Menginap 2h1m Di Lotus Seaview Beach Resort Pengerang
Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA cuti tahunan Sk asyik luak setiap bulan. Pak Inche tu, ada saja plannya lagi-lagi bila kena hari yang dia bercuti. Tapi, kalau hari yang dia bekerja, sibuk pulak sepanjang masa, tak boleh ambil cuti. Kalau ambil cuti pun, kita kena jadi sekretari dia, jawab mesej di whatsApp atau takpun jadi supirrrr sebab dia asyik jawab panggilan telefon atau kena tengok mesej sepanjang perjalanan, nak marah tapi kena sabarrrrr ☺️.

Selepas Makan Kenduri di Kampung Parit Puteri Menangis, kami meneruskan perjalanan ke Lotus Seaview Beach Resort yang terletak di Pengerang. Tempahan nya Sk buat terus melalui hotel kerana tempahan secara dalam talian sama ada Agoda atau Booking.com sudah pun penuh. Mujurlah masih ada bilik lagi, kalau tak ada bilik, kita bercuti di rumah saja laaa, hahahah.

Sebenarnya PI tu ngendeng nak ke Melaka tapi Sk tak nak, tentu-tentu sangkut kat highway nanti sebab cuti sekolah bersambung sehingga Cuti Hari Keputeraan YDP Agong. Sampai Pengerang, singgah Maybank Pengerang yang masih oldskul. Tapi nampak dah maju banyak Pengerang ni berbanding masa kali pertama Sk sampai dulu. Dulu selalu datang sini makan seafood di Restoran Jade. Masa tu RJ masih beroperasi di bangunan rumah kedai. Sekarang ni, RJ dah ada bangunan sendiri

Sk buat tempahan bilik Standard King (RM230) tapi mereka tukar ke Deluxe King (RM330). Yang best, kami tidak perlu bayar Deluxe. Kalau ikutkan harga jauh lebih murah jika kita guna aplikasi Booking.com atau Agoda. Seorang kawan Sk pun beritahu, awalnya dia sekeluarga juga merancang nak bercuti ke sini tetapi bilik dah penuh melalui kedua-dua aplikasi tersebut

Plan dalam resort. Resort ni ada private beach ya. Makanan luar tidak dibenarkan, jadi janganlah korang buat BBQ pulak tepi pantai. Bagaimanapun, jika nak buat BBQ mereka ada sediakan pakej

Semasa check in, kita akan diberikan dua access card iaitu kad akses pintu bilik, kad akses towel di swimming pool dan kad akses sarapan untuk dua orang. Selain tu dapat jugak wristband untuk dua orang dewasa dan jika ada bawa kanak-kanak bawah 4 tahun, akan diberi wristband percuma.

Bilik berhawa dingin, turut disediakan sebuah kipas berdiri. Mungkinlah jika ada tetamu yang alah kepada penghawa dingin bolehlah hidupkan kipas atau nak lagi berangin ke kan, haha.

Bilik dilengkapi dengan cerek elektrik, seterika dan papan penggosok, peti keselamatan dan microwave pun ada. Deposit bilik dikenakan sebanyak RM100

Macam berada di rumah sendiri, hehehe

Dapat bilik dengan pemandangan laut sipi-sipi, hehehe. Tak nampak sangat laut dalam gambar ni


Dah selesai semua kewajipan, kita jalan-jalan tepi laut. Kiri kanan resort ada resort lain dan juga chalet termasuklah Tanjung Sepang Beach Resort

Penat jalan kita rehat sambil baring-baring tengok laut

Kemudian, kami ke Restoran Mamak Syed apatah nama restoran tu, lupa pulak. Satu-satunya kedai mamak di Pengerang ni yang ada view laut kot. Macam biasa hari cuti ialah hari mengelat, boleh minum manisssss

Bab makan, memang selalu mengelat la. Pesan Ayam Tandoori dengan Nan Cheese

Nan Cheese dia tak boleh tarik-tarik.

Macam nak hujan. Kami pun dah habis makan, hujan sikit tak lebat sangat

Perut penuh makan kenduri dan baru lepas makan Nan Cheese Ayam Tandoori, memang tak larat la nak makan seafood. Kami makan malam di restoran dalam resort sahaja yang disediakan secara ala carte

Ada Set Dulang Western (RM79) jika datang ramai, bolehlah pesan set dulang ni

Kalau tak mahu western, ada juga selera lokal, Set Dulang Ayam Geprek (RM69). Selain tu banyak juga pilihan saiz individu seperti masakan panas goreng-goreng, pasta dan pizza

Pak Inche pesan Kueyteow Goreng, tak silap RM17

Tuan Tanah Kedaung makan Chicken Chop (RM18.90). Ayam tu dua keping, haaaa.. memang tak habis la, Sk minta bungkus lagi seketul tu

Lepas makan lepak-lepak dulu kat padang depan laut ni

Ada buai dan ada tilam. Tilam tu basah kena hujan petang

Pukul 10.30 malam habiskan baki Chicken Chop, bancuh pulak Teh O Panasssss



Sarapan pagi untuk 2 orang. Jika nak tambah, RM30 (dewasa), RM15 (kanak-kanak 6 - 12 tahun). Banyak jugak pilihan sarapannya antaranya.
Nasi LemakNasi GorengMihun GorengLontongBubur NasiSosejKacang PanggangJemput-jemputSalad & Buah-buahanKekBijirin & SusuJus OrenTeh Tarik Kopi O Panas

Lepas makan, kita terjun laut laaaa. Mereka pacak bendera hijau maknanya selamat untuk mandi laut.

Gaya comel tapi tak jadi. Nanti nak datang lagi, siapa nak ikut, angkat tangan tinggi-tinggi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/06/menginap-2h1m-di-lotus-seaview-beach.html