mak Ani Mak Dah yang sering berdaya saing Mujurlah terdapat seorang pemuda yang mengingati mereka bahawa menyambut perayaan bersama lebih bermakna
10 Makna Chat Dari Cewek Yang Huruf Belakangnya Dibanyakin Sering Banget Dapet Pesan Begini Kan

10 Makna Chat Dari Cewek Yang Huruf Belakangnya Dibanyakin Sering Banget Dapet Pesan Begini Kan

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 504 hits
Bahkan Sherlock Holmes atau Conan Edogawa aja bingung mengartikan chat yang huruf belakangnya dibanyakin begini sulit
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl