Menikmati Keindahan Hutan Di Taman Negara Pulau Pinang


Ahad | 14.11.2021
Catatan kisah di kampung Johor dan di rumah NS belum pun habis, saya tangguhkan dulu untuk beri laluan kepada catatan aktiviti hujung minggu saya dan suami

Setelah sekian lama tak dapat masuk hutan disebabkan situasi pandemik, semalam dapat juga kami ke hutan di Taman Negara Pulau Pinang. Ini merupakan kunjungan kali ke-3 kami ke sini, jadinya dah tak perlu saya catatkan secara terperinci (bagi yang perlukan info, boleh buat carian ‘Taman Negara Pulau Pinang’ di blog ini)

Bezanya kali ni, kami buat ketetapan akan berhenti selepas 1 jam perjalanan. Berehat dan kemudian akan berpatah balik. Tiada destinasi tertentu. Yang penting ia memenuhi tujuan masuk hutan iaitu nak menikmati keindahan ciptaan Allah - mendengar nyanyian hutan, melihat kehijauan hutan dan kepelbagaian tumbuhannya, juga menyedut udara segar hutan. 
Hati melonjak riang dapat masuk ke hutan. Kali terakhir adalah pada bulan Mac 2021 lalu. Tambah bersemangat sebab kali ni saya pakai tudung dan beg baru 😀
Antara keindahan pokok hutan yang menarik perhatian saya. Bila diperhatikan, rupanya pokok yang berbatang warna cerah tu tak ada kulit pokok. Kulitnya berjatuhan di lantai hutan

Pokok besar, tinggi dan unik. Cantik dan menarik

Walaupun ianya menarik, tapi perlu berhati-hati bila jumpa pokok yang ‘terbelah’ dan ‘kosong’ di bahagian batang pokok begini. Risau lama-kelamaan ia akan mudah tumbang, terutamanya bila cuaca buruk

Ini pula antara laluan yang mencabar sebab tanah lembut dan licin. Dah beberapa hari hujan/mendung di PP dan mungkin hujan turun pada malam atau awal pagi tadi di sini. Perlu melangkah dengan berhati-hati supaya tak tergelincir

Beginilah rupa kasut dan kaki seluar saya. Lepat lepot kata orang Jawa. Betul tak penggunaan tu wahai orang Jawa sekalian? 😄
Jumpa tapak kasut siapa entah. Satu di sini dan satu di tempat lain. Cerita berkaitannya, sebelah kasut yang sedang saya pakai sebenarnya dah mula terbuka sedikit di bahagian depan dan belakang. Gara-gara lama tersimpan. Jadinya sebagai langkah berjaga-jaga, saya bawa bersama sepasang kasut lain (sesuai untuk jalan-jalan bukan masuk hutan). Alhamdulillah, selamat keluar masuk hutan tanpa timbul masalah 😅
Bunyi sangat kuat seperti hujan turun, rupanya dah sampai di tempat yang terdapat aliran anak sungai. Rasanya dulu tak kuat sangat bunyinya, mungkin sebab lepas hujan jadi air sungai lebih banyak

Indah dan tenang. Sejuk airnya

Inilah pondok rehat pertama yang terdapat di laluan ini. Bawah sikit itulah aliran anak sungai tadi. Kami berhenti sampai di sini dan makan minum bekalan yang di bawa. Syok sungguh makan sambil layan mata lihat kehijauan hutan dan telinga mendengar bunyi deru air sungai. Dari sini kami berpatah balik

CendawanInilah koleksi gambar cendawan yang dapat saya rakamkan. Puas juga mata saya memerhati sekitar mencari si kecil yang menawan dan unik ni







————————————————————————————-
Letak di sini untuk rekod. Memang sangat perlahan pergerakan kami, saya banyak berhenti mengatur pernafasan dan berhenti untuk merakan gambar keindahan hutan

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas kesempatan untuk menikmati hutan yang saya rasakan seperti satu taman indah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/11/menikmati-keindahan-hutan-di-taman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taman Botani Negara Bukit Cahaya Seri Alam

Taman Botani Negara Bukit Cahaya Seri Alam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum yey akhirnya hari yang main redah je kalau dengan en roommate nak berjalan tak boleh plan2 kita kena redah je pagi ahad tu sarapan then hantar umi g kerja ateh tanya nak pegi mana lepas nie ngah sebab selalunya kalau kami ba...
We Are Here Again N Again Taman Botani Negara

We Are Here Again N Again Taman Botani Negara

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum lynn sebenarnya tak sihat sangat dari Jumaat cuti CNY gagahkan diri jugak la nak pergi malam lepas makan Steamboat tu memang tak boleh tidur sebab idung duk tersumbat tengok en roommate tidur best je so pagi2 nak pergi botan...
Jambatan Pulau Pinang Selamat

Jambatan Pulau Pinang Selamat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 372 hits
PLUS Malaysia Berhad memberi jaminan struktur keseluruhan Jambatan Pulau Pinang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan susulan kebakaran kabel milik Tenaga Nasional Berhad di bawah jambatan itu semalam https t co rasxucJSwo
Kreatif Seni Jalanan Pulau Pinang Oleh Ernest Zacharevic

Kreatif Seni Jalanan Pulau Pinang Oleh Ernest Zacharevic

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 249 hits
Kalau anda ke pulau pinang anda boleh melihat 4 seni jalanan oleh Ernest Zacharevic Beliau seorang pelukis yang berasal dari Lithuania Beliau sudah menghasilkan 4 seni jalalan di Chew Jetty Armenian Street Muntrie Street dan satu lagi lokas...
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 377 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun Kali terakhir admin melawat pesta pulau pinang ini pada tahun 2012 Alhamdulillah tahun 2018 admin berkesempatan melawat pesta pula...
Pendaftaran Dan Maklumat Program Insentif Usahawan Pulau Pinang 2018

Pendaftaran Dan Maklumat Program Insentif Usahawan Pulau Pinang 2018

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 283 hits
DAFTAR PERCUMA PROGRAM INSENTIF USAHAWAN PULAU PINANG 2018Anjuran MMK Pembangunan Usahawan Pulau PinangTarikh 29 Dis 2018 Masa 8 30 pg 1 00 ptgTempat Ixora Hotel Sbg Perai Untuk pendaftaran sila isi Borang Online pautan berikut Klik Aturcar...
Imej Hantu Pocong Dirakam Di Jambatan Ke 2 Pulau Pinang

Imej Hantu Pocong Dirakam Di Jambatan Ke 2 Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 207 hits
Selepas insiden cubaan membunuh diri oleh anak saudara kepada seorang timbalan menteri kini dua keping gambar imej hantu pocong telah berjaya dirakam di jambatan kedua Pulau Pinang Daripada imej imej yang disebarkan satu bayangan berwarna p...
Sejarah Balik Pulau Pulau Pinang Jom Belajar Sejarah

Sejarah Balik Pulau Pulau Pinang Jom Belajar Sejarah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 236 hits
Pernah pergi Balik Pulau Ok jom baca kisah Balik Pulau terkenal dengan durian yang sedap sedap SEJARAH BALIK PULAUBalik Pulau merupakan kawasan semakin membangun di Kawasan Barat Daya Pulau Pinang Nama Balik Pulau adalah sempena dengan perl...
Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 201 hits
Alhamdulillah dah sampai Bayan Lepas Sekarang menuju ke hotel
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

From Startup To Unicorn Status

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi