Menjawab Shahbudin Penjelasan Supol Annuar Musa


 
Sahabat saya Shahbuddin Husin dalam hantaran terbaharu di blognya mempersoalkan kenapa Tan Sri Annuar Musa (TSAM) tidak kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) yang pada anggapannya sedang berdepan dengan kritikan hebat dari pelbagai penjuru sejak mengambil alih tampuk kerajaan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).
Dalam tulisan yang sama Shahbuddin turut membandingkan peranan yang dimainkan oleh TSAM pada era TSMY menjadi perdana menteri dengan apa yang dilakukannya sekarang. Perbandingan yang membawa kepada kesimpulan seolah-olah TSAM begitu beria-ia mempertahankan TSMY, tetapi bersikap sebaliknya kepada DSIS.
Kata Shahbuddin, sepatutnya sebagai menteri komunikasi dan multimedia, TSAM harus memainkan peranan yang lebih aktif. Mungkin dia maksudkan bukan setakat menjadi perisai, tetapi menjadi tembok batu.
Sebagai penulis politik, kita faham Shahbuddin hanya menjalankan tugasnya. Kita juga faham bahawa sebagai blogger yang kuat mendokong fahaman dan agenda pembangkang, Shahbuddin perlu memanfaatkan apa sahaja peluang yang ada untuk menggembirakan pasukan – dan mungkin juga majikannya.
Di Malaysia, menjadi penulis politik bukanlah sesuatu yang sukar. Ia boleh dilakukan oleh kebanyakan orang. Hanya dengar apa yang orang cakap, kemudian tulislah. Buatlah kesimpulan dan andaian sendiri. Tidak perlu bersusah payah membuat semakan, apatah lagi kajian dan penyelidikan yang sememangnya bukan budaya kita.
Jika Shahbuddin meluangkan sedikit masa untuk menyemak dan menilai apa yang TSAM telah lakukan sejak menjadi menteri KKMM, besar kemungkinan nada tulisannya akan berbeza. Tajuk tulisan itu juga mungkin tidak berbunyi ‘Annuar Musa Tidak Bantu Ismail Sabri?’, sebaliknya akan berbunyi, ‘Kenapa Annuar Musa asyik bantu/pertahan Ismail Sabri?’.
Saya katakan begitu kerana memang itulah yang dilakukan oleh TSAM. Dia bekerja keras siang dan malam bagi mempertahankan kerajaan yang diterajui oleh DSIS. Saya membuat kenyataan ini bukan berdasarkan cakap dengar yang dikutip dari bistro atau kedai kopi, tetapi berdasarkan hubungan kerja saya dengan beliau.
Saya boleh katakan bahawa tidak ada hari bagi TSAM tanpa usaha dan langkah memperkukuhkan kedudukan kerajaan, khususnya DSIS. Saya rasa ramai orang, termasuk Shahbuddin tahu bahawa TSAM merupakan antara penggerak utama misi Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh DSIS. Bermula daripada peringkat draf sehingga dilancar dan dilaksanakan, peranannya bukan calang-calang. Dialah yang mencipta lagu Keluarga Malaysia, mengadakan pelbagai program dalam pelbagai format dengan matlamat untuk memastikan Keluarga Malaysia benar-benar meresapi jiwa setiap anak watan negara ini sejajar dengan hasrat perdana menteri. Kini, sedang berjalan Town Hall Bicara Keluarga Malaysia, dan TSAM jugalah penerajunya.
Sebagai supolnya, saya tahu bahawa setiap minggu TSAM akan duduk bersama dengan pasukan dari pejabat perdana menteri (PMO) untuk menguruskan hal-hal yang melibatkan kepentingan kerajaan. Dia juga sentiasa bersama dengan Jawatankuasa Komunikasi Kabinet untuk mendengar, merangka, membincang, merencana dan melaksana apa yang perlu.
Sepintas lalu memanglah semenjak menjadi menteri KKMM, TSAM kelihatan tidak segarang semasa menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tetapi bukankah memang sepatutnya begitu? Konflik kepentingan akan berlaku apabila dia, selaku menteri KKMM menggunakan kedudukannya untuk berlebih-lebih dalam soal politik, apatah lagi yang berhubung kait dengan kedudukan perdana menteri yang merupakan salah seorang pemimpin partinya. Akan timbullah pula nanti dakwaan yang dia menggunakan saluran dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti dan seumpamanya. Yang hingar nanti penulis macam Shahbuddin juga.
Lain keadaannya dengan di KWP di mana ruang untuk dia bercakap dan menyuarakan pandangan lebih terbuka. Konflik of interest memang ada, tetapi ia boleh diminimumkan berbanding dengan kedudukan sebagai menteri KKMM. Sebagai orang yang cukup lama menjadi pengamat politik, malah pernah terlibat secara langsung dalam politik, saya yakin Shahbuddin faham bahawa strategi politik mempunyai kepelbagaiannya. Ahli politik yang hebat tidak akan menggunakan strategi yang sama sepanjang masa. Contohnya, dengan mendakwa ‘ada sokongan dan cukup bilangan’ berkali-kali.
Saya juga percaya bahawa Shahbuddin dan beberapa pihak lain bukanlah berhajat sangat untuk melihat TSAM mempertahankan DSIS. Apa yang disuarakan bukan bertujuan mengukuhkan kedudukan DSIS, tetapi sekadar untuk memasang perangkap adu domba. Maaf, sahabat, kami tidak akan terjatuh ke dalamnya.
Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi, Setiausaha Politik Tan Sri Annuar Hj Musa.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/menjawab-shahbudin-penjelasan-supol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Tidak Bantu Ismail Sabri

Annuar Musa Tidak Bantu Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 167 hits
Menjadi perbualan di kalangan beberapa pemimpin UMNO kebelakangan ini tentang kedudukan Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta peranannya dalam mempertahankan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Sebagaimana dise...
Apa Khabar Annuar Musa

Apa Khabar Annuar Musa

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 136 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan hanya enam daripada 190 bahagian UMNO seluruh negara setuju untuk pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15 Katanya dapatan itu adalah berdasarkan laporan yang dihantar UMNO bahagian...
Prn Tumpu Muafakat Dan Penyatuan Melayu Tidak Perlu Saling Menyerang Annuar Musa

Prn Tumpu Muafakat Dan Penyatuan Melayu Tidak Perlu Saling Menyerang Annuar Musa

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 212 hits
Oleh Tan Sri Annuar Musa BAHANG Pilihan Raya Negeri Johor semakin panas apabila semakin banyak parti berminat menyertainya dan pemimpin parti masing masing juga telah memulakan kempen menyerang parti lawan Bagaimanapun Menteri Komunikasi da...
Rtm To Bid For 2022 World Cup Broadcast Rights Says Annuar

Rtm To Bid For 2022 World Cup Broadcast Rights Says Annuar

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 197 hits
Communications and multimedia minister Annuar Musa says the ministry needs a little more time to finalise the negotiations on broadcasting rights for the 2022 World Cup KUALA LUMPUR The government has in principle agreed for Radio Televisye...
Pengamal Media Harus Dukung Prinsip Berita Tepat Beretika Kata Annuar

Pengamal Media Harus Dukung Prinsip Berita Tepat Beretika Kata Annuar

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 114 hits
BERNAMA Pelaporan yang melanggar undang undang tidak sepatutnya berlaku dan mestil dielakkan Prinsip kebenaran dan ketepatan maklumat perlu dipegang teguh pengamal media dalam melaporkan berita Gambar Bernama Pengamal media bertanggungjawab...
Candidates For Johor Polls Can Use Rtm To Reach Voters Says Annuar

Candidates For Johor Polls Can Use Rtm To Reach Voters Says Annuar

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 268 hits
Communications and multimedia minister Annuar Musa said the initiative would complement efforts towards developing a mature democratic process JOHOR BAHRU All candidates in the Johor state elections including the opposition can use the chan...
Annuar Defends Court Cluster After Hadi Blames Them For Johor Polls

Annuar Defends Court Cluster After Hadi Blames Them For Johor Polls

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 202 hits
PAS president Abdul Hadi Awang was not right in alleging that the Johor snap polls were engineered by the court cluster and those who lost in the 14th general election said Ketereh Umno division chief Annuar Musa The communications and mult...
5 Doa Nabi Musa Untuk Diamalkan Dari Memohon Kemudahan Hingga Terhindar Dari Fitnah

5 Doa Nabi Musa Untuk Diamalkan Dari Memohon Kemudahan Hingga Terhindar Dari Fitnah

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 244 hits
Doa nabi Musa juga boleh diamalkan oleh muslimin dan muslimat untuk memohon kepada Allah Nabi Musa sendiri adalah seorang nabi yang mempunyai cara hidup yang luar biasa Supaya ini dapat dijadikan teladan bagi umat Islam yang kini menjalani ...
Annuar Don T Spread Unverified News On Dr M S Health Condition

Annuar Don T Spread Unverified News On Dr M S Health Condition

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 133 hits
The public has been urged not to spread any news regarding the health condition of Dr Mahathir Mohamad unless it is based on official sources such as the family or hospital Instead Communications and Multimedia Minister Annuar Musa asked th...
Merry Christmas And Happy New Year

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas