Menikmati Juadah Berbuka Yang Sedap Dan Santai Di Casuarina Kuala Kangsar


Menikmati Juadah Berbuka Yang Sedap Dan Santai Di Casuarina Kuala Kangsar | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke tujuh kita berpuasa pada Ramadan 1443H.
Nampaknya sejak negara kita diumumkan ke fasa peralihan andemik covid-19, suasana Ramadan kembali disambut meriah oleh umat Islam. Kini tiada lagi halangan ke bazar Ramadan, berbuka di kedai dan restoran malahan bersahur pun boleh di luar. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kembalikan.
Bulan Ramadan tahun ini juga anak-anak Sha pun sudah mula berpuasa penuh terutamanya Abang Zaryth. Manakala Adik Nur baru nak upgrade tahun ini. Rezeki tahun ini dapat Sha berbuka di bufet Ramadan bersama keluarga. Semalam hari ke enam berpuasa Sha dan keluarga berbuka jauh sedikit dari rumah dan keluar dari daerah kediaman iaitu di Casuarina Kuala Kangsar.
Sebenarnya tak adalah jauh sangat dari rumah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Memandangkan kami kadang-kadang food hunting ke Kuala Kangsar juga di hari minggu, jadi tidaklah terasa terlalu jauh.


Bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar Perak

Jika korang sedang mencari bufet Ramadan santai di Kuala Kangsar, Sha memang menyokong korang memilih Casuasarina Kuala Kangsar. Bukan apa, pada yang nak bawa ibu ayah dan keluarga berbuka kadang-kadang perlu pilih tempat yang sesuai dengan keadaan keluarga kita terutamanya bila membawa orang tua kita.
Untuk pengetahuan korang ini merupakan kali pertama Sha ke Casuarina Kuala Kangsar. Pada yang tidak tahu Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja yang penuh dengan senibina sejarah. Antara tarikan yang ada di Kuala Kangsar adalah seperti Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, Galeri Sultan Azlan Shah, Istana Iskandariah dan bazar kraftangan. Semua ini terletak berhampiran dengan Casuarina Kuala Kangsar.


Apa Yang Menarik Di Bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar?

Pertama sekali mestilah kita tertarik dengan menu berbuka yang mereka sediakan. Pihak Casuarina Kuala Kangsar menawarkan hidangan bertemakan citarasa Melayu. Pilihan menu yang ada juga berbaloi dengan harga yang ditawarkan, nanti Sha kongsikan hidangan yang ada dengan korang.
Seperti yang Sha perkatakan awal tadi, tempat ini memang sesuai untuk membawa keluarga yang mahukan suasana santai. Tempatnya mungkin tidak terlalu besar, tetapi ia memberi keselesaan kita sekeluarga untuk menikmati hidangan berbuka. Dari tempat parkir kereta hinggalah ke ruangan makan memang dalam suasana yang tenang.
Pengalaman yang paling Sha suka adalah isyarat waktu berbuka yang lain yang daripada yang lain. Selain azan maghrib, di sini korang boleh dengar ketukan geduk dan bunyi siren yang dibunyikan dari Balai Polis Daerah Kuala Kangsar. Sha memang tak tahu, nasib baik suami cakap itu bunyi siren yang akan berbunyi bila masuk waktu berbuka
Layanan pihak Casuarina Kuala Kangsar juga mesra. Adik-adik manis berpakaian baju kurung kedah, yang lelaki berbaju Melayu sentiasa sedia membantu. Selain itu menjadi kebiasaan pihak Casuarina akan menghiburkan tetamu mereka dengan hiburan daripada kumpulan busking.



Pilihan Juadah Yang Sedap Di Bufet Ramadan Kuala KangsarTidak cukup jika Sha hanya mengatakan juadahnya sedap-sedap tapi tak tunjuk pada korang kan? Jadi jom Sha tunjuk apa menu citarasa Melayu yang ada di sini.

Lauk-pauk yang korang boleh pekena dengan nasi putih panas-panas.
Ayam Goreng Berempah
Daging Rendang Matahari
Udang Masak Lemak
Ikan Masak Tauchu Ipoh
Telur Kari Penang
Terung Goreng Berlado
Kambing Masak Lada Hitam
Kangkung Goreng Belacan
Daging Bakar
Ikan Bakar
Kepak Ayam Bakar
Gulai Kawah ( Siap ada roti benggali untuk cicah )
Kambing Panggang semestinya


Nasi Pilah Butter

Ini kali pertama Sha merasa Nasi Pilah Butter dan dihidangkan dengan sayur campur butter dan Ayam Masak Limau Purut.
Menu Lain Di Bufet Ramadan Casuarina @KualaKangsar



Jangan dilupakan menu popular di Casuarina iaitu cucur. Lain-lain hidangan yang ada adalah seperti yang korang nampak di atas
Satey ayam & daging
Mee Rebus
Roti John
Kuew Teow Goreng
Ais Krim
Keropok Udang, Keropok Bawang & Keropok Ikan
Pelbagai jeruk buah-buahan
Pelbagai kuih tradisional dan moden
Kejap, ada lagi menu lain.


Memandangkan Sha selalu makan nasi bila berbuka, jadi kali ini Sha memilih untuk berbuka dengan soto. Korang kena cuba soto ayam ini bersama-sama sambal kicap yang disediakan, memang terbaiklah. Lama rasanya tak makan soto, bagi pedas sikit memang meletup


Tadi lupa nak cerita, selain ada sayur kangkung masak belacan dan terung masak berlado di sini kita dapat lihat beberapa jenis ulam dan kerabu pun ada. Tidak sah kalau ada ulam mestilah ada sambal dan tidak ketinggalan budu pun ada



Bagi yang biasa berbuka kena ada buah korang jangan risau. Pihak Casuarina @KualaKangsar ada menyediakan hidangan beberapa jenis buah-buahan segar. Kita ada tembikai, buah naga, betik dan buah oren.


Akhir sekali kita tunjuk air yang adalah sebabnya lepas makan kita akan repeat minum kan? Tapi Sha pilih minum air panas, yang sejuk-sejuk anak hulur minum sikit sorang. Semestinya Sha ambil kopi tarik, sebab situ ada 2 minuman panas iaitu kopi tarik dan teh tarik. Kalau bawa ayah kita pergi sini boleh hidang teh tarik mesti diaorang seronok


Harga Pakej Bufet Ramadan di Casuarina Kuala KangsarKalau korang nak tahu bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar adalah antara bufet Ramadan yang murah dan berbaloi untuk korang kunjungi. Jom tempah sekarang dan nikmati saat berbuka puasa yang indah bersama yang tersayang




Selepas berbuka korang jangan lupa pusing-pusing Bandar Diraja Kuala Kangsar yang cantik dan meriah dengan lampu-lampu menghiasi kawasan istana. Cantik lagi boleh singgah solat di Masjid Ubudiah yang tersergam indah tidak jauh dari Casuarina @KualaKangsar
Nak ke sini korang boleh goole maps sahaja dan boleh hubungi mereka untuk pertanya lebih lanjut dan buat tempahan segera. Korang boleh contact nombor di bawah

Ms Hani - 0164433464Ms Intan - 0124174182

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/04/bufet-ramadan-casuarina-kuala-kangsar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Rupanya Air Sirap Nanas Tembikai Ni Wajib Ada Untuk Menu Berbuka Puasa

Sedap Rupanya Air Sirap Nanas Tembikai Ni Wajib Ada Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 272 hits
Pernah dengar tak air sirap nanas tembikai Sedap rupanya gabungan antara manis buah tembikai dan masam manis buah nenas Jom cuba resepi Air Sirap Nanas Tembikai yang dikongsi ini Bahan bahan untuk 1 jug air Nanas Tin Tembikai 4 sudu makan g...
Buffet Berbuka Puasa 2022 Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Buffet Berbuka Puasa 2022 Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 468 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Bagaimana dengan Ramadhan anda kali ini Alhamdulillah ramadhan aku kali ini disambut dengan suasana sederhana tetapi masih meriah Walaupun berbuka puasa jauh dar...
Buasir Otak Tv 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bulan Ramadhan

Buasir Otak Tv 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 247 hits
Setiap orang pasti ada juadah yang digemari untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan Kebanyakan juadah ini mudah untuk dijumpai di kebanyakan bazar Ramadhan di seluruh Malaysia Jadi kami akan kongsikan 10 Juadah Berbuka Puasa yang Popular di b...
Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022

Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 244 hits
Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022 Alhamdulillah selesai berbuka pada harini Tahun 2022 pasang niat nak berbuka puasa simple dan tidak terlebih lebih Macam biasa bulan puasa memang jarang masak untuk berbuka So beli yang nak dimakan a...
20 Buffet Ramadan Sekitar Kuala Lumpur 2022 Untuk Berbuka Puasa

20 Buffet Ramadan Sekitar Kuala Lumpur 2022 Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 315 hits
Kemeriahan Buffet Ramadan diteruskan di tahun 2022 Banyak promosi menarik disajikan khas untuk mereka yang mahukan sensasi buffet sebagai juadah berbuka puasa Jadi jom kita selongkar Lokasi Buffet Ramadan 2022 di sekitar Kuala Lumpur SAJIAN...
Resepi Dumpling Ayam Viral Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka Sahur

Resepi Dumpling Ayam Viral Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka Sahur

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 248 hits
Resepi Dumpling Ayam Viral Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka Sahur Annyeonghaseyo Bagi peminat drama Korea pastinya anda sudah biasa melihat makanan terkenal ini yang sering dipamerkan di dalam drama Bentuknya seperti kuncupan bunga bewarn...
Santai Malam Di Kuala Lumpur River Of Life

Santai Malam Di Kuala Lumpur River Of Life

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 354 hits
Kisah beberapa hari menjelang Ramadan saya dan encik suami mengambil kesempatan berjalan jalan melihat suasana malam di Kuala Lumpur Sebenarnya kami taklah begitu rajin untuk keluar di malam hari Tapi memandangkan lokasi hotel penginapan de...
Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2022 Bagi Kawasan Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2022 Bagi Kawasan Kuala Lumpur Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 425 hits
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan Alhamdulillah bulan yang ditunggu tunggu oleh semua umat islam Selamat berpuasa untuk semua pembaca pembaca blog k fiezz yang beragama islam Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ram...
Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak

Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 261 hits
Pecal adalah antara sajian sedap masyarakat yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia Pecal ni memang special anda boleh nikmatinya pada bila bila masa sama ada sarapan pagi makan tengahari atau pun malam Jika di bulan puasa begini e...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco