Mengkaji Misteri Teori Paranormal Stone Tape


Teori Stone Tape bermula pada sekitar 1970an selepas dipopularkan oleh Nigel Kneale di TV ketika itu dan menjadi topik perdebatan sehingga ke hari ini dalam mencari penjelasan tentang kewujudan hantu.


Teori Stone Tape berkisar tentang objek bukan hidup di kawasan sekeliling yang menyerap sesuatu bentuk tenaga daripada benda hidup pada suatu peristiwa penting yang pernah memberi tekanan tinggi, emosional dan trauma dalam hidup seseorang seperti kejadian pembunuhan.

Sebagai contoh, sesuatu lokasi yang mungkin terdiri daripada batu-bata atau kayu atau pun besi yang mungkin menyerap dan menyimpan emosi atau peristiwa yang mempunyai tahap emosi yang tinggi.

Tenaga ini dilepaskan dalam bentuk rakaman atau gema dan akan terus menerus diulangi di sekitar tempat kejadian seperti perakam video dan tidak terkesan dengan perubahan kawasan tersebut.

Para pengkaji peristiwa paranormal sering menggelar fenomena ini sebagai gangguan sisa tinggalan.

Kita sering mendengar kisah-kisah seperti kelihatan kelibat seseorang yang pernah tinggal di sesuatu tempat sedang melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang, walaupun orang itu sudah lama meninggal dunia.

Sebagai contoh terbaik yang selalu didengari ialah kelihatan seorang yang pernah terjun daripada sesuatu bangunan walaupun kejadian membunuh dirinya sudah lama berlaku.

Antara contoh lain adalah seperti yang selalu diceritakan oleh orang awam yang pernah melihat kelibat beberapa individu yang pernah menghuni Kelly's Castle, sebuah istana tinggalan sejarah pada zaman kolonial Inggeris yang terletak di negeri Perak. Kelibat-kelibat ini sering kelihatan melakukan aktiviti yang sama dan berulang-ulang.

Namun begitu, dikatakan bahawa bukan semua orang boleh melihat fenomena paranormal ini. Orang yang mempunyai deria keenam yang kuat serta sedikit kelebihan dalam kuasa psikik sahaja yang boleh melihatnya.

Penjelasan Saintifik

Setiap kejadian paranormal pasti akan diselidiki oleh kedua-dua pihak yang ragu-ragu tentang kesahihannya dan juga orang yang mempercayainya.

Adalah rasional untuk kita mengesyaki kebenaran teori ini kerana setakat ini tiada bukti kukuh yang pernah didapati bagi mengesahkan kesahihannya selain daripada pengakuan individu-individu tertentu.

Antara penjelasan saintifik mengenai fenomena ini ialah budaya di mana budaya yang mempunyai kecenderungan untuk mempercayai sesuatu fenomena paranormal lebih mudah untuk mentafsir dan mengaitkan kejadian pelik dengan aktiviti paranormal.

Selain itu, paras Dopamine yang tinggi turut dikatakan memberi kesan terhadap orang yang mengakibatkannya mengalami fenomena tersebut.

Dopamine merupakan sejenis kompaun yang ada dalam badan sebagai Neurotransmitter, salah satu kimia yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat-isyarat antara sel saraf (neuron) dalam otak.

Paras Dopamine yang tinggi dikatakan dapat meningkatkan nisbah Isyarat-kepada-Bunyi, iaitu kebolehan untuk menghantar isyarat ke otak dan mengurangkan bunyi yang tidak berkaitan.

Namun begitu, adalah sukar untuk dipastikan setakat mana kebenaran penjelasan saintifik kerana tahap teknologi yang masih jauh ketinggalan bagi mengkaji perkara di luar kapasiti dan jasmani manusia.

Pernahkah anda mengalami sendiri fenomena misteri ini? Mungkin anda merupakan individu yang lebih layak untuk bercakap tentang kesahihannya.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/04/mengkaji-misteri-teori-paranormal-stone.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian

Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 332 hits
Bulan Oktober 1896 bibit percintaan mula bersemi antara seorang gadis dan pemuda yang datang menetap ke bandar Greenbrier barat Virginia Amerika Syarikat Gadis tempatan itu bernama Elva Zona Heaster Manakala pemuda yang bekerja sebagai tuka...
Misteri Kampung Anjikuni Mereka Hilang Tanpa Sebarang Jejak

Misteri Kampung Anjikuni Mereka Hilang Tanpa Sebarang Jejak

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 151 hits
Kes individu hilang secara misteri mungkin sudah biasa kita dengar Tapi bagaimana pula kalau satu kampung hilang secara misteri tanpa meninggalkan sebarang jejak Inilah yang berlaku di sebuah perkampungan berdekatan dengan Tasik Anjikuni di...
Misteri Muzik Dari Tasik Yellowstone

Misteri Muzik Dari Tasik Yellowstone

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 237 hits
Info Misteri Taman Negara Yellowstone terletak di Amerika Syarikat dan menjadi antara daya tarikan utama pengunjung sama ada dari dalam negara mahupun pelancong luar untuk berkunjung ke situ Menurut para pengunjung yang pernah ke situ merek...
Ini Sosok Pengisi Suara Mak Lampir Di Film Misteri Gunung Merapi

Ini Sosok Pengisi Suara Mak Lampir Di Film Misteri Gunung Merapi

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 229 hits
Publik tanah air mungkin sudah tidak asing lagi dengan sosok Mak Lampir Sosok yang diperankan aktris senior Farida Pasha ini dikenal lewat sinetron Misteri Gunung Merapi Mak Lampir memiliki suara tawa yang khas Di balik itu ternyata ada sos...
Teori Konspirasi Haarp Amerika Dengan Gempa Bumi Di Turkiye Dato Dr

Teori Konspirasi Haarp Amerika Dengan Gempa Bumi Di Turkiye Dato Dr

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 182 hits
Teori konspirasi telah muncul mengaitkan gempa bumi yang membawa maut di Turki dengan teknologi Amerika Syarikat yang dipanggil Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi Walau bagaimanapun pada hakikatnya teknologi HAARP digunakan...
Misteri Laman Web Berhantu Blind Maiden

Misteri Laman Web Berhantu Blind Maiden

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 184 hits
Sumpahan dan sihir dicatatkan sebagai antara budaya pop yang paling tua seusia peradaban manusia dan tidak diketahui bila ia sebenarnya bermula Namun apa yang jelas sumpahan seumpamanya menjadi terkenal dan digunakan secara meluas sejak tam...
Misteri Bulatan Aneh Di Gurun Namib

Misteri Bulatan Aneh Di Gurun Namib

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 251 hits
Berjuta juta bulatan aneh yang digelar sebagai Fairy Circle telah muncul di sebahagian besar tanah tandus di Gurun Namib Afrika Selatan Misteri bagaimana corak pelik itu hadir atau mengapa ia wujud di daerah tersebut pernah mencetuskan perd...
Misteri Manusia Bercahaya Lady Of Fatima

Misteri Manusia Bercahaya Lady Of Fatima

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 303 hits
Segalanya bermula pada Mei 1917 apabila tiga orang kanak kanak mendakwa mereka melihat seorang wanita yang lebih bercahaya daripada matahari memancarkan satu sinar yang terang berbanding kristal dengan jasad seolah olah ditembusi cahaya Per...
Misteri Ufo Memburu Pesawat Udara

Misteri Ufo Memburu Pesawat Udara

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 180 hits
Pada 4 Jun 2013 sebuah pesawat Boeing 757 milik China Airlines sedang dalam penerbangan dari Chengdu ke Guangzhou bila tiba tiba kedengaran suatu bunyi yang kuat di bahagian kepala pesawat Sebaik sahaja kedengaran bunyi tersebut pesawat mul...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun