Menjamu Selera Di Tapaq King Ikan Bakar Port Dickson


Misi utama ke Port Dickson sebenarnya nak makan ikan bakar dan asam pedas. Sehari sebelum puasa kami rancang ke Port Dickson. Nak ke Melaka macam malas nak pergi jauh-jauh walaupun perjalanan ke Melaka tu tak ambil masa lama sejam lebih je.
Lebih baik pergi tempat dekat-dekat je. Cepat sampai. Yang penting tak jem! Malas betul nak menghadap jem. Walaupun budak-budak dah naik sekolah, syukurlah tak jem. Usah sibuk bergambar di Pantai Tanjung Gemok, kami menuju terus ke Tapaq King Ikan Bakar tempat makan viral di Port Dickson

Masa pergi Port Dickson sebelum ni ada nampak signboard Tapaq King Ikan Bakar Port Dickson sebesar alam ni dari jalan besar. Ini kalilah kami singgah nak menjamu selera disini. Kebetulan kami nak makan ikan bakar dan asam pedas ada di Tapaq King Port Dickson ni. 


Tapaq King Ikan Bakar ni buka pukul 12:00 tengahari. Kami sampai lebih kurang 12 setengah macam tu. Tak ramai pengunjung yang ada. Mungkin sebab hari waktu bekerja

Tapaq King Ikan Bakar ni stand alone dengan kawasannya yang luas. Parkir luas, meja kerusi luar dalam pun banyak. Confirm lah hujung minggu dipenuhi orang ramai

Disini sistem dia kena layan diri. Kena beratur, ambil pinggan dengan dulang sekali. Lepas tu akan melalui kaunter lauk pauk dimulakan dengan ikan bakar. Ada pelbagai jenis ikan bakar. Saya ambil ikan cencaru bakar. 
Tudiaaa..bapak besar dia punya ikan cencaru. Ingatkan bila order baru dia bakar. Rupanya dah siap-siap di bakar, tinggal curahkan sambal je. Kecewa dah di situ sebab kita nak makan ikan bakar panas-panas. Selain ikan cencaru ada ikan siakap, mambong, talapia dan bawal



Sebelah ikan bakar, lauk pauk asam pedas. Encik suami pilih ikan mambong. Kecewa sekali lagi sebab tak ada ikan kembung. Yang ni pun dah siap masak, pekerja tinggal masukkan dalam mangkuk je. Ikan bakar sudah, asam pedas sudah. Kami ambil sepinggan ulam-ulaman ada hirisan tomato, kubis dan hirisan timun yang dah siap disediakan. Tinggal ambil je.


Dah ambil lauk semua, hujung sekali kaunter bayaran. Kena bayar dulu sebelum makan. 
Nasi putih x2
Ikan cencaru bakar
Asam pedas mambong
Sepinggan ulam-ulaman
2 gelas teh o ais
Total semuanya RM40
Murah ke mahal? Pada saya murah dah tu. Dari segi rasa macamana pula? Rasa tu pada saya bolehlah kalau datang masa tengah lapar. Bila lapar confirm makanan habis sampai tak sempat nak fikir makanan tu sedap ke tidak

Lebih berselera makan jika ikan bakar di bakar selepas order. Dapat makan ikan bakar panas-panas baru nikmat. Baru betul namanya ikan bakar. Bila dah dibakar terlebih dahulu, jadi sejuk dan isinya agak kering. Mujur juga ada sambal tapi itupun tak panas juga. 
Kuah asam pedas sedap jugalah tapi itulah sejuk juga. Isi ikan mambong pun agak keras. Kalau dimasak panas-panas pasti sedap

Kesimpulannya semua lauk pauk dan nasi dalam keadaan sejuk gitu. Kita faham kedai macam ni kalau ramai pengunjung memang tak menang tangan nak layan. Sebab tu sistem dan penyediaan lauk macam ni. Apa-apapun ikut selera masing-masing

Cuma kecewa sikit lah sebab datang dari jauh nak menikmati makanan sedap tapi apakan daya, itulah rezeki kami hari semalam. Kami bedal je sebab dah lapar kan


Selain ikan bakar, asam pedas banyak lagi menu yang menarik selera antaranya siput sedut, masakan lemak cili api dan macam-macam lagi. Banyak pilihan lah cerita dia. Pilih je nak yang mana ikut tekak masing-masing. Banyak juga booth-booth yang ada jual pelbagai menu.

