Menilai Realiti


Assalamualaikum warah matullah hiwabarokatuh.... Lama tak updated blog. Kononnya sibuk dengan projek, tapi kerja tak pernah siap jugak. Bagi mengisi (membersih sawang) di blog ini, saya mahu sharekan satu artikel terjemahan dari khutbah Yusuf Al-Qaradawi. Ia diterjemah oleh sahabat saya yang bernama Ahmad Asyraf Ilman di FBnya. Semoga Allah memberkatinya kerana bagi saya, ia diterjemah dengan baik, (mudah difahami). Semoga dapat sesuatu dari khutbah ini.

MENILAI********Terjemahan sebahagian petikan khutbah Dr Yusuf al-Qaradawi tentang pembacaan (penilaian) realiti umat. Saya budak baru belajar, pengkhususan saya bukan bahasa Arab, mohon perbetul mana yang salah.

Pembacaan Yang Sahih
"... Inilah dia pembacaan yang sahih, merangkumi segenap aspek, dan lengkap; pembacaan yang sempurna bagi menilai realiti ini. Adapun dengan menyebut kemenangan tapi melupakan kekalahan, menyebut keuntungan tapi melupakan kerugian, menyebut istiqamah tapi melupakan kekacauan, menyebut kebaikan tapi melupakan keburukan, maka ini bukanlah kejujuran jiwa, dan tidak ada keadilan bersamanya. Mukmin itu jika marah, marahnya tidak keluar daripada hak. Jika dia redha, keredhaannya tidak masuk ke dalam kebatilan. Dia merupakan insan yang seimbang, dia berlaku adil hatta terhadap dirinya sendiri, sepertimana firman Allah: 
۞ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُہَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ‌ۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرً۬ا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِہِمَا‌ۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْ‌ۚ وَإِن تَلۡوُ ۥۤاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرً۬ا (١٣٥)"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu." [an-Nisa : 135]
Konsep Keadilan
Di sana ada keadilan terhadap diri dan terhadap yang disayangi, dan di sana juga ada keadilan terhadap musuh dan terhadap yang dibenci, dan di dalam ayat lain Allah menyebut:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [al-Maidah:8]

Sekiranya kamu hendak menilai waqi' (realiti) dengan penilaian yang sahih, maka berlakulah adil terhadap dirimu dan juga terhadap musuhmu. Dalam Sahih Muslim, seorang sahabat berkata: "Hari Qiamat tidak akan berlaku sehinggalah Rom merupakan majoriti penduduk bumi."

Amru bin al-'As mendengar kata-kata itu lalu dia berkata, "Adapun engkau berkata mereka (Rom) itu begini dan begini, mereka itu selembut-lembut manusia ketika ditimpa ujian," dia menyenaraikan empat kebaikan bangsa Rom dan berkata, "Dan yang kelima ialah kebaikan yang sangat cantik: Kekuatan mereka menentang kezaliman pemerintah."

Amru bin al-'As mengatakan perkara ini dalam keadaan pada waktu itu ada peperangan antara Islam dan Rom di Palestin; dalam pembukaan Mesir dan selainnya mereka memerangi Rom - dia masih mengakui kebaikan orang Rom.


هذه هي القراءة الصحيحة، المستوعبة، الشاملة، قراءة شمولية لهذا الواقع، أما أن تذكر الانتصارات وتنسى الهزائم، تذكر المكاسب وتنسى الخسائر، تذكر الاستقامة وتنسى الانحرافات، تذكر الطيب وتنسى الخبيث فهذا ليس من إنصاف النفس، ولا من العدل معها، المؤمن إذا غضب لم يخرجه غضبه عن الحق، وإذا رضي لم يدخله رضاه في الباطل، يعني إنسان متوازن، فهو عدل حتى مع نفسه، كما قال الله تعالى (يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين بالقسط شهداء لله ولو على أنفسكم أو الوالدين والأقربين)، هناك العدل مع نفسك ومع من تحب، وهناك العدل مع عدوك ومع من تكره، والآية الأخرى تقول (يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهداء بالقسط ولا يجرمنكم شنآن قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى)، فإذا أردت أن تقوم الواقع تقويماً صحيحاً فكن عدلاً مع نفسك وكن عدلاً مع عدوك، في صحيح مسلم أن أحد الصحابة قال: أنه لا تقوم الساعة حتى تكون الروم أكثر أهل الأرض، فسمع ذلك عمرو بن العاص فقال له: أما وقد قلت ذلك فإنهم لكذا وكذا وكذا وكذا .. هم أحلم الناس عند فتنة، وعد أربعة فضائل لهؤلاء الروم، قال: وخامسة حسنة جميلة: وأشدهم امتناعاً من ظلم الملوك، أنهم يقاومون ظلم الملوك، شهد لهم عمرو بن العاص الذي كان في ذلك الوقت بينه وبين هؤلاء الناس معارك في إجنادين في فلسطين وفي فتح مصر وغيرها كان يحارب الروم، إنما شهد لهم.

Pembacaan Yang Sahih dan Benar Itu Jauh daripada Memberat-beratkan atau Meringan-ringankan

Seorang Muslim itu harus bersikap adil dan saksama sekalipun terhadap musuhnya. Dia mengiktiraf hakikat musuh baik kelebihan mahupun kekurangan mereka. Dia tidak cuba membesar-besarkan keburukan musuh dan tidak pula memperlecehkan kebaikan mereka. Sebahagian manusia memerhatikan keaiban dengan mikroskop, sehinggakan biji kacang dilihat sebagai kubah, kucing dilihat sebagai unta. Jangan begitu. Lihatlah kepada sesuatu as it is. Jangan membesar-membesarkan keaiban dan jangan pula melupakan kelebihan dan kebaikan. Ini merupakan satu aspek lain yang menjadikan pembacaan (penilaian) kita adil. Pembacaan yang sahih dan benar harus jauh daripada dua perkara: membesar-besarkan atau meringan-ringankan.

Sering kali apabila kita membaca (menilai) realiti, kita memberat-beratkan satu aspek atau membesar-besarkannya sepertimana yang kita lihat sebahagian manusia apabila bercakap tentang Israel, seolah-olah Israel itu tuhan di atas muka bumi ini. Kita pula seolah-olah hanya pawn di atas papan catur. Seolah-olah dunia ini mainan Israel. Seolah-olah setiap benda yang berlaku adalah kerja Yahudi dan Israel. Sehingga kejadian yang berlaku baru-baru ini (September 11), sebahagian manusia berkata, Israellah yang melakukan ini, tiada siapa lagi yang mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, tersusun dan terperinci melainkan Mossad, SEOLAH-OLAH KITA MEMPERTUHANKAN MANUSIA-MANUSIA ITU (ISRAEL). Ini merupakan sejenis daripada sikap memberat-beratkan dan membesar-besarkan sesuatu. Seolah-olah kita menghina diri kita sendiri. Seolah-olah kita tidak mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, bijaksana dan tersusun.

T/N: Mungkin pada waktu Dr Yusuf menyampaikan khutbah ini belum dijumpai bukti bahawa 9/11 merupakan perbuatan Yahudi. Ada yang mengatakan tiada Yahudi langsung dalam menara berkembar itu pada hari kejadian, wallahua'lam. But the fact remains: we are too Israel-phobic.


القراءة الصحيحة والحقيقية يجب أن تبتعد عن التهويل والتهوين


المسلم ينبغي أن يكون مقسطاً ومنصفاً حتى مع أعدائه ليعرفهم على حقيقتهم بمزاياهم وعيوبهم، لا يحاول أن يضخم في العيوب وأن يقلل في المزايا، بعض الناس ينظر إلى العيوب بميكروسكوب، يجعل من الحبة قبة، ومن القط جملاً كما يقولون، لا ، حاول أن تنظر إلى الأشياء كما هي، فلا تضخم العيوب ولا تنسى المزايا والحسنات، وهذا أيضاً يوصلنا إلى أمر آخر في القراءة لكي تكون قراءة منصفة وتكون القراءة صحيحة وحقيقية يجب أن تبتعد عن أمرين، التهويل والتهوين، كثيراً ما نقرأ الواقع فنهول من الأمر ونضخم فيه كما نرى بعض الناس حينما يتحدث عن إسرائيل كأنما إسرائيل هذه متألهة في الأرض، نحن أحجار على رقعة الشطرنج، والدنيا لعبة إسرائيل، وكل شيء من عمل اليهود ومن عمل إسرائيل، حتى الأحداث الأخيرة هذه، بعض الناس يقول إسرائيل هي التي عملت هذه، لا يستطيع أحد أن يعمل هذا الأمر بهذا الابتكار وهذا التخطيط وهذا التنظيم وهذا الإبداع إلا الموساد، كأننا نؤله هؤلاء الناس، هذا نوع من التضخيم والتهويل في هذه الأمور وكأننا نحقر أنفسنا، حتى لو أننا عملنا شيء فيه تخطيط وعقل وإدراك وتنظيم نستكثره على أنفسنا.

Ianya Hanyalah Dirimu Sendiri
Maka aku katakan bahawa memberat-beratkan ini merupakan satu masalah yang sangat bahaya - kamu membesar-besarkan musuh dan memandang rendah diri kamu sendiri - atau sebaliknya; banyak yang berlaku ialah sebaliknya: kita merendah-rendahkan musuh. Selalu kita dengar dahulu bahawa musuh ini segolongan manusia yang kita perlu beri pengajaran, campak ke dalam laut dan sebagainya, akhirnya apabila bertemu dengan musuh, cakap-cakap tadi tidak pun berlaku. Maka meringan-ringankan juga sama dibenci seperti memberat-beratkan. Kita mahu mengetahui sesuatu isu as it is, supaya kita mampu melihat masa depan kita dan menetapkan apa yang patut kita buat selepas itu.

Al-Quran ketika mana menceritakan tentang peperangan Uhud - peperangan yang terkenal dengan kemenangan kaum Muslimin pada awalnya kemudian selepas itu mereka tewas disebabkan ketidakpatuhan pada arahan Rasulullah SAW, ketika mereka melihat ghanimah dan berlakulah apa yang telah berlaku - al-Quran berkata:



وَلَقَدۡ صَدَقَڪُمُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥۤ إِذۡ تَحُسُّونَهُم بِإِذۡنِهِۦ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا فَشِلۡتُمۡ وَتَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ وَعَصَيۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَآ أَرَٮٰكُم مَّا تُحِبُّونَ‌ۚ مِنڪُم مَّن يُرِيدُ ٱلدُّنۡيَا وَمِنڪُم مَّن يُرِيدُ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۚ ثُمَّ صَرَفَڪُمۡ عَنۡہُمۡ لِيَبۡتَلِيَكُمۡ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا عَنڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (١٥٢)
"Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya (janji Allah) kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya (izin Allah), sehinggalah hati (semangat) kamu menjadi lemah dan berbantahan (sesama sendiri) dalam urusan (perang Uhud) itu dan kamu derhakai (perintah rasul) sesudah Dia (Allah) perlihatkan kepada kamu apa yang kamu gemari (harta rampasan). Ada antara kamu yang mahukan dunia, dan ada yang mahukan akhirat. Kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman." (Ali Imran : 152).
Maka berkata Ibn Mas'ud: "Aku tidak tahu bahawa dalam kalangan kita ada yang mahukan dunia, sehinggalah turun ayat ini."

"Ada antara kamu yang mahukan dunia," hatta dalam kalangan sahabat pun ada yang mahukan dunia, mereka melihat ghanimah dan menuju ke arahnya, mereka menimpakan ke atas kaum Muslimin apa yang telah tertimpa, "kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman."

Juga kerana ini hanya kesilapan yang tidak disangka-sangka, bukannya kesalahan yang thabit dalam kehidupan mereka, Allah berkata: "Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu."

إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَلَّوۡاْ مِنكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ إِنَّمَا ٱسۡتَزَلَّهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ بِبَعۡضِ مَا كَسَبُواْ‌ۖ وَلَقَدۡ عَفَا ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ۬ (١٥٥)"Sesungguhnya orang di kalangan kamu yang berpaling pada hari pertempuran dua angkatan (perang Uhud) itu, tidak lain (melainkan) mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan amal (kesalahan) yang mereka telah lakukan (sebelum ke medan perang), tetapi Allah telah memaafkan kamu." (Ali Imran : 155)
Antara mereka ialah Abdullah ibn Abbas dan sahabat-sahabat yang besar, "sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Halim (Maha Penyantun)."

Allah menerangkan peristiwa tersebut di atas hakikatnya:

أَوَلَمَّآ أَصَـٰبَتۡكُم مُّصِيبَةٌ۬ قَدۡ أَصَبۡتُم مِّثۡلَيۡہَا قُلۡتُمۡ أَنَّىٰ هَـٰذَا‌ۖ قُلۡ هُوَ مِنۡ عِندِ أَنفُسِكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (١٦٥)
"Dan mengapa ketika kamu dikenakan musibah (kalah dalam peperangan), padahal kamu telah mengenakan musibah (kemenangan ke atas musuh kamu) dua kali, kamu berkata: “Mengapa jadi begini?” Katakanlah: “Ianya daripada diri kamu sendiri.”" (Ali Imran : 165)
Dari mana datangnya (kekalahan) ini? Katakanlah "Ianya daripada diri kamu sendiri."


فأقول التهويل هذا قضية خطيرة جداً، فإذا هولت من أمر عدوك وهونت من أمر نفسك، أو العكس، كثيراً ما يحدث العكس، أننا نهون من أمر العدو، كثيراً ما سمعنا في الزمن الماضي أن هؤلاء حفنة من الناس وأننا سنؤدبهم ونؤدب من وراءهم سنرمي بهم في البحر وسنلقي بهم في كذا، ثم عندما التقينا بهم للأسف لم يكن الأمر كما قيل من قبل، فالتهوين أيضاً مرفوض كالتهويل، نريد أن نعرف الأمور على ما هي عليه، لنستطيع أن نستشرف مستقبلنا ونحدد ماذا نفعل بعد ذلك، القرآن حينما تحدث عن غزوة أحد، وغزوة أحد معروف أن المسلمين انتصروا فيها في أول الأمر ثم انكسروا وأصيبوا بما أصيبوا به نتيجة عصيانهم لأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم وعندما سال لعابهم على الغنائم وحدث ما حدث، القرآن قال (ولقد صدقكم الله وعده إذ تحسونهم بإذنه حتى إذا فشلتم وتنازعتم في الأمر وعصيتم من بعد ما أراكم تحبون) رأيتم النصر أمامكم (منكم من يريد الدنيا ومنكم من يريد الآخرة)، فقال سيدنا عبدالله بن مسعود ما كنت أعلم أن فينا من يريد الدنيا حتى نزلت هذه الآية، منكم من يريد الدنيا، حتى الصحابة منهم من يريد الدنيا، هناك الذين أرادوا الغنائم وتطلعوا إليها هم الذين جلبوا على المسلمين ما جلبوا، (ثم صرفكم عنهم ليبتليكم ولقد عفا عنكم والله ذو فضل على المؤمنين)، أيضاً لأن هذه كانت غلطة طارئة، وليست خطاً ثابتاً في حياتهم قال: ولقد عفا عنكم، (إن الذين تولوا منكم يوم التقى الجمعان إنما استذلهم الشيطان ببعض ما كسبوا ولقد عفا الله عنكم) كان منهم عبدالله بن عباس وبعض الصحابة الكبار، إن الله غفور حليم، فبين لهم الأمر على حقيقته، (أولما أصابكم مصيبة قد أصبتم مثليها قلتم أنا هذا قل هو من عند أنفسكم)، من أين جاءهم هذا؟ قل هو من عند أنفسكم.


**************Ulasan Seorang Hamba

1. Pada perenggan pertama, apa yang Yusuf Al-Qadrawi katakan ialah, kita perlu bersifat adil dalam menilai. Jika disebut kemenangan, tidak melupakan kekalahan, bila disebut kebaikan, tidak melukan keburukan. Pokoknya perlu seimbang diantara keduanya.

2. Yusuf Al-Qadrawi memberi contoh para sahabat ketika merancang pembebasan terhadap Rom, para sahabat tidak melupakan sifat baik orang Rom dalam menilai.

3. Penilaian yang baik, adalah yang tidak membesar-besarkan sesuatu perkara, dan tidak juga meringan-ringankannya. Contoh yang diberi Yusuf Al-Qadrawi, ialah seperti masyarakat yang terlalu membesar-besarkan isu freemason/yahudi. Seperti orang yahudi adalah pencatur dunia, dan kita adalah buah caturnya. Seperti kita ini mempertuhankan Israel. (terlalu takut/paranoid).

4. Dalam menilai juga kita tidak boleh juga meringan-ringankan sesuatu. Supaya kita tidak take for granted sesuatu masalah sehingga mengabaikan tindakan yang perlu diambil. Juga tidak terlalu cakap besar, (seperti contoh yang dia bagi), tetapi tiada apa tindakan pun yang dibuat.

5. Kita perlu menilai dengan sebenar-benarnya. Dengan tidak memberat-beratkan dan tidak juga eringan-ringankan. Terima keadaan itu seadanya, agar perancangan tindakan dapat dilakukan. Tidak rasa diri tak mampu, bila sesuatu dibesar-besarkan.

6. Last sekali, Yusuf Al-Qadrawi memberi contoh kisah perang Uhud. Bagaimana mereka menerima kekalahan. Ini kerana kesalahan mereka sendiri, dan bukanlah kerana kekuatan orang kafir. Tidak perlu disalahkan orang lain, tetapi salahkan diri kamu sendiri.

Kesimpulan yang saya dapat kaitkan disini ialah, berkenaan Freemason/Illuminati yang semakin popular dikalangan masyarakat. Kita disajikan dengan pelbagai maklumat-maklumat candu yang tidak sahih dan masyarakat semakin ketagihan dengan perkara itu. Maklumat-maklumat itu telah menanam satu idea, iaitu "yahudi sangat hebat". Dalam mengaitkan dalam khutbah ini, kita tidak boleh menilai sesuatu dengan berlebih-lebihan. 


Dan kita banyak menyebut-nyebut tentang mereka, dan selalu menyalahkan mereka atas semua perkara. Mengatakan ini konspirasi, itu propaganda. Ketahuilah bahawa kerosakan yang berlaku dalam masyarakat, bukan kerana mereka (yahudi). Ia adalah kerana kelemahan kita. Kita yang mudah percaya dan mudah paranoid. kita yang sembang kencang membongkar konspirasi yahudi, tapi pembaikkan masyarakat tidak berlaku pun. Saya tegaskan sekali lagi, Kekalahan Ummat islam hari ini, bukan kerana kekuatan mereka. Ini kerana diantara Hak dan Batil, yang Hak itu pasti menang. Sesungguhnya kekalahan itu adalah disebabkan diri kamu sendiri.
.::Wallahua'lam::.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mr-iq.blogspot.com/2011/12/menilai-realiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Degree Wheel Day Mitos Vs Realiti Terjawab Dikedah

Degree Wheel Day Mitos Vs Realiti Terjawab Dikedah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Syukur diberi kesempatan untuk menaip walaupon seketika selepas penat pulang dr KEDAH sampai cam pon x habis diproses untuk dipos atas kesibukan yg melampau maaf ya esok lusa kita pos DEGREE WHEEL MITOS V...
Kisah Misteri Dan Realiti Hidup Farid Diana

Kisah Misteri Dan Realiti Hidup Farid Diana

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 192 hits
Kemesraan Farid Diana bersama dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora Apabila Farid Kamil meluahkan rasa dengan berkata Allah telah memberikan jalan cerita hidup saya semakin hari semakin Blog ini memberikan perkongsian tentang isu se...
Hiburan Semalam Mimpi Aku Bermesra Dengan Realiti Mierul Aiman Juara Hero Remaja 2021

Hiburan Semalam Mimpi Aku Bermesra Dengan Realiti Mierul Aiman Juara Hero Remaja 2021

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 453 hits
Juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman meluahkan rasa syukur dan gembira selepas berjaya menewaskan tiga lagi finalis program popular itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata sejak k...
Impian Dan Realiti Alam Persaraan

Impian Dan Realiti Alam Persaraan

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 206 hits
Banyak catatan saya adalah penelitian dari liku liku pengalaman hidup zaman bekerja yang saya ingin kongsikan pada orang muda Anda sendiri mungkin akan mengalami fasa yang sama tetapi eloklah belajar dari pengalaman orang lain agar perjalan...
Hakikat Dan Realiti

Hakikat Dan Realiti

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 183 hits
Kenapa susah nak terima hakikat Dah lama kau biarkan blog ini terbiar sebegitu lamanya Realiti sebenar kenapa kau kehilangan sedikit daripada apa yang kau harapkan dulu Kenapa susah nak terima hakikat Apa yang berlaku sebenarnya bukan silap...
Pameran Demi Tanah Air 60 Tahun Sebagai Bank Pusat Secara Realiti Maya

Pameran Demi Tanah Air 60 Tahun Sebagai Bank Pusat Secara Realiti Maya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 151 hits
Demi Tanah Air 60 Tahun Sebagai Bank PusatSeluruh dunia kini dilanda pandemik COVID 19 yang kita tidak tahu bila akan berakhir banyak aktiviti yang kita dapat buat sebelum ini telah menjadi terbatas Sudah hampir 15 bulan pandemik ini menjad...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok