Menjerit Lihat Kereta Dipandu Kakak Bertembung Treler


Norzamira Che Noh   Zabaidah (duduk kiri) sedih melihat pengebumian jenazah dua anak dan dua cucunya di Tanah Perkuburan Islam Morib, Banting, petang tadi, - NSTP/ Muhd Asyraf Sawal  BANTING: Seorang lelaki yang baru melangsungkan perkahwinan Jumaat lalu, hanya mampu menjerit ketika melihat kereta PERODUA Myvi dipandu kakaknya bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Bentong-Raub, Pahang, awal pagi tadi. Muhammad Azwan Abdul Muid, 26, berkata ketika kejadian pada jam 4 pagi itu, beliau yang memandu ditemani isteri dan ibunya sedang berkonvoi untuk pulang ke Banting selepas selesai majlis perkahwinannya di Pasir Mas, Kelantan.
"Kami menaiki tiga kereta berasingan iaitu saya bersama ibu dan isteri, manakala arwah kakak, Marlianna serta Marlia menaiki kereta lain bersama Muhammad Aisy Harraz Aziz dan Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin dan kereta ketiga dinaiki seorang lagi kakak saya, Marlina bersama suaminya.
"Ketika kejadian, Marlianna memandu di hadapan saya dan saya lihat keretanya memasuki lorong sebelah (bertentangan) yang kemudian bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.
"Saya tidak pasti sama ada dia mahu memotong atau mengantuk ketika itu. Saya begitu terkejut dan hanya mampu menjerit. Ibu juga turut menjerit memanggil nama kakak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Bayu, Morib, hari ini.
Dalam kemalangan itu, empat sekeluarga terbunuh iaitu Marlianna, 37; adiknya, Marlia, 36; Muhammad Faizz Aryan , 9, yang juga anak Marlia, dan Muhammad Aisy Harraz, 7, (anak Marlina).
Jenazah empat mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Morib, Kuala Langat pada jam 4.55 petang tadi.
Pengebumian itu dihadiri keluarga termasuk ibu arwah, Zabaidah Talib, 61, yang dilihat lemah dan sedih dengan pemergian dua anak serta cucu.
Muhammad Azwan berkata, selepas pertembungan itu, beliau menghentikan kereta dan melihat kereta kakaknya sudah remuk dan dua anak saudaranya tersepit di tempat duduk belakang.
Beliau berkata, Marlia sebelum itu sempat berpesan kepada isterinya, Nadzirah Kamaruddin, 26, supaya menjaganya dengan baik.
Sementara itu, bekas suami Marlia, Mohd Faizuddin Rosman berkata, dia sepatutnya menemui anaknya, Muhammad Faizz Aryan hari ini.
"Saya baru membeli permainan helikopter untuk diberi kepadanya hari ini dan kebiasaannya kami akan berjumpa pada hari minggu, tetapi hasrat saya tidak kesampaian.
"Saya dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh keluarga Marlia awal pagi tadi," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/menjerit-lihat-kereta-dipandu-kakak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Sekeluarga Maut Myvi Bertembung Treler Di Bentong

Empat Sekeluarga Maut Myvi Bertembung Treler Di Bentong

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 289 hits
Oleh CYBERJAYA Empat sekeluarga termasuk dua kanak kanak maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4 Jalan Bentong Raub di Bentong kira kira 195 kilometer dari Kuantan...
Video Tak Lepas Memotong Bertembung Treler Empat Sekeluarga Maut Pulang Dari Kenduri Kahwin

Video Tak Lepas Memotong Bertembung Treler Empat Sekeluarga Maut Pulang Dari Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 248 hits
Empat sekeluarga termasuk dua kanak kanak yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Bentong Raub awal pagi tadi sedang dalam perjalanan pulang ke Morib Selangor selepas menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu Kelantan...
Siap Dah Packing Barang2 Kakak

Siap Dah Packing Barang2 Kakak

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 455 hits
Alhamdulillah Dah siap packing dah barang2 kakak untuk ke asrama Antara MRSM Alor Gajah Sek Men Sains Muar Apa pilihan kakak Ye Kakak memilih untuk menimba ilmu di Sek Men Sains Muar Memang itu pilihan pertama dia jika dapat SBP Andai kata ...
Cauc I Kenapa Macam Ni Saya Tak Sengaja Rider Maki Pemandu Honda Sampai Pecahkan Cermin Kereta

Cauc I Kenapa Macam Ni Saya Tak Sengaja Rider Maki Pemandu Honda Sampai Pecahkan Cermin Kereta

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 437 hits
The ReporterViral di media sosial video seorang penunggang motosikal memaki hamun pemandu wanita di tengah jalan dalam kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa jam 3 25 petang Isnin 15 Mac 2021 Lu mari keluar Pala o...
Wahh Bagusnya Kakak Puji Jangan Kecam Beri Kepercayaan Anak Lakukan Tugas

Wahh Bagusnya Kakak Puji Jangan Kecam Beri Kepercayaan Anak Lakukan Tugas

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 227 hits
Bukan mudah untuk mendidik anak melakukan sesuatu tugas terutama tugas rumah Malah ibu ayah perlu membiasakan mereka dengan pelbagai tugasan sejak kecil lagi Mungkin ada caranya yang lebih tepat untuk mengajar mereka Baca pandangan ni Berik...
Kakak Dapat Sbp Jugak

Kakak Dapat Sbp Jugak

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 206 hits
Hari ni keputusan SBP keluar Mama tak sempat nak tolong check sebab ada kursus Ayah plak bz ngan kursus gak Jadinya kakak la kene check sendiri dan dia wasap jer result Alhamdulillah Kakak Dapat jugak tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Yang...
Lelaki Dipenjara 2 Tahun Kerana Ugut Bunuh Kakak Tak Masak Nasi Selepas Dia Bangun Dari Tidur

Lelaki Dipenjara 2 Tahun Kerana Ugut Bunuh Kakak Tak Masak Nasi Selepas Dia Bangun Dari Tidur

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 321 hits
Mahkamah Majistret Kota Bharu Kelantan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang buruh atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya hanya kerana tidak memasak nasi dalam kejadian 17 Mac 2021 Mohammad Shafiq Romly ...
Ugut Kakak Sebab Tak Masak Nasi Buruh Kena Penjara 2 Tahun

Ugut Kakak Sebab Tak Masak Nasi Buruh Kena Penjara 2 Tahun

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh PUNCA bangun tidur nasi tak ada Akibatnya kakak dimaki hamun sampai mengugut hendak bunuh mangsa Kesudahan tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini Ia berhubung kesalahan pertuduhan melaku...
Dia Masuk Kedai Pukul Muka Adik Guna Helmet Kakak Mangsa

Dia Masuk Kedai Pukul Muka Adik Guna Helmet Kakak Mangsa

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 1289 hits
The ReporterKemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah petang semalam berpunca dari pemandu Suzuki Swift merempuh tiga buah kenderaan lain sehingga maut mengundang persoalan netizen apabila ada seorang wanita tampil memaklumkan adik...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin