Mengupi Di The Ruma Kupi Pontian
Assalamualaikum...
GELAS Pepsi tapi isinya kopi 😍
Sabtu lepas, kami meronggeng sehingga ke Pontian. Sebenarnya, daerah Pontian tidaklah jauh dari rumah SK, kerana rumah SK terletak di antara sempadan daerah Johor Bahru dan Pontian. Sebab tu la, kalau nak cari stok bahan basah, ikan dan sebagainya, kami selalu ke Pontian. Tapi, dekat tak dekat, hampir 50 minit jugaklah.. sebab nak lalu jammed di Pekan Nanas, haha.
Destinasi makan-makan kali ini, The Ruma Kupi Pontian (TRKP)yang terletak di Kampung Rimba Terjun. Rimba Terjun tidak asing bagi Sk kerana ia adalah tempat Sk menghabiskan zaman sekolah rendah. TRKP merupakan rumah lama moden yang sudah dikomersialkan. Lama Moden di sini maksudnya ia bukan rumah papan tapi rumah batu yang mungkin dibina dalam tahun 80-an.
Sk percaya, pemilik restoran ini merupakan peminat barangan lama atau mungkin juga peninggalan dari ibu bapa beliau. Ia kemudian diterjemahkan menjadi tema restoran yang begitu klasik
Majalah lama. Pagar lama.. macam pagar masjid
Suratkhabar lama
Zaman SK remaja, tak jumpa majalah filem tu.
Sk pernah menjadi penulis di Majalah Citra yang telah diberhentikan penerbitannya di penghujung 90-an
Orang biasa tak simpan botol-botol ni, kan. Tapi, siapa sangka, botol-botol ini menjadi nostalgia
Orang yang tak berapa lama.. kucing tu manja sungguh
Sebenarnya terkilan, masa kami nak buat pesanan, makanan dah wassalam. Biar betul ni, jarum pendek pada jam belum tunjuk pukul 1. Sudahnya kami hanya mengopi dan meroti
Pishangggggggggg! Tuan kedai kata, esok, datanglah lagi. InsyaAllah
The Ruma Kupi Pontian
63A, Jalan Kukup,
Kampung Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor
Telefon 010-760 9797
Buka setiap hari kecuali Selasa
8.00 pagi hingga 3.00 petang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/mengupi-di-ruma-kupi-pontian.html