Menginap Kat Jack Sally Homestay Di Teluk Panglima Garang
Awal bulan ni, k.fiezz & family ke Teluk Panglima Garang di Selangor sebab ada kenduri kahwin kat situ. Adik sepupu k.fiezz yang nak kahwin ni, bakal isterinya orang situ. Jadi makcik k.fiezz (mak kepada adik sepupu) jemput kitaorang untuk stay kat situ sebab adik sepupu dah booked homestay di Teluk Panglima Garang tu. Kitaorang pun onzz je lah. Jenis suka berjalan kan. Hehe. Pantang di ajak berjalan, onzz..haha
JACK & SALLY HOMESTAY Kitaorang duduk di Jack & Sally Homestay yang terletak di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang. Ada 3 biji rumah kat situ. Memang masa tu kitaorang satu family je yang conquer. Meriah..
Dari pandangan hadapan. Nampak biru ni sebab snap dari dalam kereta (kereta tinted, itu yang nampak biruuu ni)..haha. Sampai-sampai je ambil gambor dulu. Wajib..haha
2 biji rumah berkembar. Dalam rumah k.fiezz tak ambil gambor. Ada 3 bilik + 1 bilik air + Ruang Tamu + Dapur. Lengkap dengan kelengkapan rumah. Nak masak pun boleh..
Nak tengok mana ke rupa dalam rumah, gambar ni kat dalam rumah area ruang tamu. Ni masa kitaorang nak gerak ke rumah pengantin perempuan. Bergambor dulu.. Macam besa bergambor wajib..haha..
1 lagi rumah ni asing. Hat ni design dia lain sikit. Terus katil kat bawah & tangga atas (macam loteng) ada satu lagi tilam tambahan. Rumah ni makcik k.fiezz bagi budak-budak bujang yang tidur..
Ni kat depan rumah yang atas ni. Cantik depan rumah dia. Kitaorang lepak-lepak sambil minum petang..Githuuu..hehe
Depan kawasan rumah.
Kolam renang pun ada..
Kuda pun ada..2 ekor kuda. Tapi hari Ahad, masa nak check out dapat info salah seekor kuda ni mati sebab kena serang dengan kera..
Ada aktiviti menunggang kuda..Kat sini tuan rumah ada open menunggang kuda percuma untuk tetamu yang menginap kat homestay dia ni. Tak lah jauh sangat jarak menunggang kudanya. Tuan rumah bawa dari halaman rumah sampai ke depan je. Boleh lah kan..Jangan risau masa menunggang kuda ni, tuan rumah yang pegang tali tu. Jadi kuda akan ikut je..Ni adik sepupu k.fiezz & anak no.2 dia ambil peluang juga menunggang kuda..
Petang boleh bagi kuda makan. Ni abah k.fiezz yang try bagi kuda makan. Sis tak berani. Tapi mak saudara k.fiezz cakap rasa panas-panas je masa kuda ambil makanan dari tapak tangan kita..
Hah sapa kat sis tak berani menunggang kuda..See the leg..haha. Tak tahu bukan main kuat sis pegang anak buah (Wildan) ni tau sebab gigil kepala lutut..haha..Risau dua-dua terjatuh je benornya. Itu yang kemas peluk Wildan..haha..
Overall shortvacay 2 dalam 1 kat sini. Sambil nak ke kenduri kahwin, kitaorang ambil peluang lah cuti-cuti kejap. Bukan selalu yea tak..Merapatkan silaturrahim sesama keluarga. Sebabnya walaupun satu family, susah nak berjumpa juga tau. Jadi ada peluang ni, kita enjoy sambil rapatkan hubungan..Ewah..hehe
BERAPA SEWA KAT JACK & SALLY HOMESTAY NI?
Tak silap makcik k.fiezz beritahu dalam RM1100 untuk 3 hari 2 malam. Tak pasti harga dia memang macamni atau lebih sebab isteri adik sepupu orang sini juga. Kalau korang nak menginap kat sini, cuba-cuba lah roger sendiri dengan tuan empunya homestay. Macam kitaorang ni, tak cakap banyak sebab yang sponsor penginapan kitaorang ni pun adik sepupu (pengantin). hehe
Dari Jack & Sally homestay ni nak ke rumah isteri adik sepupu pun tak jauh. Kira satu kampung. Jadi harga tu mungkin dapat murah (kalau lah) sebab kenal.
Overall penginapan (shortvacay) ke sini best sebab dalam kawasan kampung. Nak lari sekejap dari hiruk pikuk bandar, boleh lah cuti-cuti ke sini. Lagi best beramai-ramai..Meriah sikit...Cuma untuk buat bbq tak pasti boleh ke tidak. Macam kitaorang haritu cadangnya nak buat bbq tapi tak jadi sebab keluarga pengantin perempuan ajak makan malam di rumah diaorang. So cancel bbq.
Lagipun tak nampak tempat untuk bbq nya. Jadi tak pasti boleh ke idak.
So nak mencari homestay di Teluk Panglima Garang, Jack & Sally ni ada..hehe..K.fiezz pun baru tahu ada homestay agak menarik kat situ.
SHORTVACAY 2 IN 1...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/12/Menginap-Kat-Jack-n-Sally-Di-Teluk-Panglima-Garang.html