Mengopi Di Kafe Yard Co Pengerang


 Assalamualaikum WBT 


YAYYYY! Minggu ni kerja tiga hari sahaja, esok Khamis, balik pukul 3.30, Jumaat cuti, yabedabedooo!


Jom sambung baca kisah jalan-jalan ke Pengerang..




Lepas check out dari Lotus Seaview Beach Resort, kami tidak terus balik ke JB. Alang-alang dah sampai Pengerang,  jom la kita singgah ke Kafe Yard & Co, yang viral di Pengerang dan terletak di tepi laut




 Duluuuuu.. pernah sampai sini nak mengopi la kononnya. Masa tu, masih PKPB, Yard & co ni baru viral, tapi ramai yang tengah tunggu giliran untuk dine in.  Jadi, kami fikir nak datang lain kali. Setelah beberapa tahun, hahaha.. baru berkesempatan datang lagi ke sini, huhu. 


Datang lain kali ni pun ramai jugak, walaupun mereka dah besarkan kafe yang betul-betul besar, tetaplah full house. Berderet yang menunggu nak masuk. Seorang staf mencadangkan agar kami duduk di luar. Pak Inche tanya, kalau duduk luar, boleh 'sapkoktang' tak? Boleh, jawabnya. Laju-laju PI ajak duduk luar, mujurlah cuaca redup walaupun di luar tu tak ada pokok-pokok atau payung




Jika nak dine in di dalam, kita perlu imbas QR code untuk ambil nombor giliran.  Jika dah duduk di luar ni, tak perlu ambil nombor dah, terus boleh imbas QR code menu dan buat pesanan secara dalam talian. Boleh pilih sama ada nak bayar terus secara online atau bayar di kaunter. Salah satu kemajuan selepas pandemik Covid 19 bagi memastikan penjarakan sosial




Sk pilihkan minuman sejuk 'Off Duty Mermaid' (RM16.50) untuk PI. Sedap dan menyegarkan, masam-masam manis rasanya. Yang penting, tak mengelat dengan letak ais banyak-banyak




Lebih luar biasa sedapnya bila disedut sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi



Tuan Tanah Kedaung mesti nak minum minuman panas. Tapi, kekontangan idea nak pilih apa, sudahnya, macam biasalah, Rose Latte (RM12). Yang sejuk pun ada jika suka sejuk. Sk suka panas sebab nakkan latte art dia tu



Upon A Waffle (RM19.90)

Masih kenyang bersarapan di hotel, Sk tak bercadang untuk ambil makanan berat. Hurmm...sedap jugak makan ice cream waffle. Asyik terliur tengok iklan ice cream waffle A&W di papan iklan lebuhraya, kan.. kita makan waffle Y&C jer la. Waffle dia lagi kerlasss okeh, ada taburan buah strawberries dan blueberries serta disediakan semangkuk kecil kekacang. Lama jugak tunggu waffle ni dihidangkan, sampai luak rose latte separuh cawan tapi bila kunyah waffle yang gebu tu, fahamlah kenapa lambat kerana ia disediakan dengan begitu teliti



ROMANTIS

 Jalan sambil bergandeng tanganLalu berdansa sambil pelukan rasa, ohAngin berbunyi, nada seperti lagu cintaKutulis tentangmuKita bikin romantis, bikin paling romantisSambil bermain mata, turun ke hati, hatinya jatuhKita bikin romantis yang paling romantisSambil gandengan tangan, hati pelukan di angan syahduAwan ikut menari-nari (romantis)Sambil merayu lupakan ada waktu, ohAngin berbunyi, nada seperti lagu cintaKutulis tentangmuKita bikin romantis (dansa), bikin paling romantis (berdansa)Sambil bermain mata, turun ke hati, hatinya jatuhKita bikin romantis (dansa) yang paling romantis (berdansa)Sambil gandengan tangan, hati pelukan di angan syahduLihat ke langit, bintangnya berkedip-kedipSemua merasa sepenuh hatiAda di sana (ada di sana, uh-oh)Dari mata yang selalu berkedip-kedipTerlalu senang, terlanjur sayangHarus aku katakanKita bikin romantis, bikin paling romantisBergandeng tangan, bermain angan yang syahduKita bikin romantis (dansa) yang paling romantis (berdansa)Sambil gandengan tangan, hati pelukan, oh-ohKita bikin romantis (sambil bergandeng tangan)(Lalu berdansa sambil pelukan rasa)Oh, makin romantis (ikut menari-nari)(Sambil merayu) sambil merayu (lupakan ada waktu)Kita bikin romantis (kita bikin romantis)Kita bikin romantisKita bikin romantis (kita bikin romantis)Kita bikin romantis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/06/mengopi-di-kafe-yard-co-pengerang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap 2h1m Di Lotus Seaview Beach Resort Pengerang

Menginap 2h1m Di Lotus Seaview Beach Resort Pengerang

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 299 hits
Assalamualaikum WBT NAMPAKNYA cuti tahunan Sk asyik luak setiap bulan Pak Inche tu ada saja plannya lagi lagi bila kena hari yang dia bercuti Tapi kalau hari yang dia bekerja sibuk pulak sepanjang masa tak boleh ambil cuti Kalau ambil cuti ...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan

Lambang Pada Wang Bila Nilai Tak Sekadar Nombor

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

10 Ide Ootd Hijab Casual Yang Simple Stylish Dan Kekinian

Tips Mencari Makanan Dan Snack Halal Di Convenience Store Taiwan

Belum Kering Luka Gaza Tular Pula Penderitaan Umat Islam Di Sudan