Ikutkan kami nak makan ikan bakar tempat favourite kami di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang Port Dickson tapi tak kena masa pula. Biasa dia buka lewat sikit. Risau je kalau kesana tak buka. Itu yang tersinggah sini konon nak cuba tempat baru.
Lepas tu nak makan asam pedas Claypot UDA PD tapi lokasi kedainya dah berubah dan petang-petang baru buka rasanya. Tak apalah, tak ada rezeki nak makan tempat favourite. Dapat makan di Tapaq King Ikan Bakar ni pun okaylah buat rasa-rasa

Nak kesini, waze kan je Tapaq King. Sure sampai


Misi makan ikan bakar dan asam pedas sebelum puasa is done..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/03/tapaq-king-ikan-bakar-pd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Acar Ikan Cencaru Rasa Masam Manisnya Tambat Selera

Acar Ikan Cencaru Rasa Masam Manisnya Tambat Selera

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 193 hits
Ikan cencaru antara ikan yang menjadi kegemaran ramai dan menjadi ikan yang sering digunakan di dalam masakan Dalam kepelbagaian masakan tersebut pernah cuba acar ikan cencaru Ikuti resipi perkongsian daripada Cukup dapat makan dengan nasi ...
Menu Berbuka 1 Ramadan Ikan Cencaru Bakar Bersambal Dan Butterhead Lettuce

Menu Berbuka 1 Ramadan Ikan Cencaru Bakar Bersambal Dan Butterhead Lettuce

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 240 hits
Hari pertama berpuasa cuaca mendung Alhamdulillah kurang sikit dugaan berpuasa berbanding kalau cuaca panas Stok barang dapur pula kehabisan Segala jenis binatang dah pupus dalam peti ais Yang ada hanya telur je Petang baru encik suami memb...
Resepi Pes Ikan Bakar

Resepi Pes Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 1379 hits
bakar ikan dengan pes ikan bakar homemadeBahan bahan 10 biji bawang merah4 biji bawang besar1 2 labu bawang putih2 ikat serai10 cm halia2 cm lengkuas2 cm kunyit hidupcili padi Blend semua bahan bahan di atas Tumis cili boh dan masukkan baha...
Resepi Ikan Bakar Sedap Dengan Bahan Mudah

Resepi Ikan Bakar Sedap Dengan Bahan Mudah

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum Baru puasa ke 3 SA dah takde idea nak masak apa untuk berbuka jalan jalan kat FB tadi ternampak rezepi ni plak selalu buat ikan bakar kosong aje kan why not cuba buat ikan bakar cara ni plak aduhai tengok gambar ikan bakar n...
Sambal Mangga Ikan Bakar Tengok Pun Dah Terliur

Sambal Mangga Ikan Bakar Tengok Pun Dah Terliur

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 295 hits
Sambal mangga ikan bakar ini kalau tengok pun dah terliur Dapat bayangkan rasa masam dan pedas yang memikat selera Tambah lagi kehadiran ikan sardin bakar yang ada rasa manis yang tersendiri Ha sedap kan Orang belah pantai timur ada yang me...
Singgah Sebentar Berbuai Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson

Singgah Sebentar Berbuai Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 234 hits
Alang alang ke Port Dickson singgah sebentar di Pantai Tanjung Gemok nak menikmati permandangan pantai yang indah Haritu kami singgah ramai orang dan masa tu agak semak juga kawasannya Mungkiun sebab lepas PKP kot Agak terbiar Kali ni kami ...
Tarbus Buffet Dinner Ramadan 2023 Klana Beach Resort Port Dickson

Tarbus Buffet Dinner Ramadan 2023 Klana Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 339 hits
TARBUS BUFFET DINNER BUFFET RAMADAN 2023 MURAH SERENDAH RM30 Lagi beberapa hari sahaja kita nak berjumpa dengan bulan puasa atau bulan Ramadan Haaa Ada yang tengah mencari Buffet Ramadan ke tu Kalau korang berada di Port Dickson balik kampu...
Klana Beach Resort Port Dickson Menawarkan Sajian Ramadan Berkonsepkan Tarbus Buffet Dinner

Klana Beach Resort Port Dickson Menawarkan Sajian Ramadan Berkonsepkan Tarbus Buffet Dinner

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 289 hits
Assalamualaikum w b t Sajian Berkonsepkan Makanan Arabian Menjadi Pilihan Utama Buffet Ramadan Klana Beach Resort menawarkan konsep Tarbus Buffet Dinner yang julung kalinya diadakan The post appeared first on
Percutian Cuti Sekolah 2hari 1malam Di Port Dickson Negeri Sembilan

Percutian Cuti Sekolah 2hari 1malam Di Port Dickson Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 192 hits
Assalammualaikum w b t Percutian Singkat Bersama Keluarga Abangfh memang seorang yang suka sangat duduk hotel tiap bulan ada je pertanyaan dari dia bila nak The post appeared first on
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu