Mengopi Di Kopiloco Impian Emas


 Assalamualaikum WBT
SEJAK balik ke kolej selepas Cuti Hari Raya Aidiladha dan minggu ulangkaji, Iman belum lagi balik ke rumah. Tu la yang dia minta Sk jemput dia di kolej dan keluar makan tengahari hari Jumaat. Kononnya nak makan di Restoran Masakan Salai, tapi lewat dibuka pada hari Jumaat. Tu la yang jjcm sampai ke Taman Setia Tropika dan makan di MyViets dan kemudiannya beli pulak Durian Crepe di Restoran Nasi Kerabu Cikgu Siti.
SEBAIK sahaja masuk ke kereta, Iman cepat-cepat membuka bungkusan Durian Crepe yang dibeli dari Restoran Nasi Kerabu Cikgu Siti. Diambilnya sebiji, disuap separuh ke mulut. Sk mencapai sebiji, suap separuh juga ke mulut dan menelek intinya. Kelihatan isi durian telah dijadikan pes. Rasa DC, biasa-biasa aje, lebih didominasi rasa fresh cream perisa vanilla. 

Iman mencapai sebiji lagi DC dan mempelawa Sk makan lagi. Dia kata, nak kena habiskan, tak boleh bawa masuk bilik (kolej), nanti bilik bau durian. Sk menolak, masih kenyang sebenarnya makan di MyViets tapi yang sebetulnya, rasa DC tu tak menepati selera Sk. Semasa berada di jalan utama, Sk tunjukkan Iman Restoran Kopiloco yang membuka cawangan baharu di Taman Impian Emas atau lebih tepat lagi alamatnya, Taman Anggerik Emas. Eh, diajaknya pulak kita mengopi di sana


Sk membelek-belek buku menu. Lama tak ke Kopiloco cawangan bandar, tak perasan memang ada ke menu harian istimewa ni. Menu setiap hari Isnin, Ayam Penyet. 

Setiap hari Selasa ada Nasi Ayam Hainan


Hari Rabu pulak ada Bihun Goreng Seafood


Kalau hari Khamis ada Crispy Mihun atau Bihun Sarang Cantonese


Hari Jumaat ada Mee Udang.. ni favourite Pak Inche


Sabtuday ada Kuey Teow Crispy


Sistem pesanan di sini secara manual. Pilih menu dalam buku menu dan tulis kod menu dalam kertas pesanan. Tekan loceng di meja jika dah habis menelaah buku menu, hahaha. Kami tak bercadang untuk makan sebaliknya hanya nak minum-minum. Dalam pada tu, Sk rindu dengan Salted Egg French Toast.. pesanlah seketul


Rasanya ini kali kedua ke Kopiloco dengan Iman. Kali pertama dulu, boleh baca DI SINI. Iman pesan Signature Kopiloco (cold). Sk kurang mengopi waktu petang, jadi Sk pilih Hot Cham
Sambil mengopi Iman habiskan DC yang berbaki dua ketul


Salted Egg French Toast
Intinya telur masin ala-ala masakan lauk telur masin. Ia kemudian disalut dengan telur yang dipukul sebelum digoreng dengan minyak sedikit. Sebelum dihidang, ia dicurahkan madu dan ada ketulan mentega yang mula mencair. Hidangan ini mempunyai kombinasi rasa manis dari madu, masin dari telur masin dan sedikit pedas kerana ada hirisan cili padi serta berempah dengan aroma dari daun kari

Namun Sk lebih menggemari Salted Egg Lava French Toast yang Sk pernah makan di San Da Gen Kopitiam semasa mengikuti trip media ke Sandakan, Sabah.

Sedap Cham di sini, menambah nostalgia bila dihidang dalam cawan kopitiam style dulu-dulu.  Cham merupakan gabungan kopi dan teh yang dicampur susu


Kopiloco cawangan Taman Anggerik Emas lebih luas dan parkir pun senang berbanding di cawangan bandar. Walaupun dah petang, masih ramai lagi pelanggan, kebanyakan datang bersama kawan-kawan, riuh-rendah suara orang berborak


Lepas makan, bolehlah buat bayaran di kaunter


Signature Kopiloco (cold)Hot ChamSalted Egg French Toast
Jumlah hangus RM14.90 sahajo


Baru perasan ada permainan teng-teng dilakar di hadapan pintu masuk. Sk dulu-dulu, bukan jenis yang terror main lompat-lompat ni. Tak kiralah lompat tinggi ke, lompat jauh ke.. lompat dalam guni ke.. lompat teng-teng ke.. lompat Zero Point ke.., sekejap jer dah kalah, hahahahahahahahah

KOPILOCO IMPIAN EMAS
No 111G & 113G, Jln Anggerik Emas 1,
Taman Anggerik Emas, 81300 Johor Bahru, Johor
Waktu Perniagaan : Setiap hari 7.30 pagi hingga 5.00 petang
No Telefon : 010-922 2217

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/mengopi-di-kopiloco.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Maut Mpv Dinaiki Terbakar Selepas Bertembung Lori Dekat Jerantut

Warga Emas Maut Mpv Dinaiki Terbakar Selepas Bertembung Lori Dekat Jerantut

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 271 hits
JERANTUT Seorang warga emas maut manakala empat lagi termasuk bayi lima bulan cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Jerantut Maran dekat Sungai Salan kira kira jam 1 tengah hari tadi Kemalangan dipercayai berlaku selepas kende...
Tip Untuk Berdagang Emas

Tip Untuk Berdagang Emas

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 97 hits
Selepas pengeluaran laporan NFP AS emas mengalami penurunan harga dan bergerak mengikut arah penembusan pada 7 Julai yang lalu Pedagang pasaran boleh menggunakan peluang ini untuk membuka kedudukan beli dengan sasaran ditetapkan pada 1938 D...
Emas Berhampiran Rintangan 1 967

Emas Berhampiran Rintangan 1 967

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 278 hits
Harga emas meningkat sehingga 1 963 hari ini mencatat rekod tertinggi baru Walau bagaimanapun pergerakan harga menunjukkan pembeli yang keletihan dalam jangka pendek oleh itu penarikan sementara atau pergerakan mendatar adalah perkara biasa...
Simbah Asid Terhadap 3 Beranak Wanita Warga Emas Ditahan

Simbah Asid Terhadap 3 Beranak Wanita Warga Emas Ditahan

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 167 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myGombak Seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang di sini hari ini P...
Hujan Emas Dinegeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri

Hujan Emas Dinegeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 235 hits
Yang pernah tinggal di luar negara memang paham akan kenyataan ni Mula mula sampai memang syok alang kepalang bila dah mahir barulah tahu Artikel dibawah ni asalnya diterbit di Sebab saya pon pernah mengalaminya Jadi usahlah baik sangat pad...
Gelang Emas 916

Gelang Emas 916

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 362 hits
Setiap Wanita mempunyai pelbagai jenis barangan kemas iaitu gelang emas rantai emas cincin emas subang emas malahan gelang kami Wanita dan perhiasan tidak dapat dipisahkan Walaupun cuma satu sahaja yang dipakai ianya tetap menjadi kegemaran...
Mary Rand Gadis Emas Olimpiade Asli Tim Gb Berita Olimpiade

Mary Rand Gadis Emas Olimpiade Asli Tim Gb Berita Olimpiade

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 113 hits
Harap gunakan browser Chrome untuk pemutar video yang lebih mudah diakses Mary Rand 83 berbicara kepada Sky Sports News dari rumahnya di Nevada tentang ingatannya dan pencapaian bersejarahnya dari Olimpiade 1964 di Tokyo Mary Rand 83 berbic...
Ada Emas Ada Duit Ada Duit Belum Tentu Ada Emas

Ada Emas Ada Duit Ada Duit Belum Tentu Ada Emas

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 180 hits
KOTA BHARU Erfan Akif atau Erfan Lee Ruslan serius mahu mengambil alih Kelantan FC sekiranya pemilik Norizam Tukiman benar benar mahu melepaskan kelab itu Erfan berkata dia sudah bersedia fizikal dan mental bagi memulihkan The Red Warriors ...
Gara Gara Bergaduh Dalam Lif Warga Emas Hilang 3 Batang Gigi

Gara Gara Bergaduh Dalam Lif Warga Emas Hilang 3 Batang Gigi

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 167 hits
SINGAPURA Seorang lelaki berusia 71 tahun hilang tiga batang gigi selepas bergaduh di dalam sebuah lif pusat beli belah Tampines di Singapura lapor laman berita Mothership Menurut anak perempuannya kejadian berlaku ketika dia bersama ibu ba...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Make Your Business Standout

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi