Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia Di Indobowl Resto
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto Assalamualaikum dan selamat pagi, Hai reader semua...Ada tak dekat sini peminat makanan Indonesia, Sebab Bonde nak kongsikan disini sesi jalan-jalan cari makan Bonde ke IndoBowl yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Baru-baru ini Bonde teringin nak makan makanan Indonesia iaitu Indomie sebelum ini Bonde pernah makan dekat IndoBowl di Sungai Besi.
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
Masa Lunch hari tu Bonde sempat pesan beberapa makanan yang yang Bonde teringin nak rasa dekat Indo Bowl Resto ni, ada menu baru tau.. jadi dah terlanjur datang ni, kita rasa semua Makanan Indonesia antara makanan yang sempat Bonde pesan hari itu ialah :-
🍴Makanan
🍽Nasi Campur Sotong Masam Manis x1
🍽Indomie Bakso Goreng Balado x1
🍽Bakwan Udang x1
🍽Nasi Ayam Petai Sambal Tomat x1
🍹Minuman
🍷Soda Gembira
🍷Es Cendol
🍷Soda Jagung
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
Tadaaa nampak sedap tak? Baiklah mari Bonde perkenalkan satu persatu menu yang Bonde pilih untuk makan hari tu.
1. Nasi Ayam Petai Sambal Tomat
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
Untuk Nasi Ayam Petai Sambal Tomat ni menu pilihan Kanda, sebab fav dia ayam dia nak cuba makan Nasi Ayam Petai Sambal Tomat ni, apa yang menarik tentang menu ini ialah terdapat nasi putih, hirisan ayam, telur masin, hirisan tomato dan sambal petai untuk menu ini ianya tidak terlalu pedas paras kepedasannya adalah 2/5 sahaja jadi memang sesuai dimakan oleh Kanda yang tak berapa suka makan makanan yang pedas.
2. Nasi Campur Sotong Masam Manis
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
Nasi Sotong Sambal Masam Manis, menu nih Bonde yang pesan, sebab sotong adalah kesukaan Bonde. Apa yang terdapat dalam menu ini ialah Nasi Putih, Sotong Masak Masam Manis, Tempe dan Tahu Goreng, Keropok, Telur Mana dan Sambal merah serta dua cucuk sate ayam. Kalau makan set hidangan ni memang kenyang sebab banyak menu dalam satu hidangan.
3. Indomie Bakso Goreng Balado
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
Indomie Bakso Goreng Balado ini ialah menu yang ingin Bonde makan sebenarnya apa yang terdapat dalam menu ini ialah maggie indomie, 5 ketul daging bakso, goreng telur mata, sedikit sambal merah dan hirisan timun. Menu ni pun tak terlalu pedas bagi Bonde paras kepedasannya 2/5 sahaja. Menu ni Bonde dan Kanda Kongsi makan, Kanda pun suka makan maggie indomie. 4. Bakwan Udang
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
Bakwan Udang kalau diMalaysia kite panggil Cucur Udang. Sama macam diMalaysia Bakwan Udang pun dimakan bersama sos ala thai. Sedap sekali.
5. Tiga Jenis Minuman IndoBowl Resto
🍷Soda Gembira
🍷Es Cendol
🍷Soda Jagung
Menikmati Citarasa Asli Makanan Indonesia di IndoBowl Resto
🍷Soda Gembira- Dalam minuman ini terdapat ais krim soda dan campuran sirap bandung Kanda memang suka air bandung ni. Jadi ini memang dia yang minum.
🍷Es Cendol- Cendol ni sedap kata manager Indo Bowld Resto, Es Cendol ni ada rasa yang menarik jadi Bonde pesan sedap rupanya next time nak minum cendol boleh datang sini.
🍷Soda Jagung- Dalam minuman ini terdapat ais krim soda dan air jagung asli, rasa agak pelik sebab pertama kali minum tapi bila dah sedut air nih sedap pulak lama-lama. Bonde memang suka air jagung jadi ini adalah air yang Bonde pesan he he he.
REVIEW DARI BONDE :
Rata-rata makanan dekat IndoBowl Resto yang Bonde cuba semua sedap dan rasa nak repeat lagi makan dekat sini. Untuk Restoran pula, suasana dalam restoran bersih dan selesa sekali. Kalau nak makan dekat IndoBowl Resto kena datang awal sebab dekat sini tempat duduk agak terhad takut nanti kena tunggu lama. Selamat mencuba!
IndoBowl Resto
Beroperasi setiap hari : 11am-10pmAlamat: Lot LG-36, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502, Putrajaya
Laman Web: IndoBowl Restaurant
Tel: 019-542 6869Facebook : IndoBowl Resto
Instagram : IndoBowl Resto
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2019/11/menikmati-citarasa-asli-makanan.html